Thursday, May 7, 2015

jauhkan MALAS dariku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga kita dijauhkan sikap malas yang mampu memudaratkan kehidupan seharian.
Amin.

sejak akhir-akhir ni,
malas datang menyinggah!
mungkin dalaman aq ni tak tenang kot
setan dah makin banyak melekat agaknya
tu yang menggila kemalasan aq ni!

tadi sit for Algebra test.
memang takleh jawab ler.
malam tadi, aq dengan roomate berkaraoke sambil lipat baju.
dekat sejam jugak la
dia kata stress.
aq layan la.
alang-alang tengah malas kan~
kesian Irfah tau..
hard disk dia problem
laptop takleh detect..
semua assignment dalam benda alah tu
sepatutnya, hari ni dia kene present untuk subjek TITAS.
kenelah report dekat lecturer pasal problem ni
kalau tak, nanti lecturer assume kita yang bukan-bukan pulak
naya la nanti~
tak mau, tak mau.

lepas siap sesi karaoke, aq sambung basuh kain
lebih kurang pukul 12.47 tengah malam, siaplah semuanya
mata dah berat, hati pun berat~
aq sempat belek sampai triangular matrix je
then dah landing kat slumberland~
disebabkan itulah, aq gagal jawab dengan baik
aq dah boleh agak markah yang aq akan dapat nanti
sah-sah GAGAL.
orang kata tak baik fikir negatif sangat..
masalahnya, aq sempat study sikit jer pagi tu.
dan, jawab pun sikit je lah..
sori yer sir A.
mesti sir A cakap:"suka hati la ummi, markah awak.."
tak pun dia sebut macam ni: "dah awak malas, saya pun takleh tolong.."
hahahah, teka jer ni.

lama aq tak citer pasal sir A kan~
sebabnya, aq dah tak kacau dia dalam kelas
dah jadi budak baik sekarang
cuma tu lah, malas tu jer yang taknak hilang.
ada tika, aq bantai jugak borak dalam kelas,
kekadang, mulut gatal sangat nak bergerak..
tak tertahan aq!
bila aq diam dalam kelas..
aq rasa awkward sangat tau~
bila sir tanya jer, aq tak menjawab..
aq senyum jer tanda aq faham/tak faham
serius aq bagitau, macam tak hormat pun ada jugak.
tapi nak buat macam mana,
aq taknak benda lama berulang(salah faham).

pagi tadi, aq datang awal~
kembang hidung aq tau~
datang Fakulti jer, terus jenguk Cafe Gagak
nama kedai ni bukanlah kerana warnanya hitam
tetapi kat sana memang banyak gagak bertenggek
macam himpunan gagak satu shah alam!
oh yer, aq membeli ler kat sana.
perut sakit sangat, tak selera pulak tengok makaroni
so, aq makan buah-buahan.
dah la dapat banyak~
special price lagi tau~
siap dapat bayar dulu, takyah penat2 beratur.
hihihiihi
terima kasih acik, encik~
jangan jeles yer semua~

bila malas, aq ajak sekali orang lain ikut malas macam aq~
tadi, ponteng kelas Arab.
siap berjemaah tau~
hahahhahaha
buat jahat jer nak bergeng..
*jangan tiru aksi ini!
masa nak balik, tunggu bas,,
ramai sesangat~
cuaca pun panas kering gitu
memang lecun la baju aq dek peluh sakan
lama pulak tu menungu
selalunya takdelah terasa lama sangat..
nampak sangat yang Allah tak suka kami ponteng kelas~
=(

ni aq bagi tips sikit untuk sesiapa yang berminat nak tau je la ea
bila korang bersebab jer tau, korang dinasihatkan PONTENG KELAS.
 
"untuk pengetahuan semua, kita boleh skip kelas tanpa alasan selama 6jam!
oleh itu, sebanyak 2-3 kelas per subjek per sem yang kita boleh skip!"

untuk warga universiti yang sama macam aq je lah ea
u mana? pepandailah search.
tak tahu kan fakta ni?
hahahhaha
ni yang aq nak hebahkan
aq bukannya ajak korang buat jahat,
cuma jangan takut guna peluang ni tau..
as student, aq faham masalah students lain.
kekadang, kita bukannya sajer nak skip,
kita ada alasan kukuh sebenarnya~

1. taknak menyakiti hati lecturer/cikgu.
  •     diorang mesti sedih bila nampak kita tidur dalam kelas.
  •     or, sakit hati nampak kita berborak dan main phone time dia mengajar..
  •     tak pun naik hantu bila datang sejam lambat

2.  taknak kacau kawan yang nak belajar
  •      bila buat bising, kawan tak mampu focus 100% dalam kelas
  •      bila kita datang lambat, bunyi kerusi, meja yang ditarik tu pun jadi distractors terhebat tau.
  •      makan dalam kelas, sebab kebulur.. pun buat orang sakit hati jugak tau..kot

3. emergency cases
  •     tetiba hari tu terbangun lambat, tak sampai hati nak datang kelas (macam Baby and Kema)
  •     or, kita ada event dengan family/kawan yang memang tak dapat nak dielakkan.
  •     kematian ker..mintak jauh..
  •     hari tu kita sakit/demam/lemah, tak larat nak datang kelas, kalau datang pun, menyusahkan orang.

happy tak bila dapat tahu tentang perkara sulit ni?
hahhahhaa
bila aq dah malas, macam-macam idea jahat dikeluarkan..
haishhhh
siap tunjuk bukti alasan lagi tu
layan je la~
sampai sini post malas yer..
Assalamualaikum.

malas memberi kebahagiaan sementara, 
jangan pernah kamu terleka,
malas mampu membawa derita, 
kelak kamu seksa dan sengsara. 


 




No comments:

Post a Comment