Monday, April 27, 2015

i HATE boyfriends

Assalamualaikum~
salam sejahtera
semoga kita sentiasa dijauhkan dari setan yang bertopengkan manusia.
AMIN.

sebelum aq mengutuk pepanjang.
aq nak cakap yang aq dah balik Shah Alam~
maksudnya, kene jalani hidup sebagai student UiTM again
like usual lah kan..

kk, back to the title given..
aq ada ramai kawan
tak kira laki atau perempuan la kan
tapi hari ni, aq nak citer pasal boyfriends aka kawan lelaki ni.
kenapalah kawan lelaki aq yang sorang ni terSANGAT ler JAHAT~
sakit betul hati aq!!
menyampah!
benci, benci, benci
nasib baik bila gi kelas tadi,,
tak terserempak dengan jantan tak *&^% tu
memang aq kejar, tak cukup tanah kau lari,, PAHAM!
arrrgghhhhh....nak marah, nak marah!

cerita bermula begini~
suatu hari yang indah,, aq post gambar2 dekat FB
ada gambar aq dan kengkawan semua.
then, bermulalah sesi perkenalan
antara kawan lelaki aq yang *&^% tu dengan kawan perempuan aq comel ni!
start dengan like gambar, add FB, main chatting, then jadilah(kawan)
bila dah rapat, mulalah keluar sesama..
semua benda nampak cantik
aq suka.
bila nampak dua2 happy..
sebab diorang kawan aq..
mestilah aq bahagia~
satu sem dijalani dengan penuh warna-warni cinta!

yang part paling best,,
jantan tak *&^% ni, menaburkan kata-kata manis
ayat pengikat kasih la..
siap janji nak hantar rombongan bagai
siap bagi tarikh lagi tau..
bila keluar sesama..'kengkadang aq ikut la
jantan ni cakap la yang kawan perempuan aq ni kene jaga makan
tak boleh makan maggi la
sruh aq jaga kawan aq leklok la
caring la sangat kan~

geram pulak aq bila ingat balik..
rasa nak hempap2 jer
ternyata semua tu HIPOKRIT
tu conclusion aq!
jantan penipu!
ternyata, jantan tu ada awek!!
awek sejak zaman sekolah lagi..
menyirap betul aq!!
jantan tu tipu bulat2 wei
dulu kami dah tanya untuk mintak kepastian
sebab kami tahu yang dia pernah ada awek
jantan tu cakap dah putus, kami takdo apo2 dah.
sebenarnya,,
hubungan mereka still on
happy like always.
*hembus nafas ulang kali.
geram tak terkira
kami(aq dan kawan perempuan aq)
punya lah terima statement dia
walaupun dalam hati rasa curious tapi
kami terima dia..

sekarang ni, dia terus terang bagitau kawan perempuan aq tu
yang dia dah kapel balik dengan awek lama dia..kononnya la kan~
dia ada bagi satu alasan ni
memang tak logik dek akal la
tapi kami yang naif ni terima jugak
but,, he lies AGAIN.
memang kenyataan dia jauh tersasar dari apa yang awek dia bagitau kami
memang kurang betul jantan nih
*&^%$#
dan berita terbaharu,
ada lagi sorang mangsa tipu
bukan kawan aq jer la~
hebat, hebat permainan kau yer jantan!
memang jantan ni *&^%$

sebagai kawan, aq terluka..
mesti kawan perempuan aq tu lagi lagi lah terseksa..
so, people..
be caution to your boyfriends
don`t let it be like this.
they make you suffer till death!
buat masa ini,
aq memang dah tak caya dengan boyfriends.
lelaki tak semuanya macam jantan tu
yer,, aq tahu.
masalahnya, bila sorang buat onar,
habis la semua ..
akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
aq jadi takut untuk rapat dengan lelaki
semua orang tahu(yang kenal aq je lah)
aq ni memang mudah mesra dengan semua orang.
kawan lelaki aq pun ramai.
aq akui itu.
tapi certain jer yang ada nombor phone aq
dan certain jer yang aq betul2 ngam.
bukan semua~
sekarang ni, mak aq bagi greenlight untuk kawin awal.
maksudnya, final year nanti, aq dah boleh searching for my future hubby
tapi, sebabkan jantan ni, memang tak la aq nak mencari.
serahkan segalanya pada Allah..
kalau parent aq carikan pun takpe..
aq takut lah jadi macam kes ni..

semoga jantan *&^%$ tu akan menemui kebahagiaan yang dia cari.
harapan aq, agar suatu saat dia akan rasa pedihnya bila diri dilukai.
kepada kawan perempuan aq yang sorang ni,,
lepaskan kemarahanmu seadanya
jangan sampai memakan diri
dendam membuatkan kita hina
jangan samakan dirimu dengan dirinya.
KITA INSAN MULIA.

itu sahaja coretan panjang untuk post kali ni
harap, readers sentiasa berhati-hati..
bagi yang pernah merasai, jadikan ia satu pengalaman yang membantu meningkatkan jati diri.
insyaAllah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
kk, Assalamualaikum


Wednesday, April 22, 2015

permata berharga





















Assalamualaikum~
salam sejahtera..
semoga kita bertambah keimanan dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Amin.

yang kat atas tu,
gambar adik aq yang last sekali
Hakeem namanya
rasanya aq selalu jer post pasal adik
ok,ok,
selalunya, aq ni akan kerja bila cuti
tak kira lah, cuti kejap ke, lama ke
aq pulun gak kerja
duit kene la cari
aq target buat sebuah rumah untuk family aq kan~
so kene menabung dari awal ler
akan tetapi,
aq rasa nak balik sesangat
takde mood nak kerja
rindu nor ngan family
tu yang terpacak kat rumah ni!!
heheheh

post kali ni, aq nak taip pasal adik gedik
hakeem tu
sekarang, umur dia dah 3 tahun
Alhamdulillah, semuanya cepat jer bagi adik
adik lah yang paling cepat berlari
paling pandai
paling bijak
paling gedik
paling nakal
paling manja
senang kata, semua paling la dia dapat!

untung jugak sebenarnya dapat adik kecik ni
bila semua dah bebesar
kene tinggal kat kolej ke
atau gi belajar kat luar
ada jugak lah yang tolong tengokkan mak ayoh aq
takde la kami risau jer memanjang kan~

sekarang ni, aq observe adik aq punya attitude
oh my Allah
memang comel sesangat
mana tak nya..
bila adik gedik dah boring
start la angkut Pinky(kucing) masuk rumah
siap pepeluk cium lagi
borak lak tu
aq dengar dia bahasakan kitten tu adik
adik makan belom?
adik, hakeem tak sayang along.
adik, comelnya dia. comelnya dia..
hahahahah
pandai betul adik gedik ni borak dengan kitten
bila merajuk jer, mulalah luahkan isi hati kat kitten
kami ada 3 kittens setakat ni kat rumah
semuanya nama sama, PINKY
hahahahaha
SubhanaAllah, Maha Suci Allah
comel sangat ciptaan Mu

adik gedik ni memang mudah sangat merajuk
tinggi suara sikit jer
dah sedih
then cakap hakeem tak sayang mama
hakeem tak sayang ayah
senang betul kau terguris kan~
padahal kami taknak dia lelama depan pc
adik dah reti tutup bukak pc dengan proper
kalau dulu main tekan jer punat on tu
sekarang dah tau kene pangkah semua windows
baru click shut down
bijak sangat!
dulu nak tengok video kene suruh mak taipkan
sekarang, adik dah kenal huruf
dia tekan je la apa yang dia nak
tapi takdelah detail sangat
setakat taip ABC jer
youtube bagi lah pilihan video
kat situ la dia pilih nak tengok yang mana
hebat, hebat, adik aq kan~

ok, masuk bab makan pulak
perghh, memang mantop
adik makan banyak wei
tak tipu
pepagi makan nasi berlauk
tak pun mee goreng favorite dia
tengahari makan lagi
petang pun sama
malam, bila nampak kakak2 dia, abang dia makan
dia pun menyendeng mintak makan
alolololo comei
tadi pun sama tau
dah la petang tak tidur,
malam dah ngantuk2, still nak makan
nangis2 sambil kunyah lempeng dan telur goreng
padahal dah kenyang tu
sebab terliur tengok orang lain makan
dia gagahkan jugak makan semua tu
haish, adik, adik

sekarang ni famous dengan tagline
QuPuteh, QuPuteh, barulah puteh
adik gedik pun dah terpengaruh
siap buat gaya lagi
memang kekanak ni senang diinfluence dengan media
tadi, dia acting macam waiter
serve mak aq lego as a meal lah
siap cakap silakan lagi
semua ni belajar mana??
mana lagi kalau bukan kat tv
benda elok, takpelah ditiru
buatnya kat tv tu tunjuk yang sebaliknya,,
memang naya la adik aq

kenapalah aq cerita pasal adik gedik ni kan??
setiap perkara mestilah ada sebabnya
dan tujuan aq adalah untuk membuka minda readers
tentang hal yang berkaitan dengan anak/adik
mungkin kita semua tidak cukup peka
dengan golongan kecil macam adik gedik
kita yang dah besar ni
kene observe mereka ni
apa yang patut mereka belajar semasa umur antara 1-5 tahun 
apa yang mereka patut makan?
apa yang patut mereka tonton?
attitude bagaimanakah yang sesuai ditonjolkan di hadapan mereka?
kita kene ambik kira dari pelbagai perspektif
bunyi macam complicated kan~
memang pun
takde jalan pintas untuk ke syurga kan~
hehhehe tetiba guna tagline ni..
sebagai insan yang bertanggungjawab
kita hendaklah mengawasi semua ini
banyak petua2 yang boleh kita perolehi di internet
strategi hebat untuk membesarkan anak/adik boleh dicari
hanya dengan satu klik

aq bukannya pakar yang boleh bagi semuanya kat korang
justeru itu,
aq suka untuk membuatkan readers dan aq berfikir sejenak
memberi ruang untuk otak berfungsi
seperti apakah ilmu yang perlu kita bagi kepada anak/adik kita?
cukupkah hanya sekadar ini?
inilah persoalan yang bermain di fikiran aq tika ini.
aq dah cakap, aq mak2 sikit!!

semoga kita sentiasa mengikut syariat Allah
dalam mendidik anak/adik  dalam mengharungi dunia yang fana ini
memag tidak ada yang sempurna
tapi kita cuba untuk menyempurnakannya
sentiasa bersabar kerana dengan sabar sahaja
kita mampu merealisasikan impian kita.
sentiasa berani kerana dengan keberaniaan
kita mampu menonjolkan diri kita
sentiasa berlaku baik kerana dengan kebaikan
kita mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia

sampai di sini post kali ini
mungkin post ini contentnya agak berat,
tapi percayalah,,
jika anda terdetik untuk meninjau keadaan anak2/adik anda
walaupun hanya sebesar zarah,,
anda berada di laluan yang betul
InsyaAllah, Allah ada bersama kita
anak/adik merupakan kurniaan Allah
sayangilah mereka
didiklah mereka
bantulah mereka mengenal Allah yang Esa

kkkk, selamat malam semua
maaf jika menaip banyak sangat
yang baik datang dari Allah
yang buruk dari kelemahan aq
Assalamualaikum~











Monday, April 20, 2015

Karnival dan UMC

Assalamualaikum~
salam sejahtera
semoga kita mendapat barakah di bulan REJAB ini, Amin.

sekarang ni tengah cuti midsem.
aq balik rumah kat Kelantan
kepulangan aq disambut kucing2 yang comel
heheheh
dah sampai pepagi buta sebelum subuh kan~
kucing je la yang bangun,
siap iringi aq ke rumah lagi tau
alolo comelnya korang~

sebelum balik
aq ada event besar kat fakulti
ada karnival dan Ultimate Mathematics Challenge, UMC
aq rasa macam dah pernah mention jer
ker belum??
lupa la pulak
Alhamdulillah, segalanya lancar
kami warga MESA sangatlah bersyukur atas kemenjadian projek besar ini!!
tahniah semua~

program besar ni berlangsung sehari sahaja
iaitu hari KHAMIS
16/4/15
walaupun dikecualikan kelas
kami tetap kene ganti ma~
pada hari tersebut
aq ditugaskan untuk menjaja Air Slurpee dan Float
bukan buat sengsorang tau
ada Aisyah, Shida dan Amni!
ikut shift la kerja ni
meanwhile, Mimi dan Sally kene promote burger
yang buat burger pulak semestinya, Farah, Baby dan Kema
hihihihihih
nasib la, berpanas kat kuali burger tu~
kesian semua~
namun begitu
kami bahagia tau~
kecoh jugak la station kami tu
promoter tak berhenti potpetpotpet
hahahahaha
masa awal2, agak kelam kabut jugak
dengan penyusunan mejanya
barang2 lagi
adeh, panek2
tercabar gak la hati
mulut aq ni dah la kasar je bahasanya
suara je macam kekanak ribena
tapi bila dah bercakap tu
bertegang lidah gak la!
maaf la yer Kak Saleha
Ummi tak sengaja..
akhirnya tamat sudah penjualan
dan kami pulang dengan poket penuh!!
hahhhahahahha
bangga, lecak jugak la ketiak kita ni
walaupun kerja bawah khemah
berbaloi la~

bagi UMC pulak
warga MESA yang lain berhempas pulas dalam menjayakannya
ye la
program ni kan julung2 kali dibuat
mestilah kene sempurna
barulah boleh dilanjutkan untuk tahun2 hadapan
kan DEKAN~
insyaAllah
penuh fakulti kami dengan kehadiran murrid2 sekolah menegah
mereka datang dari sekolah2 yang hebat tau
SBP, MRSM, sekolah Sains
gempak, gempak
budak cerdik akal semuanya~
mereka semua ni berebut hadiah yang berupa wang tunai sebanyak>>
RM1500 bagi pemenang pertama
banyak jugak tu
dengar katanya, soalan2 yang digunakan merupakan soalan KBAT
kemahiran berfikir aras tinggi
pergh,,,, cayalah adik2
tahniah kepada semua yang menyertai~

malam tu, memang tak terkata penatnya
lepas hantar barang rumah Aisyah dan Sally
aq headed to fakulti
ye la
aq kene balik kolej
nak kemas barang lagi
takkan tinggal bilik seminggu tanpa diservis kan~
masa nak jalan gi sana
ada satu motor ni nak langgar aq!
memang salah aq pun
tak alert, memain torchlight lagi
nasib acik motor tekan brek
kalau tak
tidur hospital la aq malam tu
fikiran melayang dah masa tu
ingat katil, bantal busuk
Ya Allah, terima kasih sebab jaga aq malam tu.

aq tengok gambar kat facebook mesa
sempatlah dowload a few gambar program
hehehehe
ni bukan curi yer, aq ambik jer
nanti hilang kalau aq tak save dalam blog
rugi pulak memori tu nanti

ok lah, sampai di sini jer post kali ni
esok aq update pasal aktivit kat rumah yer
Assalamualaikum.

Maths` square yang meriah dengan budak2 bijak!

burger baby, farah dan kema~

Syafiq dan kiosk gamenya..gamer jer datang main

station jualan kami! Maths`Donald..sangat
promoters: dari kanan Sally dan Mimo

Aq dan Aisyah makan sarapan tak habis

juruhebah math booster


fakulti yang dihiasi penuh warna-warni
ini mungkin waktu penutupan majlis

cikgu praktikal@senior part 7

Linda yang comel dan Aq

gelagat adik2 prisma yang terpilih

para pemenang dan hadiah yang dibawa balik


sebahagian kosmate yang hadir di majlis penutup


Tuesday, April 14, 2015

NO MORE him, only HIM

Assalamualaikum semua~
bunyi cam ramai kan~
hakikatnya
follower pun takde..
chill.

hari ni, 14/4/15
test Fizik pepagi buta
senang jer soalan
cuma, aq tak study
so, takleh la jawab tadi~
haishhhh
bila la nak wake up ni
still loklak,
semalam badan dan otak aq kepenatan
tak larat nak study
kul 10 malam dah tidur~

sekarang,
dah dalam bilik~
kelas dah habis
yeahyeahyeah
topik hari ni ialah..

KAPEL!!

pasangan serasi
2 hati, satu jiwa
cinta bersemi
hahahhahah..STOP!
mak aq TAK BAGI KAPEL..
means that no cinta-cintun masa tengah belajar.
dan aq patuh dan taat!!
tak bercinta dan takkan bercinta when in university!
oleh itu, sesiapa yang berniat nak tackle aq jadi awek korang,,,
memang sah-sah kene reject!
sori la yer, *poyo lebih
sehensem mane pun awak,
sekaya mane pun awak,
sedalam mana pun sayang awak kat aq
masih tidak mampu untuk mengatasi cinta aq kat mak!!
bila situasi berubah...
dan aq pulak yang terhegeh-hegeh kejar (kau)
tergila-gilakan (kau)
aq akan cuba BERHENTI..
yer, masalah akan timbul kalau aq INGKAR.
sesayang mana aq kat (kau)
takkan mampu melawan kasih sayang aq kat mak aq!
sekuat mana pun aq cintakan (kau),
ia tidak sekuat dan sekukuh cinta aq terhadap mak aq!

sebagai perempuan
aq tak terkecuali untuk menyukai lelaki.
dan untuk pengetahuan semua
hati perempuan mudah berubah
kekadang aq suka kat dia
then, esok aq suka kat orang lain
bukannya aq ni playgirl
cumanya memang realiti macam tu
tetapi
bila bab cinta
kami serius
yer, aq serius.
bila hati aq dah cinta
susah aq nak hapuskan..
tapi, selagi iman ada,,
aq akan pastikan bahawasanya aq takkan langgar syariat agama kita
aq hanya milik Allah
aq tahu itu!!
dan aq percaya,,
Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuk aq
jadi, tak perlulah runsing, pening2 kepala kan~
so no more him,
but only HIM in my life
Allah the only one i need
even after death, still love Allah,
love me,, please~







Saturday, April 11, 2015

Terima kasih

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Sekarang dalam bilik Sal dan Aisyah..
Tengah gegoyang kaki yang lenguh dan berdenyut nih.
Alhamdulillah.
Selesai sudah PRISMA di SK SETIAWANGSA
Yer, aq join jugak minggu ni.
Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak yang terlibat
Meena, Sir A
Yang sanggup mengajak aq ke sana.
Kerana ajakan mereka,,
Aq dapat merasai kebahagiaan bergelar guru.
Ya Allah, terima kasih kerana beri aq kesempatan yang cukup berharga selama aq berada di Sk Setiawangsa ini.
Ya Rahman, Ya Rahim. Sentiasa di sisi aq, aq amat memerlukan Mu.
AMIN

Untuk kali terakhir berada di sekolah itu,
Aq keluarkan airmata..
Sedih bila perlu berpisah
Terbayang saat mereka memanggilku CIKGU
Teringat saat mengajar mereka mengira
Rindu bermain Yoga ABC sesama
Ciuman terakhir kepada mereka
membuatkan hatiku meronta
Tersedu jugak la nangis tadi
Sampai bebudak pulak yang lapkan airmata
Hihihihi
Penyedih betul lah aq ni.

Terima kasih jua pada Sir F,
kerana menghargai aq dan yang lain2.
Tanpa tunjuk ajar sir,
Kami kosong!
Oh yer, sempat jugak ler aq tengok sir ni
Mulut tu asyik bergerak jer ikut lagu
Pantang dengar kan~
Nak nyanyi le tu
Hahahaha
Aq memang dah tau dah..
Sir F suko sangat nyanyi kan..
Aq pun sama
Kita 2X5 jer.

Tak lupa pada makcik, pakcik kantin..
Terima kasih kerana bagi kami makan sedap2
Siap bagi air mineral botol besar lagi kat aq
Banyak berjasa pada perut ni
Perut kenyang, suka hati
Walaupun makan lambat, lauk still available..
Hehehe.

Alamak, aq terlelap seh
Dah kene bertolak gi slumberland ni.
Akhir kata, terima kasih kepada sahabat fasilitator,
Kerana bekerjasama, sentiasa gembira, dan saling membantu aq semasa program dijalankan.
Ok lah, aq tertidur lagi sekali.
Memang nak kene lalok ni.
Assalamualaikum..
Sayang semua.



Friday, April 10, 2015

kerana mulut, hati terseksa!

Assalamualaikum~
salam sejahtera..
semoga hati kita penuh cinta
sehingga mampu menguatkan iman dan ketaqwaan kepada Allah Yang Esa.

Maaflah kalau ada yang menanti-nanti cerita aq
poyo jer~
=]

k, 8/4/15
aq TENGKING lecturer!!
cerita nya macam ni~ (*awan muncul tetiba)
pepagi masuk kelas, aq start jaja cerita pasal Imam Muda
sebabnya, Imam Muda ada la bagi talk sikit kat Mawar ni(kolej)
then, sir A suruh aq diam..
standard ar tu,
aq diam lah..
then aq makan pulak dalam kelas
bau sosej goreng tu sampai menusuk kalbu Sir A
aq kene tegur lagi!!

haishhhh
tak serik2 kan~
bila masuk jer bab Cramers` rule
aq dah tak senang duduk
time kat asasi dulu
benda ni la yang peningkan aq
so mulut ni gatal no cakap yang aq tak paham
padahal Sir A tak ajor pun lai
dia dengan baiknyer cakap
"Ajar pun belum ummi~
tunggu ler saya ajar dulu.
kang tak pepasal saya suruh ajar kat depan."
bila dia dah start tulis kat papan putih tuh
so, aq ingat2 ler sikit apa yang aq dah belajar kat asasi dulu
then, sekali lagi mulut ni cakap la yang aq paham~
kononnya nyer paham la sikit

TETAPI
Sir A ni pulak dengar aq sebut tak paham lagi!!
apa lagi melenting la dia~
time tu, masing2 ada ego kan~
aq pun ikut sama la naik hantu!!
" Saya cakap PAHAM la Sir, BUKANNYA TAK PAHAM~~!!!"
memang gila la 3 saat tu!!
semua budak kelas senyap!
bila orang marah ni!!
badan rasa bahang yang amat!
sakit hati aq!!
tapi sakit lagi hati Sir A sebenarnya~
ada anak murid macam aq ni kan~
aq pun tak tau la kenapa kurang sopan sangAT hari tu!!!
nak sebut kurang ajar,,
mak ayoh aq dah cukup bagi aq education nih

abih jer kelas sir,
aq tawarkan diri nak padam papan putih yang dah kotor tu
then, bila nampak jer dia keluar
aq berlari ar, tahan dia
kepakkan sayap selebarnya untuk halang dia keluar
mulut dok mintak ampun jer~
aaa.....aaaaaa.......hhhaaaaaaa...
terasaja kerakena dolli saja kerakena
ingat ni movie hindustan??
buat lawak sengal pulak~
maaf la yer..
otak kanan~

masalahnyer, sir macam taknak maafkan aq
ini mungkin kejutan paling havoc ar dia pernah dapat
tak pernah wei student tengking dia...kot
memang mulut aq patut kene cabai
pedas seh..pedas..
buat kesalahan ni jer,,
dosa menggunung tinggi ea
sir kan, cikgu aq
orang yang tinggi darjatnya disisi Allah
tak tertanggung dosa yang berat nih
maafkan aq, sir.
insyaallah,, mulai saat ini,,
aq cuba kurangkan bercakap
takutnya nanti mulut ni akan rosakkan hati manusia yang tak berdosa

9/4/15
Sir A tak banyak cakap,,distributes quiz..
nasib baik dia bagi jugak kat aq..
takut jugak tak dibenarkan jawab quiz kan~
dan~
aq ada dengar dia sebut nama aq!!
permulaan baik!
aq rasa la
perasan!

semalam,,
Meena call tapi guna nombor phone Sir A!!
ia sangat menakutkan~
mati-mati aq ingat Sir nak marah aq!!
rupanya Meena nak ajak gi sekolah
jadi fasilitator macam minggu lepas tu
lepas discuss dengan Sal dan Aisyah,,
kami setuju ler nak join
then, aq wassap Sir guna Irfah punyer phone
mana la tau..
Irfah tu jodoh Sir ke kan~
beleh la berkenalan bagai nanti~
hahahahaha sori Irfah, sori Sir
melawak!

As a conclusion..
cuba bertenang dalam setiap situasi
ingat untuk RENDAH DIRI
keluarkan perkataan yang baik
guna nada yang sesuai
serta, diam bila rasa nak meletup ..

k, sayang semua
sayanglah aq jua
Assalamualaikum~

Sunday, April 5, 2015

Sasterawati negara!!

Assalamualaikum~
salam sejahtera

semoga dunia kita seceria kanak2 umur setahun~
hahahaha
hidup tanpa perlu faham ertinya..
deep!

malam ni, aq nak post semua pantun yang aq reka selama aq ada blog ni~~
macam takde keje~
kerje berlambak, tapi tu lah
MALAS
okokokokok
sebagai sasterawati negara
dengan bangganya
aq telah mencipta pantun2 yang sangat berguna
kepada semua generasi
jom kita review~

Banyak main di sekolah
Pelajaran jangan dilupa
Kami datang dengan payah
Jangan pernah kamu lupa.


Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh belanja kami lagi..


Buat baik berpada
Buat jahat jangan sekali
Bukan balasan yang ku pinta
Hanya mahu rasa dihargai.


bila sihat ingat Allah
bila sakit ingat Allah
jangan pernah tinggalkan Dia
kerana Dia tidak pernah tinggalkan kita~

kekadang kita salah
kita kene admit tau
jangan layan ego tuh
nanti merana diri kau


sejak tadika hinggalah saat ini  
mereka datang dan pergi  
namun ilmu remain dihati  
menjadi bekalan sesudah mati.

terciptanya hawa dari rusuk kiri adam
perlukan teman, juga kasih sayang
jagalah hati dan perasaan kaum perempuan
agar ketidakpuasan akan hilang  

kita ada hak untuk buat keputusan
percaya pada naluri dan iman
Insyaallah, itulah ketetapan.


manusia bermacam ragam
ianya memang asam garam
belajar untuk terima ragam
walaupun susah nak paham

yang baik jadikan ikutan,
yang buruk kene jauhkan,
hidup biar ada amalan,
menjadi bekalan masa hadapan..


KIAMAT MENANTI,
USAH DIGENTARI,
AMALAN DIISI,
SETIAP HARI.


seksa nak kurangkan berat badan
tapi, lagi seksa tengok perut dah kedepan
seksa bila makan kene pantang
tapi, lagi seksa bila pipi asyik mengembang


lahir ke dunia, kena belajar
pergi sekolah, kene ada impian
naik universiti, kena skor
masuk kerja, kene langsai hutang
dah bersara, kena ada amalan
bila mati, kena soal.


saat susah kita bersama
terasa indah dunia kita
bangun pagi kena ceria
nikmat datang berganda-ganda



cinta mudah melekat di hati
tapi tidak pernah ada di sisi
aq mesti jauhkan diri
semoga dosa dapat dijauhi

lari2 menaiki tangga
untuk mengejar cita-cita
sakit di hati tak terkata
hanya menanti si permata


jangan ikut stail orang kaya, kalau kita sederhana
beralah itu perlu, tapi jangan sampai kena malu
ikut hati mati, ikut rasa binasa


alarm bunyi jam 5 pagi
ready2 pergi mandi,
solat tahajud sudah pasti
hidup selamat sampai mati.
 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi
dengan limpah kurniaNya dapat juga 
saya hasilkan suatu karya yang mampu
meningkatkan motivasi diri
dan memberi peringatan kepada setiap manusia
ingatlah, yang baik itu datang dari Allah
yang kurang itu dari kelemahan diri saya
hahahahhahah
poyo habis~
kalau korang bosan,
macam takde benda nak buat
sudi2 ler baca post senget nih
kalau busy, jangan baca
nanti tak pepasal korang kutuk aq
buat dosa kering kang~
sampai sini jer mood sasteraku
last pantun untuk malam ini

masak lemak cili api
menjadi hidangan setiap hari
jangan asyik membenci
kelak menjadi penyeri dihati

bunga mekar cantik dipandang
buat hati menjadi riang
satu saat aq hilang
semua jadi gila bayang

dua malam tanpa bintang
hati jadi tak keruan
rindu akan kau sorang
kelak kita menjadi pasangan

hehehehehe
sekian sahaja yer sayang~
Assalamualaikum
 

Saturday, April 4, 2015

cikgu ummi??

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Menaip dari bilik aq yang dirindui~
Alhamdulillah. Baru balik PRISMA.
program intelek sains dan matematik.
Yang kat sekolah setiawangsa tu.
Kepala sangat sakit sebabnya kena hujan~
Manja nyer, euu
Sampai kolej Mawar dah pukul 8.05 malam
Nasib sempat maghrib

Sekarang dah rindu budak2 sekolah tu
Teringat masa kat sana~
Recall back***

Keadaan kelam kabut bila bas lambat.
Tiba jer kat sana, 
Get ready untuk bersemuka 
dengan murid sekolah rendah, darjah 6
Ramai seh~
Dijangka seramai 386 murid keseluruhannya.
Mereka sangat comel~
Ni lah first impression aq!
Sekolah pun gedabak besar.
Memang kondusif habis la.
Tip top!
Nama lagi sekolah berprestij tinggi!

Aq tak jumpa tempat makan
So, pagi tu tak sarapan~
Aq makan nestum.
Alas perut, boleh la. Dari kosong jer.
Aq digandingkan dengan Flexia, budak sains.
Kami group 17
Ada 14 murid semuanya
Bermula dengan kekok
Akhirnya kami bergembira bersama~
Mereka panggil aq cikgu ummi!
Aq tak tahu nak ungkapkan perasaan aq saat tu
Pada mulanya aq bahagia 
Rasa bunga kembang setaman
Aq jugak membahasakan diri ku cikgu
Peluang tak datang banyak kali
Tapi, bila difikirkan balik..
Aq tak layak dapat gelaran tu.
Ilmu tak seberapa
Pengalaman takde
Soft skills pun ala kadar jer
Senang citer aq serba sikit
Masih belum mampu memikul tanggungjawab

Bila dah pepetang sikit
Aq kene berpisah dengan group
Aq pulak kene jaga checkpoint 
Aq dapat waterpark
Bukan yang ada gelongsor air tu
Just sukat air dalam balang
Aq kene pakai benda alah yang menggelikan
Kepak rerama purple, siap ada cekak dan fairy stick

Bebudak gelakkan aq~
Takpelah
Aq cakap ler yang ni cikgu aq suruh pakai
Kalau cikgu suruh, kita kene BUAT~
Pandai pulak murid2 ni.
Apa yang penting, 
mereka perlu memastikan mata selari dengan skala bacaan
Baru la dapat bacaan yang tepat
Dan macam mana nak tukarkan ml-> l
Kacau gak la stesen aq
Harap2 mereka dapat sikit input

Saat untuk balik semakin hampir
Murid2 diminta bersalaman dengan fasilitator
Aq tak menangis
Kerana aq tahu, mereka pasti menangis jua 
Airmata mereka lebih berharga
dan rugi kalau tumpah kerana aq
Ahli group 17 datang memeluk aq
Yang perempuan aq balas pelukan mereka
dan bagi ciuman penuh kasih sayang
Yang lelaki juga bersalam denganku
Ada jugak yang mintak dicium
Aq pura-pura kiss je la.
Comel sangat saat tu
Aq rasa tak sabar nak ada anak sendiri
Hehehehe
Disebabkan mereka still bising
Sir A suruh mereka buat semula sesi bersalaman dengan proper
Dah namanya budak sir,,,
Layan je la.

Kalau ada peluang untuk ke sekolah lagi
Aq harapkan aq mampu mamberikan yang lebih baik
Dan aq akan curahkan kasih sayang sama rata kepada mereka
Aq taknak nemarah
Inilah cara approach aq.
Bila kita beri kasih sayang
Mereka jua akan melakukan hal yang sama
Itu aq yakin sesangat!!

Macam mak2 kan~
Dah nama aq UMMI
Setiap nama menunjukkan peribadi
kalau tak setuju,,
Takpelah~

Banyak main di sekolah
Pelajaran jangan dilupa
Kami datang dengan payah
Jangan pernah kamu lupa.
Sekian~
Assalamualaikum.

Friday, April 3, 2015

Semalam. hari ni. esok?

