Monday, April 27, 2015

i HATE boyfriends

Assalamualaikum~
salam sejahtera
semoga kita sentiasa dijauhkan dari setan yang bertopengkan manusia.
AMIN.

sebelum aq mengutuk pepanjang.
aq nak cakap yang aq dah balik Shah Alam~
maksudnya, kene jalani hidup sebagai student UiTM again
like usual lah kan..

kk, back to the title given..
aq ada ramai kawan
tak kira laki atau perempuan la kan
tapi hari ni, aq nak citer pasal boyfriends aka kawan lelaki ni.
kenapalah kawan lelaki aq yang sorang ni terSANGAT ler JAHAT~
sakit betul hati aq!!
menyampah!
benci, benci, benci
nasib baik bila gi kelas tadi,,
tak terserempak dengan jantan tak *&^% tu
memang aq kejar, tak cukup tanah kau lari,, PAHAM!
arrrgghhhhh....nak marah, nak marah!

cerita bermula begini~
suatu hari yang indah,, aq post gambar2 dekat FB
ada gambar aq dan kengkawan semua.
then, bermulalah sesi perkenalan
antara kawan lelaki aq yang *&^% tu dengan kawan perempuan aq comel ni!
start dengan like gambar, add FB, main chatting, then jadilah(kawan)
bila dah rapat, mulalah keluar sesama..
semua benda nampak cantik
aq suka.
bila nampak dua2 happy..
sebab diorang kawan aq..
mestilah aq bahagia~
satu sem dijalani dengan penuh warna-warni cinta!

yang part paling best,,
jantan tak *&^% ni, menaburkan kata-kata manis
ayat pengikat kasih la..
siap janji nak hantar rombongan bagai
siap bagi tarikh lagi tau..
bila keluar sesama..'kengkadang aq ikut la
jantan ni cakap la yang kawan perempuan aq ni kene jaga makan
tak boleh makan maggi la
sruh aq jaga kawan aq leklok la
caring la sangat kan~

geram pulak aq bila ingat balik..
rasa nak hempap2 jer
ternyata semua tu HIPOKRIT
tu conclusion aq!
jantan penipu!
ternyata, jantan tu ada awek!!
awek sejak zaman sekolah lagi..
menyirap betul aq!!
jantan tu tipu bulat2 wei
dulu kami dah tanya untuk mintak kepastian
sebab kami tahu yang dia pernah ada awek
jantan tu cakap dah putus, kami takdo apo2 dah.
sebenarnya,,
hubungan mereka still on
happy like always.
*hembus nafas ulang kali.
geram tak terkira
kami(aq dan kawan perempuan aq)
punya lah terima statement dia
walaupun dalam hati rasa curious tapi
kami terima dia..

sekarang ni, dia terus terang bagitau kawan perempuan aq tu
yang dia dah kapel balik dengan awek lama dia..kononnya la kan~
dia ada bagi satu alasan ni
memang tak logik dek akal la
tapi kami yang naif ni terima jugak
but,, he lies AGAIN.
memang kenyataan dia jauh tersasar dari apa yang awek dia bagitau kami
memang kurang betul jantan nih
*&^%$#
dan berita terbaharu,
ada lagi sorang mangsa tipu
bukan kawan aq jer la~
hebat, hebat permainan kau yer jantan!
memang jantan ni *&^%$

sebagai kawan, aq terluka..
mesti kawan perempuan aq tu lagi lagi lah terseksa..
so, people..
be caution to your boyfriends
don`t let it be like this.
they make you suffer till death!
buat masa ini,
aq memang dah tak caya dengan boyfriends.
lelaki tak semuanya macam jantan tu
yer,, aq tahu.
masalahnya, bila sorang buat onar,
habis la semua ..
akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
aq jadi takut untuk rapat dengan lelaki
semua orang tahu(yang kenal aq je lah)
aq ni memang mudah mesra dengan semua orang.
kawan lelaki aq pun ramai.
aq akui itu.
tapi certain jer yang ada nombor phone aq
dan certain jer yang aq betul2 ngam.
bukan semua~
sekarang ni, mak aq bagi greenlight untuk kawin awal.
maksudnya, final year nanti, aq dah boleh searching for my future hubby
tapi, sebabkan jantan ni, memang tak la aq nak mencari.
serahkan segalanya pada Allah..
kalau parent aq carikan pun takpe..
aq takut lah jadi macam kes ni..

semoga jantan *&^%$ tu akan menemui kebahagiaan yang dia cari.
harapan aq, agar suatu saat dia akan rasa pedihnya bila diri dilukai.
kepada kawan perempuan aq yang sorang ni,,
lepaskan kemarahanmu seadanya
jangan sampai memakan diri
dendam membuatkan kita hina
jangan samakan dirimu dengan dirinya.
KITA INSAN MULIA.

itu sahaja coretan panjang untuk post kali ni
harap, readers sentiasa berhati-hati..
bagi yang pernah merasai, jadikan ia satu pengalaman yang membantu meningkatkan jati diri.
insyaAllah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
kk, Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment