Sunday, May 10, 2015

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum dan salam sejahtera
semoga setiap ibu di dunia sentiasa merasakan kebahagiaan berada disamping insan yang dicintai. Amin.

pagi ni, aq bangun awal..
nak wish Happy Mothers` Day kat mak aq.
call mak, mak busy pulak.
lepas ni, mak aq nak call aq.
wish me luck, ea~
hehehe
aq ada karang ayat baik punya untuk mak aq!
menangis-nangis sambil taip tau
hingus pun asyik keluar sama~
habis tisu dibuatnya..
nasib ada spare~

aq tak tahu kenapa tetiba nak sweet honesty gitu~
tulis essay bagai~
sepanjang aq hidup, nak masuk 21 tahun ni,
aq tak pernah buat essay untuk mak aq.
korang pernah???
macam tak jer. macam tak jer.
aq suggest korang hasilkan satu!
bila korang start jer nak menulis
airmata korang terus keluar lelaju..
macam waterfall.
tak percaya? try la sekarang.

tak penting pun semua ni.
aq hanya nak buat something yang lain dari kebiasaannya.
selalunya, aq hanya cakap terima kasih sebab lahirkan aq, jaga aq.
then, mintak maaf dan cakap i love you.
takde la sependek ini sebenarnya..
cuma, aq nak mak aq rasa dihargai lebih sikit.
mak sekarang pun dah 49tahun.
orang dah berumur ni kan,,
hatinya lembut sangat,
mudah terasa
mudah terluka
mudah tersentuh.
semua mudah lah, senang citer.
jadi, kita yang dah berusia ni kenelah pandai jaga hati depa~
kalau hati mak pun tak pandai jaga
macam manalah nak jaga hati mak mertua?
depa pun mak kita jugak kan~
nak kahwin kan semua??
start-start la kamcing dengan mak korang~
haahhaha jangan kenching(tipu) sudah

kat bawah ni adalah isi hati aq kat mak!
acecece
kalau nak bacakan untuk mak korang pun takpe
aq benarkan~

setiap hari, along akan memikirkan tentang mak.
terbayang wajah mak yang ceria,
sedang melemparkan senyuman yang sangat manis kepada along.
cukup indah, cukup cantik.
Mak, tiada apa yang along mahukan di dunia ini
melainkan melihat Mak bahagia disamping keluarga kita.
setiap hari, along berdoa :
Ya Allah, berikan kebahagiaan kepada mak dan ayoh aq,
sesungguhnya kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku.
Amin.


Mak, maafkan segala dosa along kat mak.
kekadang, along terkasar bahasa dengan mak.
kekadang, along tinggikan suara dekat mak.
kekadang along buatkan mak risau.
kekadang, along leka dengan dunia along.
maafkan along mak.
maafkan along.


Mak, along sedar, tanpa mak, along takkan lahir ke dunia ini.
Mak, along juga sedar, tanpa kasih sayang mak, along takkan hidup di dunia ini.
terima kasih kerana sanggup berkorban sebanyak itu untuk along.
terima kasih mak,terima kasih atas segalanya.


Mak, banyak janji yang along taburkan.
banyak jua harapan yang along berikan.

percayalah mak. jangan mak ragu.
sesungguhnya, along berusaha mengotakan janji-janji itu.
dengan izin Allah. insyaAllah.


ingat tak mak, kalau dulu mak selalu tuliskan kata semangat kat anak mak ni.
jangan lupa buat homeworks, mak sayang along~
sekarang, mak masih hantarkan kata-kata semangat
cuma sekarang dah moden
mak rakam suara, 

cakap along boleh buat! along hebat! jangan lupa belajar.
siap hantar gambar lagi.
along sangat hargai semua itu mak.
terima kasih.


mak, panjang along membebelkan, mak.
ayat last,
mak, sentiasa gembira menjalani hidupmu di dunia
teruskanlah bersabar dan tabah menghadap perangai kami
jangan abaikan makan minummu,
jagalah kesihatan agar mak sentiasa bersama kami hingga keakhirnya.
kasih along dan keluarga kita terhadap mak takkan pudar.
along sayang mak.. kami perlukan mak.


sampai sini post kali ini.
jangan pernah abaikan mak!
ini amaran keras!
Assalamualaikum.






1 comment:

  1. dah deklamasikan kat mak...starter pun dah nangis..
    bantai mak nangis sama~
    sayang mak ketat2

    ReplyDelete