Saturday, February 14, 2015

Allahuakhbar.. Allah Maha Besar

Assalamualaikum.
salam sejahtera.


semalam result untuk semester 3 dah keluar

aq tengah layan reality show Korea time tu
tettet tetetet tetetet
aish, tak berhenti pulak bunyi henset ni
dah la benda tu dalam bilik
biarkan lah..malas
lebih kurang jam 2 pagi, aq masuk ar bilik
seperti biasa, sebelum tidur kene lah tengok henset dulu kann
korang pun sama..ngaku je lah..
pergh...asal lak ni??
banyak pulak notifications
ada email!!

oh my Allah!!
result la
memang la bebudak ni ada sebut pasal result keluar hari jumaat
tak sangka la pulak dapat tahu awal..
pukul 2 pagi kot
pelik bin ajaib
apa lagi
tekan ar skrin tu
jengjengjengjeng

banyak kali aq tengok result tu
macam tak caya jer
can`t believe it
is that true??
tampar pipi bulat beberapa kali
betul dah
reality!!
Alhamdulillah
semuanyer lulus..
lega sangat
ingatkan Mechanic gagal
aritu takleh buat..
kuasa Allah tak siapa tahu
Allahuakhbar. Allahuakhbar Allhauakhbar
terima kasih Allah..
hanya Kau tahu takdirku
dan yang terbaik untukku
sayangilah aq
kerana aq sentiasa menyayangiMu.

target aq hanyalah sekadar lepas 3.00 pointer
tercapai jua akhirnya..
mesti korang dah lepas kan..
siap dapat anugerah dekan lagi tu..
untunglah korang
aq bahagia dengan apa adanya
selama ni, aq hidup dengan pointer bawah 3.00
aq still bahagia, ceria, gembira..

ingatlah..
kejar yang tak pasti itu pasti ianya kekal tidak pasti
tetapi bila mengejar yang pasti, ianya memang sudah pasti!

mengelirukan??
itulah tujuan aq.
hahahaha
otak tu kasi pusing sikit
asyik rehat jer memanjang cuti nih

apabila mendapat nikmat/rezeki
kita hendaklah bersyukur
Allah yang bagi kat kita
takkan kita tak ucap thank you
perkara yang paling senang ialah dengan sujud syukur
aq tambah solat sunat hajat sekali
alang2 kan

pepagi buta tu
aq forward result kat ayoh
lebih kurang pukul 11 pagi
family aq tengok ler
mereka semuanyer ucap congrats
wahhwahwah
adik gedik pun sama
hahahaha
comel sangat
main sebut jer tahniah, walaupun tak paham maksudnyer..
adik2..gedik!!
 
kalau aq kat rumah
mak mesti ready ngan sarapan fevret aq..(mihun goreng mak)
orang first tengok kompem la mak
then mak akan cium pipi aq
dan ucap tahniah atas sebarang result yang aq dapat
rendah ka, tinggi ka, semuanyer mak senyum..
mak akan inform ayoh
dan aq pasti kene lecture sikit pasal cara belajar dan faktor tidurku yang melampau
mak ayoh dah masak dengan perangai anak sulung ea
hhahahahaha
like always..

mak suruh aq tambahkan usaha sikit untuk semester 4 yang akan menjelma tak lama lagi
nasib baik tambah sikit
kalau banyak tuh...
tak tahu la cannor
=}
InsyaAllah
setiap perkara yang membuatkan parent aq bahagia..
aq cuba untuk melaksanakannya.
walau sesukar mana sekalipun. titik
kerana aq tahu, Allah ada bersamaku. Amin~
rindunyer...<3<3<3
bulan 6 ni along balik.
ada cuti seminggu
InsyaAllah dengan izinNya
kita sambut besday along dan anniversary mak ayoh yang ke 22
ala~
bukan ke time tu budak lepasan SPM baru masuk u??
kacau plan la Abe ni..
nanti aq pikir rancangan lain
plan kene ada banyak.
sebanyak A-Z
kann
semoga Abe dan Ain(cousin) mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya dan mampu meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan keupayaan masing2. Amin~


oh yer
kengkawan aq serta cousin(Ayon) pun dapat result yang baik
happy for them
==)
kita semua menunjukkan improvement yang tinggi~
TAHNIAH
clap, clap, clap
bangga lah kejap untuk diri sendiri!
takde salah nyer..
yang salah bangga diri depan orang!

itu sahaja untuk post ni
sekian
Assalamualaikum dan selamat malam..

p/s: Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia 9.45 malam jumaat. Allahyarham disegani dan disayangi rakyat tidak kira umur, bangsa, darjat serta agama. Banyak values yang dapat diambil daripada beliau. Satu fakta yang menarik ialah ilmu yang cukup tinggi sehingga menaikkan darjat beliau di mata dunia. Oleh itu marilah bersama-sama menuntut ilmu kerana ia membawa kepada kebaikan sehingga mati. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang sedikit. Amin~ Al-Fatihah







No comments:

Post a Comment