Saturday, May 23, 2015

Tokoh Islam yang disegani

 https://www.facebook.com/AkademiDaieUiTM?fref=ts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
semoga kita sentiasa menyebarkan kebaikan
dalam setiap pergerakkan, pertuturan serta penampilan..
InsyaAllah.

tadi, aq, Farah dan Ida gi Pusat Islam..
ada program Akademi Daei.
disebabkan ini program fakulti pendidikan..
kami turun padang lah bagi sokongan.
memang sangat berilmu dan berbakat para peserta yang membuat persembahan.
mereka sangat comel, baik, berbudi, berilmu~

sebagai kongsian bersama
tema minggu ni mungkin pasal tokoh2 Islam
aq selitkan apa yang aq catat semasa berada di sana~

  1. Muhammad Al-Fateh
-hendaklah beikrar untuk menjadi seperti akhlaknya, ibadatnya serta cita-citanya.
-tidak pernah tinggal solat tahajjud, apatah lagi solat sunat yang lain.
-menjadi pemimpin yang sangat dikagumi

      2. Maryam

- diberi ujian yang sangat besar iaitu mengandung tanpa suami.
- Allah memberikan manusia ujian yang mereka mampu hadapi sahaja.
-memang manusia fitrahnya mengeluh, tapi kita perlu berusaha menghadapinya.

      3. Fatimah

- anak Rasulullah S.A.W.
- sanggup mengadakan masa untuk berdoa semata-mata untuk kebaikan ummat manusia yang lain, bukan dirinya.
- sentiasa berhikmah dalam setiap perkara yang dilakukannya

      4. Aisyah R.a

- sentiasa mnedampingi ilmu
- pentingnya memberi pendidikan yang sebaiknya kepada anak-anak sewaktu kecilnya.
- malu dengan manusia
- malu itu sebahagian daripada iman jua.
- zuhud dalam setiap perkara

      5.  Imam Al-Ghazali

- satu hari, perompak mengambil kitab-kitabnya, lalu Al-Ghazali berkata, "jangan kau ambil semua kitab itu, nescaya hilanglah segala ilmu yang aq catat selama ini."
balas perompak," apa yang kau perolehi selama ini, jika buku yang mempuyai ilmu, bukan kamu."
- akhirnya, imam Al-Ghazali menghafal kitab2 nya supaya ilmu itu tidak lenyap.

      6. Asiah

- merupakan isteri bagi Firaun
- meninggalkan harta kemewahan semata-mata demi Islam.
- dijanjikan sebuah rumah di syurga.
- tidak pernah menzalimi walaupun suaminya sentiasa melakukannya.

     7. Imam Syafie

- mengapa beliau sentiasa rajin menuntut ilmu?
kerana beliau sentiasa menggunakan falsafah ini.
" tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anaknya yang hilang"
- tiada yang senang di dunia ini.
" kau tidak akan belajar tanpa mengahadapi kesusahan"

     8. Malik

- seorang yang sangat kuat pegangan agamanya.
- masih menegakkan kebenaran walaupun diri disebat sehingga patah satu rusuk kanannya.

setakat inilah yang aq catat.
semoga kita mendapat ilmu walaupun sedikit cuma.
oh yer, satu ideologi yang aq suka ialah
"belajar seperti ibu mencari anak yang hilang."
sungguh bermakna ayat tersebut.
baiklah... selamat belajar semua..
mood dah pulih~
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment