Tuesday, May 12, 2015

GIVING is WORTHY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga kita sentiasa menjadi pemberi tika di dunia,
kelak menjadi penerima di akhirat. AMIN.

niat di hati nak makan aiskrim~
perisa durian jadi igauan
memang rasa lemak berkrim
buat aq tak keruan..

Alhamdulillah, termakbul jugak nak makan aiskrim ni
tu lah, mengidam pulak..
hehehe macam orang pregnant.
* aq tak pregnant ea

selami gambar and captionnya~


1. onomnomnom... sedap kan aiskrim~
2. time nak bayar, aiskrim jatuh..

3. lepas tu keep ambik gambar Ida dan Farah

4. jeng jeng, makcik baik bagi aq aiskrim baharu!!

5. scary de mary tak?? hahaha cara nikmati aikrim paling gempak. one shot !!

6. pakat memalu pulak bila ramai yang menjeling

7. tapi still giving the best pose!

8. comelnya Cg. Kema!!!

9. sweet gitu Farah!!

10. the best pose today!! Ida poyo


harini, Baby ada kelas~
so dia tak dapat la makan
nanti. kita beli yer baby..

eh, dah habis ke entry?
belom, belom.
setakat post gambar, orang kata apa pulak kan~

ok, the best thing to do in this world is GIVING
apabila kita sentiasa berikan kebaikan di dunia,
pasti kehidupan kita bahagia.
contoh:

1. seorang GURU mendidik anak muridnya dengan penuh KASIH dan IKHLAS,
    anak MURIDnya akan mendapatkan ilmu yang berkat,
    terbentuklah akhlak mulia dan
    lahirlah seseorang yang berguna kepada agama, diri, masyarakat dan negara.


2. si IBU mencurah sepenuh CINTA kepada anaknya
    dijaga, dibelai, diasuh, dididik..
    akhirnya, ANAK menarik si ibu ke syurga..

3. selesai ijab dan kabul, aq sah menjadi ISTERI
    kau SUAMI yang ku tunggu, jodoh yang dinanti
    hidupkan syariat, pimpin aq ke syurga
    beri aq bahagia dunia dan akhirat sana.

4. HAMBA hanya diberi peluang sekali tapi tempohnya terasa lama sekali, 
    bila nak dekat mati, mula menaruh harapan tinggi. 
   ALLAH sentiasa memberi, 
   kita diberi nyawa, bila tidur, esok still dapat jenguk dunia
   kita dapat merasai bahagia, rezeki diberi, ilmu dicari, amalan diisi
  
see? banyak konsep memberi dalam kehidupan kita ni
cuma kita jer yang tak perasan.

Hendaknya kalian saling memberi hadiah, 
  niscaya kalian akan saling mencintai.” hadis riwayat Al Bukhari.

Rasulullah (S.A.W) pun highlightkan pasal ni..
kene sentiasa memberi,
ianya sangat penting untuk mengeratkan silaturahim.

tetapikan, ada yang salah konsep pulak~
hish,hish,hish..
mana taknya, ramai suka bagi hadiah, then mintak balasan.
salah tu, tak baik~
dah macam sogokan pulak,
nama paling sedap ialah RASUAH.

ingat lagi tak iklan SPR yang kartun tu,
belanja makan nasi kat kedai,
then, try raih undi.
tu pun salah satu aktiviti suap- menyuap!
aq bukan nak kritik ke apa
cuma, bila pilihanraya jer,
start la jenguk rakyat, bagi bantuan.
ada aduan jer, terus semua jalan~
takyah tunggu lelama.
nak mengundi pun dapat duit tambang tau.
terang benderang rasuah.
ke takde sesiapa yang perasan?
aq taknak kaitkan politik di Malaysia, nanti kene sound pulak kan
setakat tu jer yang aq boleh bagi view aq..
yang lelain, korang tengok sendiri, kaji sendiri.

pernah tak tengok citer Bhoothnath?
Amitabh Bachchan yang jadi hantu atuk tu~
dah ada Bhoothnath 2 tau.
yang kedua ni, dia tunjukkan betapa teruknya time pilihanraya dekat India.
itu hanyalah rekaan semata-mata tau
aq yakinlah, India punya sistem ok..
dalam citer tu, bila nak mengudi, mulalah buat baik sana-sini,
bagi makan, bantuan, 
bila desperate, upah orang pukul pengundi..
apa la nak jadi??

"Barangsiapa yang sampai kepadanya sebuah kebaikan dari saudaranya dengan tanpa meminta  dan  tamak, hendaklah dia menerimanya dan tidak menolaknya, karena sesungguhnya itu merupakan rezeki yang Allah Azza wa Jalla kirimkan kepadanya" 
hadis riwayat Ahmad, Ath Thabrani, Ibnu Hibban, Al Hakim, Shahih At Targhib wat Tarhib.

“Allah melaknat orang yang menyuap dan orang yang menerima suap di dalam hukum.”
 Shahihul Jami’.

semua yang aq tulis ni, aq dapat di https://fadhlihsan.wordpress.com/2010/09/08/hukum-hadiah-dalam-islam/?blogsub=confirming#subscribe-blog
bolehlah jenguk yer~

baiklah, sampai sini jer.
p/s: tadi makan ubat batuk(klinik punya) so, nak rest~
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment