Monday, May 4, 2015

cinta tidak cukup


Assalamualaikum dan salam sejahtera
semoga kita sentiasa bahagia bersama insan-insan yang kita sayang.
Amin.

cinta tidak cukup.

semalam, aq balik kampung mak,
untuk melawat Awo Ipah, my aunt, merangkap kakak mak den.
Alhamdulillah, badan Awo dah berisi balik
cumanya dia tak larat nak bangun..apa lagi berjalan
hiba hati tengok Awo.
Nenek N9 bersama makcik-makcik aq lah yang take good care of her now.
aq ni memang suka observe orang kan~
jadi aq tengok macam mana sayangnya nenek N9 dekat Awo
Awo kan anak nenek..
mulut nenek memang tak berhenti
suruh awo tidur la
suruh sapu minyak la
jangan makan banyak2 la
risau sangat~
masa kami makan, mata nenek asyik tertumpu kat awo jer


mak aq pun balik jenguk Awo
malam tu hujan dengan kilat sekali,
jadi kami kene tutup astro..
rasanya baru jam 10.30 malam,
mata aq tak kuncup lagi
mak dengan nenek pun sama
apa lagi, start la conversation
semua mak aq nak cerita
dari A sampai Z, kalau ada huruf selain Z pun dia nak
hahahaha
mak~mak~ rindu ler tu

esoknya, iaitu hari ni, 4/5/15
aq dah kene balik Shah Alam
aq tengok mak aq nangis~
padahal memang dah terbiasa yang aq ni asyik hilang jer
tapi mak masih sebak saat berpisah
nasib baik aq tahan, kalau sesama nangis tadi
memang kompem la ponteng kelas esok.

apa kaitan dengan tajuk kita??
cuba korang pikir
dah cukup ke cinta yang korang bagi dekat mak korang?
cukup ke tidok??
dari mak muda, sampai lah tua
seorang mak tidak terbelah bahagi melimpahkan cintanya kepada kita
sedar tak kamu?
evidences telah diberikan berdasarkan apa yang aq lihat dalam family aq.
korang pun pasti perasan jika korang alert tentang ini.
mak melahirkan kita dengan susah payahnya
jerih wei nak deliver ni
kalau cinta tak cukup
memang tak lahir aq dan korang kat dunia ni tau..
ingat tu..
apa lagi yang nak dibuktikan?
seorang mak memberi kita cinta yang secukupnya
masih perlukah cinta daripada boyfriends? girlfriends?
tak perlu kan~
aq bukannya anti dengan manusia yang asyik berkapel ni
cuma, bila korang fikir balik,
cinta seorang emak itu lebih daripada cukup untuk diri rasa dicintai
cinta seorang emak itu mampu membawa diri ke syurga
cinta seorang emak itu membuatkan diri diberkati Yang Esa

cukupkah cinta ini, mak?
cukupkah?
aq yang tak bercinta ni pun runsing pasal perkara ni.

berkapel tu lebih membawa keburukan daripada kebaikannya.
kekadang kita tidak sedar,
ye lah, cinta itu buta kan~
senang la aq cakap, aq ni single..
bagi yang dah berpunya tu,
susah sikit la.
bila hati dah sayang, dah cinta
takleh buat apa aa
SALAH..kita masih boleh buat sesuatu.
mintak tunang!
tak pun mintak dijab kabul segera.
kalau betul dia memang serious,
kawin muda la gamaknya~
hahahha
kalau ada yang menjawab:
"Saya ni belum habis belajar, kerja pun belum, macam mana nak tunang/kawin?"
"saya ada tanggungjawab besar, kene jaga mak, adik. "
"saya belum bersedia."
aq nasihatkan korang mintak putus.
kita kalau decide nak kapel,
maksudnya kita dah  bersedia nak pikul tanggungjawab
dah bersedia nak kawin
persiapan mental, fizikal dan harta sudah tiptop.
kalau takde semua ni, kenapa korang berkapel?







No comments:

Post a Comment