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki setiap hari.
Amin
Ida, suruh aq update blog ni!!
Tak menyempat~
Baca post ni, Ida!!
Semalam, aq dapat lunch free tau. Aisyah pun.
Sir T. yang bayarkan.
Thank you so much!
Jeles kan~
Aq yang mintak dia belanja.
Sebelum ni, aq selalu tegur dia.
Kali ni, aq suruh bagi salam kat anak dia pulak, Syauqi. Kawan masa dalam palapes.
Banyak la soalan keluar dari mulutnya tu.
Last sekali, dia tanya kami kenapa quit palapes.
Kami bagitau la alasan ea..
Tak pepasal kene bebel.
Takpelah, memang salah kami jugak.
Yang penting, lepas kene bebel, dia bagi rm10.
Hahahahahahaha
Apa lagi kan, ambik jelah.
Dapat la tampung lunch.
Bahagia~
Malam tu, aq kene stay fakulti, sebabnya ada simulasi.
Ini penting, kerana sabtu, iaitu esok, aq kene pergi Sekolah Setiawangsa, sebagai fasilitator disana.
Aq makan malam dulu kat pondok kat edu square.
Tetiba, ada mamat MPP ni senyum kat aq.
Apa lagi, aq balas je la senyuman tu.
Tapi, dia datang pulak kat tempat kami.
Tanya kenapa tak balik lagi.
Mulut aq penuh time tu, 
so lambat le jawab nya.
Then, kami komplain pasal bas.
Bas nak gi fakulti aq ni asyik lambat jer.
Tak ikut masa pulak tu.
Aq ni tak kisah sangat,
Aq kesian la kat budak yang selalu tunggu bas awal~
Hehehe
Poyo lebih..
Contoh ea, sepatutnya gerak jam 10pagi, pakcik bas start jam 10.30 pagi.
Ape hal ni??
Cuak kan~
Mamat ni cakap, dia dah buat aduan.
Hehehe.
Mpp katakan~
Ida, jangan jelas tau~
=)
Start simulasi,,,
Kami diajar cara nak buat energizer kepada budak sekolah.
Kami belajar tarian.
Dan, ada pertunjukkan dan penerangan eksperimen yang vavavoom lagi!!
Nama glamor aq malam tu ialah
UMMI SYA.
Bunyi ganjil, tapi dah ada orang ummi, takkan la guna nama sama.
Nanti tertukar pulak.
Pening jadinya nanti kan~
Dah pukul 10 malam, warga kolej dapat balik dulu,
Yelah, kami kene naik bas,
Kalau tertinggal, masak la.
Tapi, aq berborak pulak dengan sorang lecturer ni.
Nama depan F.
Bila lagi nak berbual,
Dia bukan ajar aq pun.
Then, sir A, yang ajar algebra tu, sibuk jer..
Kacau line betul.
Pepanggil aq pulak.
Suruh aq balik.
Tau la, tunggu la aq habis borak lu..
Geram pulak aq!!
Hari ni, aq lambat setengah jam jer
Kelas kalkulus sangat menarik.
Sebabnya, madam M kurang guna slides.
Dia fully tulis kat board!!
Thank you madam.
Kami sangat menghargainya.
Habis kelas, macam biasa, aq salam dan cium madam
Tapi, kali ni, aq ucap i love u
Hehehe
Nak mesra2 la konon..
Dia gelak jer,,
Comel la.

Tadi pun, masa dia lalu depan kami, aq suruh madam drive elok2
Then say i love u again~
Dia senyum jer memanjang..
Bahagia nyer buat cikgu senyum.
Tu yang aq rasa masa tu.
Kan aq dah mention dulu,
Aq ni pelik orangnya..
Benda macam tu pun aq teruja.
Adrenalin aq banyak daripada manusia normal kot..
Opinion merepek!
Hehehe'
Nak dijadikan cerita hot,
Time aq say i love u,
lecturer laki keluar pulak kat celah pintu jamban~
Adehh, aq sebut punyer la kuat..
Untuk elakkan kesalah fahaman dalam kalangan kawan aq dan lecturer tu,,
aq jeritlah yang aq tujukan kat madam, bukan dia.
Hopefully dia dengar la.
Then, kami headed to rumah hijau~
Masa dalam perjalanan,
aq dan Mimi, nampak Zulli beli Funky Channel..
Sejenis air blended, iaitu adik beradik Cool Blog.
Ape lagi, aq suruh la dia belanja.
Yang best nyer, dia bagi 5ringgit,
so kami dengan bahagia beli satu air yogurt perisa mangga blend.
Sedap wei~
Tak tipu!
Selalunya, rasa yogurt yang aq selalu order kat Cool Blog, CB masam sikit.
Tapi, yang ni secukup rasa.
Paling senang, yang ni sedap banyak dari CB.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh belanja kami lagi..
Macam panjang jer post kali ni!
Aq taip dari surau intec dengan kedinginan melampau dan perut yang kosong.
Tak sempat makan tengahari,
Masa tidur tengahari juga terganggu kerana program esok.
Yang penting, aq datang atas nama tanggungjawab.
Permudahkan segala urusan kami. Amin.
K, lah.
Aq chow dulu.
Buat baik berpada
Buat jahat jangan sekali
Bukan balasan yang ku pinta
Hanya mahu rasa dihargai.
Assalamualaikum~