Sunday, March 1, 2015

Part 4.. BEGIN

Assalamualaikum semua
salam sejahtera


aq tengah menaip dari dalam bilik no.30 tingkat 6 kolej MAWAR berduri


pepagi lagi dah siap nak gi daftar kolej..
survey lu kenderaan, untuk keselamatan kita bersama
tup tup..
tayar van Cik Esah dah nazak..
jadi kene la tukar tayar
tengah tunggu semuanyer settle, aq tidur la..
dah bangun awal dari biasakan..

Abe, (Alif dan Angah-cousins) ikut gi UiTM
maklumlah kene angkat barang aq yang banyak nak mam ni
tak lupa Pak Jin yang sanggup drive jejauh untuk hantar aq
thanks semuanyer
Semoga semua diberkati dan bertambah rezeki. Amin~

hari ini
1/3/15
bermula lah kisah aq sebagai seorang pelajar universiti AGAIN

kemas bilik, iron baju, tangkap muat, jumpa kawan, jumpa cikgu, kene study, masuk kelas, keluar library, lepak tandas, main games, makan2, shopping sakan, jumpa artis, jom selfie, gi lawatan, duit hangus, buat quiz, hantar assignment, kene marah, duduk exam, balik rumah, hidup tenang.

semua benda ni dibuat berulang-kali setiap sem.
bosan kan..
ahahahaha

standard la, taknak belajar, berhenti. keluar UiTM. habis citer.
mak aq yang cakap macam tu.
TADI.
hehehehe

bila HANTU MALAS dah bertepek kat sisi
jadilah macam ni
shuh, shuh, jauh kau,
set niat balik!!!
aq datang sini nak belajar kerana Allah, menuntut sebanyak mungkin ilmu, disayangi Allah, alam flora dan fauna, dan manusia, menggembirakan semua orang sekelilingku, memberi kebahagiaan kepada mak ayoh dan bergambar dengan artis untuk sem4 ni. Amin~
aq dan kengkawan dah set nak bergambor dengan artis..
sajer nak luangkan masa
bukannya taksub sangat dengan artis,
cuma nak tumpang glamor sekali-sekala

yuran pengajian belum bayar
hopefully takde la memintak-mintak macam yuran kolej ni
tunggu la ptptn yang langsaikan ea.
yuran kolej dah bayar cuma status di student portal aq still belum dikemaskini.
InsyaAllah takde masalah pape nanti.


klah,semoga aq terus bersemangat menjalani kehidupan yang makin hari kian tenggelam di mamah usia ini..
KIAMAT MENANTI,
USAH DIGENTARI,
AMALAN DIISI,
SETIAP HARI.

sayang semuaa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kenikmatan, kesihatan, dan kejayaan aq selama ini.
semoga Allah membalas budi baik kalian,
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment