Thursday, May 14, 2015

cerita kita belum berakhir

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga kita sentiasa cuba lupakan kepahitan dan gembira dengan kebahagiaan. AMIN.

setiap insan mempunyai pelbagai cerita.
selagi masih bernyawa,
selagi itulah cerita kita belum berakhir.

dulu...
2007-2011
result UPSR yang membanggakan..
syukur, Alhamdulillah.
5A tercapai.
parent bangga, aq bahagia.

masuk SMK Kubang Bemban.
ini sekolah yang bagus.
semua akui itu.
tak sampai 2 minggu, aq pindah.
ke sekolah yang sama tarafnya...
SMK Agama Lati.
aq tak nak sangat belajar kat sekolah agama.
pada awalnya la.
aq takut.
entah takut pada apa pun aq tak tahu.
ishishish

semua gara-gara parent aq.
aq tak salahkan mereka.
naik jer sekolah menengah, ibu bapa makin risau akan anak2.
waktu itu, budak2 dah pandai bercinta-cintun.
bila nafsu tak terkawal, mula terjebak dengan aktiviti tak bermaruah.
*bukan aq!
banyaklah cucu-cicit yang lahir..
keputusan meletakkan aq di sebuah sekolah agama adalah tindakan tepat!
kita kene elak selagi boleh..
eat an apple a day, to keep a doctor away..
betullah pepatah tu, terbukti.

masa sekolah rendah dulu, aq tak bising.
mulut pun hanya guna bila perlu jer.
borak pulak dengan rakan barisan belakang.
naik tingkatan satu, aq dah start potpet.
bukannya bising sangat pun,
cuma aq pandai berkawan, melawak
dan perangai aq pulak macam kekanak lagi!
time tu still pendek!

naik tingkatan 2,
aq mula dikenali. taklah famous amos gitu..
at least, kelas2 lain pun dah start kenal aq.
aq ingat oklah macam tu.
kawan biar ramai, musuh biar takde.
disebabkan perangai aq yang macam budak2 ni..
ramai lah yang ejek..
wei, padahal kita memang budak pun kan~
budak laki asyik panggil aq GILA.

naik tingkatan 3, aq dah tinggi!
kurus dan tinggi!
fizikal berubah automatik.
tetapi, perangai remains the same.
budak laki still ejek2 aq.
aq tak paham..
apa yang diorang tak puas hati dengan aq?
aq tak pernah buat salah!
salah ke perwatakkan aq macam budak2?
korang ingat aq tak berusaha ke jadi seMATANG korang?
aq cuba!
aq usaha!
tetap tak boleh..

masalah makin serius bila aq masuk asrama.
kami kene prep.
prep ni macam study dalam kelas bila habis waktu kelas harian.
kene pakai baju prep, tudung sekolah, kasut sekolah..
petang malam kami prep.
itu salah satu kebaikan bila tinggal di hostel.
masalah muncul bila kene bertembung dengan budak laki.
kan diorang tak suka aq.
bila aq lalu jer, sebut GILA.
lebih 40 kali aq dengar.
mungkin sebab tulah, perangai aq still gila2 sekarang.
terima kasihlah, sebab doakan aq yer semua..

waktu tu, aq tak mampu jaga emosi aq!
semua orang tak suka aq!
tu aq pasti!
aq ni pelik.. pelik sangat..
sampai tak mampu nak hidup dengan korang yang sempurna tu.
sampai tak setaraf dengan korang kan~

masa tu jugak, aq suka seorang budak ni.
aq ingat dia baik.
dalam kelas, senyap jer aq tengok.
tak tahu la macam mana,
aq dapat nombor dia,
aq bagitau kawan perempuan aq, Suha.
2 hari jer kami mesej.
esoknya, aq check in hostel
malam tu, prep macam biasa~
ada orang tengok aq.
ramai la yang pandang2.
tutptup aq dengar budak perempuan ni, cakap benda yang aq hantar kat laki tu!
aq malu!
diorang perli!
budak laki lagi lah,
gosip mengalahkan perempuan..
makin menjadilah perkataan gila diucap..
aq benci laki tu.~
rasa nak tolak dia masa kat tangga!
tapi, aq bukan pembuli macam diorang.

lama merenung.
akhirnya, aku akur.
aq mintak mak aq pindahkan aq.
aq ceritakan semuanya pada mak aq.
mak aq tenang jer,
mungkin mak aq bukan di tempat aq.
jadi, mak tak tahu rasa seksa yang aq tanggung.
mak suruh aq bersabar.
aq nekad nak keluar.
kalau aq dapat C bahasa arab, PMR. aq kompem keluar!
mak aq setuju.




lama aq tunggu saat ini.
takdir aq ditentukan dengan satu kertas.
Bahasa Arab.
PMR diumumkan, Bahasa Arab aq B.
walaupun memperoleh 7A 2B, aq tak gembira.
bukan tak bersyukur,
cuma aq tak sanggup tahan derita dihina!

tingkatan 4
terpaksa aq teruskan jua, walaupun longlai..
aq masuk kelas sains 2.
kawan aq yang baik2 ada disaat aq derita.
kami belajar bersama, gelak bersama, berkongsi rasa.
aq masih bahagia~

cikgu2 yang sangat sporting, best,
semua aq sayang.
sejak masuk sekolah sampai lah takat ni,  serta selamanya
mereka sentiasa di hati.
tak pernah lupa jasa cikgu~

ingat lagi bila dapat test Addmath, tak pernah fail.
semua orang teruja~
hahhahah
ni pun nak excited, belum dapat A lagi.
bila nak dekat final jer, pulun buat exercise..

boleh dikatakan, keadaan aq makin baik.
aq tak sakit kepala dah dengan budak laki.
apa jer yang keluar dari mulut diorang~
aq mamah, telan. habis.
aq pun dah pandai jaga emosi~

bila umur 16tahun, kita mula iri dengan orang yang ada partner.
time gatal la masa ni.
ada budak baru masuk.
tuptup, jadi kawan lelaki aq!
paham2 je lah..
tak sampai sebulan, kami break up.
senang jer.
bila mak dapat tahu, terus putus.
mak aq segalanya. dia bukan sesapa!
yer, aq jahat! aq akui.
masalahnya, aq pun tahu yang dia ada mesej dengan kawan aq jugak~
ni dah apa kes?
cemburu?
entahlah, mungkin itu alasan yang aq cipta agar diri ini tidak hanyut dengan cinta sementara..
semua selesai cara baik.
aq sempat mintak dia tunggu aq. lepas SPM.
sekarang ni, aq dah tak berhubung.
perasaan tu dah menipis.
bila teringat, aq hanya mampu tersenyum.
hanya sekadar itu.
cukup. kosong.

list name untuk bilik hostel tahun depan dah keluar,
perkara bodoh berlaku..
ada orang derita~
siap nangis bagai~
yelah, kene sebilik dengan orang hina,
orang pelik macam aq kan~
sapa lah yang nak~
aq tak pernah nak ambik tahu pasal budak tu.

dalam bilik hostel,
nampak macam okay..
entahlah, mungkin tak betul kot pasal apa yang orang cakap tu dulu.
kalau betul pun, ada aq kisah~
Alhamdulillah, semuanya baik.

SPM, the biggest thing for our life!
kononnya la~
padahal...hmmm
semua memang studyholic la masa tu
tabik spring la~
dengar citer, sampai taknak bangunkan rakan semata-mata nak berlumba jadi pandai~
ape lah korang ni,
pandai biar beramai, bodoh biar sorang2.
nak dekat exam, mulalah ceramah sana-sini
gempak gempurlah, taktiklah, cara jawab, cara nak mengingat..
semuanya sekolah sediakan~
beruntung sangat.
nasib tak pindah sekolah..

time ni jugaklah, semua bermaaf-maafan
biar tenang semuanya kan
walaupun sakit hati, marah, benci, menderita..
aq masih hidup bersama mereka di sini,
berjuang bersama hanya untuk mengejar cita-cita murni!
AQ MAAFKAN KAMU.
yer, dah maafkan semua~
jangan risau semuanya,
aq mampu maafkan, tapi aq tak mampu lupakan.
umpama paku diketuk atas papan, tiba masa paku dicabut.
kesan tebukkan di papan tidak akan hilang, walau masa berlalu.
macam tulah hati kita!
sakitnya boleh hilang, tapi kesannya kekal berpanjangan.

panjang post aq kali ni!
teringat kembali waktu suka duka di zaman persekolahan..
tak semua yang kita inginkan, kita akan perolehi.
tak semua kebaikan bermula dengan kesenangan.
tak semua kepahitan akan berkekalan.
beranilah menghadapi hari esok,
selagi kau teguh beriman padaNya,
tiada yang perlu kau khuatiri~

Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment