Saturday, February 21, 2015

usaha berlipat ganda untuk berjaya= tahun kambing








Assalamualaikum semuanya
Salam sejahtera
Salam satu Malaysia

Selamat tahun baru cina
Tahun ni tahun kambing
Orang cina kata kambing ni melambangkan semangat yang tinggi dan mempunyai ketabahan untuk mendapatkan kebahagiaan.
Ini kerana goat selalunya berusaha untuk berada di atas bukit.
Comelkan ideologi ni.
Jadi,, tahun ni kita perlu bersemangat waja untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Cuti musim perayaan ini, aq balik klate. Alhamdulillah. Gembira sangat.
Keluar jejalan dengan gegirls. Hehee.
Tak pergi jauh pun. Kbmall jer.
Mimi pun join sekali.
Thank you mimi.
Orang lain busy kann.. takpelah. Ummi paham nyer.

Tengah tengok bola
Kelantan vs PDRM
Fahmi terlepas satu bola ni..
Geram pulak rasanya..
Mood dah down ni.
Baru satu.. lek lu.
Merah putih fighting!!
Adik2 aq siap pakai seluar merah nih!!
Tak pakai baju. Paneh.
Laki takpelah..

Esok dah nak bertolak ke kajang.
Sambung kerja.
Ingatkan duit gaji nak simpan jer.
TeRtengok yang pasal PTPTN tu..
Aisyah yang hantar kat group.
Duit dapat bulan april!!
Aduh. Sekek la bulan 3 ni.
Kiranya gaji tu untuk bayar yuran kolej je lah.
Sadis sadis.
Orang kata bila guna duit sendiri, kita akan lebih menghargai.
So, aq taknak la mintak duit ayoh.
Aq suka berdikari.
Dari dulu lagi aq akan guna duit gaji aq plus PTPTN untuk menampung jihad di universiti.
Dengan demikian, aq akan bersungguh-sungguh berjuang.
Kekadang ada ketika datang jugak malas.
Selalu jugak la sebenarnya..
Hahahahahahaha
Tapi kan, bila ingatkan pasal pelaburan yang aq buat..
Aq akan bangkit kembali melawan nafsu dan berusaha..
Itulah pentingnya guna duit sendiri.
PTPTN tu pun dikira duit kita jugak sebabnya bila tiba masanya nanti, kita akan bayar balik.

Berbalik pada kedudukan kelantan pada minit ke 63:43 . PDRM mendahului dengan 2:0.
Banyak peluang bagi pasukan kelantan, namun masih belum mampu membolosi gawang gol lawan.
Haish..
Aq dah start menguap nih.
Bosan pulak.
Selangor dengan JDT seri 1 gol.
Oklah tu.
Oh no...
Gelap la kelantan malam ni.
PDRM masuk lagi satu gol ni.
Habis la.
Aq dah takde sense nak tengok bola.

Bunga api dilepaskan tanda kekalahan pasukan kelantan.
Nampaknya kami semua redha dengan keputusan kekalahan yang bakal diumumkan kelak.
Agak mustahil bagi pasukan kelantan untuk bangkit.
Apa yang mampu dilakukan hanyalah mengekalkan momentum dan mengetatkan pertahan agar pasukan lawan tidak lagi menjaringkan sebarang gol.
Kalau tak, kalah teruk malam ni.
Satu lagi gol pihak lawan.
Aaarrrggghhh.

Aq nak kemas barang untuk esok pagi.
Kene berpisah lagi dengan family tercinta.
COBAAN.
Aq harap sepanjang berada di syurga dunia ni, aq membuatkan mereka bahagia, melakar memori indah bersama walaupun hanya seketika cuma. Amin.

Oh yer..
Bagi pasukan kelantan, walau apa pun keputusan malam ini.
Aq dan seluruh rakyat kelantan memberi sokongan padu dan berharap korang meningkat usaha dan perbanyakkan latihan untuk menakluki bola sepak Malaysia.
Gomo klate gomo.

Itu sahaja.
Assalamualaikum.
Semoga kita semua dilindungi Allah dan dikurniakan rezeki yang halal. Amin~


No comments:

Post a Comment