Thursday, February 26, 2015

sakit hati

Assalamualaikum semua
Salam sejahtera

Susah rupanya nak hilangkan rasa sakit hati!
Ambik masa lama jugak lar.
First day rasa macam nak gigit2 jer dia.. tampar laju2.
Second day rasa nak jerit kuat2 kat telinga dia biaq sakit.
Third day rasa malas nak layan dia.
Ni dah masuk hari keempat..
Geram kat dia tak hilang lagi, cuma ada la kurang sikit.

Semuanya berpunca kerana ketiadaan rasa kepercayaan terhadap aq!!
Kenapa susah sangat nak percaya aq hah??
Aq dah jujur dengan kau
Aq pasti dengan izin Allah, apa yang aq ungkapkan itu benar.

Tapi still,
Kau melepaskan kemarahan kau tidak tentu pasal!
Kau menganggap aq ini tidak boleh diharap apatah lagi dipercayai!
Bila kebenaran dipamerkan di depan muka kau,
Boleh pulak kau senyum kambing kat aq!
Pi rahh.. banyak cantik punya orang. Bla la!

Kau memang dari dulu tak sebulu dengan aq kan.
Mentang2 la aq ni macam kekanak ribena,,,
Woi!!!
Aq pun human being macam kau jugak!
Ada hati, perasaan
Kalau memang tak sayang aq, tak boleh terima perangai aq, tak suka penampilan aq..
Janganlah sampai setiap kali jumpa aq, kau nak kutuk!
Aq letih!
Kau paham tak yang aq ni dah letih??
Letih nak tadah telinga dengar apa yang kau cakap!
Letih nak tahan air mata yang meronta-ronta nak keluar!
Letih nak kunci mulut dari mencarut!
Letih nak gari tangan yang ingin menampar kau!

Astagfirullahalazim 3
Aq membiarkan syaitan durjana menguasai akal sihat ku.
Kerana terlampau geram akan tindak tanduk dia..aq termakan hasutan syaitan.
Ya Allah, ampunkan aq. Aq tak mahu sesat dipimpin syaitan. Berilah aq keampunan. Berilah aq kasih sayang Mu. Berilah aq ketabahan hati yang kuat agar mampu menahan segala tomahan dunia yang pahit dan berduri.
Perkenankan doa ku. Amin~

Lega bila dapat melepaskan apa yang terbuku di benak fikiran dan hati untuk post kali ini.
Terima kasih blog..kerana memberi peluang kepada aq untuk release tensyen..
Aq maafkan semua kesalahan kau.

Klah semua
Aq dah mengantuk sangat ni.
Tidur lu.
Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment