Saturday, May 2, 2015

PALAM 2

Assalamualaikum
salam sejahtera.
semoga kita sentiasa bersemangat menghadapi cabaran sebagai khalifah di muka bumi ini.
AMIN.

sejak akhir-akhir ni,
ramai yang view post  palam 2012/2013.
mesti lepasan SPM ni kan~
sebenarnya, aq dulu pun search blog2 yang cerita pasal Asasi ni
untuk dapat feel sikit macam mana life kat sana.
kekadang kita konfius, apa yang terbaik untuk kita..
ASASI ke?? MATRIK?? TING.6? ke ambik POLITEKNIK?
aarrrghhh, kelirunya. aq keliru~ aq keliru~
lepas SPM2011, aq still tak tahu nak ambik apa.
sebelum dapat result, kita kene isi UPU untuk kali pertama kan~
bukan UPU jer, borang IPG, Matrik, pun kene isi!
pening sangat time tu.
seperti student lain, aq nak tengok result SPM dulu
barulah boleh pilih nak kos apa..
ni dah kene decide,
memang nanti kita kene isi lagi sekali borang tu semua
lepas dapat keputusan,
masalahnya lepas dapat result,
kita kene consider pulak apa yang patut dan tak patut kita ambik..
kan dah bazir masa~
dah la buat sakit kepala kita~

rasanya, sekarang semua candidates SPM dah dapat keputusan Matrik kan~
ada yang dapat dan ada yang tak.
takpelah, semua dah ditentukan..
jangan lupa itu!
dulu, aq dapat Matrik Penang.
masa tu, Matrik Penang memang famous
orang kata Matrik No.1 dalam Malaysia..
entah betul atau tidak~
aq tak pergi..
lepas tu aq dapat tawaran Asasi Sains UiTM di Puncak Alam, PALAM.
asasi ni bawah UiTM dah,
nanti habis asasi, UiTM akan ambik aq untuk buat Degree pulak.
ada yang kata, Asasi susah daripada Matrik.
daripada banyak2 suggestion,
ramai yang vote untuk aq ambik Asasi.
tu yang aq pilih Asasi.

ternyata, Asasi memang sukar.
mana ada benda senang dalam dunia ni kan~
banyak cabaran masa tu
1. tempat
aq kene menetap di kolej yang disediakan.
takdelah jauh daripada tempat belajar,
masalahnya, kelas tu merata tau
sejam dekat bangunan ni, next class bangunan lain pulak
dan aq ni jenis yang lupa schedule..
hari2 kene call kawan tanya kelas kat mana.
dulu aq mana ada smartphone..
sekarang pun, yang memurah jer dapat beli

2. tangga macam Batu Cave
terus terang aq cakap, korang yang betul2 nak kurus, memang boleh kurus
dan yang betul2 nak gemuk, memang boleh gemuk.
ni bukan nak mengata ke apa
tapi, masa aq asasi
berat aq daripada 48kg terus naik jadi 58kg
gila kan??
percayalah, aq memang tak tipu!
sekarang berat dah maintain 52kg-56kg.
takleh turun-turun dah,
aq takla sedih sangat cuma bila part peha bergesel tu sakit hati gak!
maaf, melencong pulak.
k, apa kaitan dengan tangga pulak?
banyak kaitannya
bila naik tangga, kita letih dan lapar~
lepas tu, sah korang makan minum berlebihan sebab nak recharge tenaga katakan..
lepas kenyang, tidur..

3.students
untuk pengetahuan semua, pelajar2 kat situ memang pepandai semuanya
straight A+ tu berlambak..
aq ni macam kudis jer bagi diorang
tu yang aq rasa memula duduk kat sana
aq dapat 4A+, 1A, 2A-, 3B, 1C+
kira I am a lucky person ar bila dapat sambung Asasi.
problemnya, competition teramat wei~
kalau suvive sem 1, barulah boleh sambung sem 2
kalau tak, selamat jalan romeo~
selain itu jugak, mata korang akan rasa berbulu
bila tengok loving couples yang memenuhi segenap ruang yang ada
kat Cafe la yang paling mantap sekali
kekadang better makan dalam bilik,,
untuk mengelak daripada buat dosa kering, kutuk2 orang.
memang ada jeles sikit tengok pasangan bercinta,
masalahnya bila dah kaki merayap, main gesel2, aishhhh
kalau meja kat cafe tu ada alas meja panjang takpe la..
tertutup sikit, ni tak...

4. Distractors
furthermore, bila berada di universiti ni..
kene PANDAI2 jaga diri!
ramai yang terjebak dengan aktiviti tak sihat bila masuk dunia universiti!
aq bukan nak takutkan korang,
ini realiti.
setakat kapel, aq boleh terima
bila bawak masuk hotel, dah jadi apa??
kemain bermesej, bergayut siang malam
takde masa nak study, layan awek, pakwe, boleh~
bila result tak lawa, nenangis pulak.
solat entah kemana, shopping sakan..
hati tak tenang, duit kehabisan~
mulalah mintak duit lebih dengan parent,
sampai ada yang mencuri..
setiap pelajar hanya ada satu keutamaan
iaitu kejar ilmu dan fahaminya~
tu sahaja, bukannya melencong benda lain.

aq bukan budak yang genius
aq cuba belajar untuk jadi genius
masa semester 1, pointer aq hanyalah 2.99
rendah? ni jer yang mampu
semester 2 lagi rendah, 2.89.
bila pilih 3 subjek terbaik,
CGPA jadi 3.11
tetapi macam mana aq still survive taking degree now??
sebab Allah ada bersama aq!
takdir telah ditentukanNya..

kepada sesiapa yang masih berkira-kira untuk sambung pembelajaran anda,
harap dapat membantu dengan membaca entry ini.
aq sangat gembira semasa sambung Asasi,,
walaupun banyak cabaran,,banyak lagi kenangan indah yang aq cipta di sana
mungkin aq ni jenis manusia yang susah dapat stress..
stress pernah, tapi tak kerap.
aq enjoy jer perjalanan hidup ini..
barulah bermakna..
ini ada link untuk dapatkan maklumat lanjut pasal asasi uitm http://asasi.uitm.edu.my/v1/


view dari tangga kejayaan

kat sini bilik kuliah

lepas turun tangga, nampak ini dulu la



tak pernah masuk..isk isk isk

tempat MDS dibuat..dulu la,sekarang entah la

kat sini ada makmal komputer

blok asrama perempuan

blok asrama lelaki

klinik kesihatan

perpustakaan baharu, time aq takde lagi! jeles.

tempat habiskan duit!

masjid pun baru buat!

blok asrama yang baharu!

laluan makmal dan kelas


semua ada kat sini!



 

No comments:

Post a Comment