Wednesday, February 4, 2015

Bekerja itu perlu

Assalamualaikum~

sekarang tepat jam 1.00 pagi (masa aq taip la,,,waktu sekarang lain la)
baru habis refresh badan ni
rambut pun tak kering lagi (kalau still basah nanti demam)
sambil nenunggu ni,
aq taiplah sikit kann,

tadi aq balik kerja pukul 11.20 malam
ni kira awai la,
menu utama dah habis
yang lelain pulak tinggal sikit jo laiii
so, bos suruh tutup la kedai nyerr
Alhamdulillah, dapatlah berehat fizikal dan mental..
kerja start lepas zohor
tolong bos masak,
then prepare barang2 yang nak guna untuk plating and serving

chu teka aq kerje apo reh??
think think think
waitress? chef? cleaner?
hahahaah
semuanyer betol..
aq jadi semua.
aq tolong masak
aq cuci pinggan
aq kemas2 barang
aq ambik order
hahahahaa. tersenyum bangga!!
sapa kata kita takleh buat banyak kerja dalam satu masa??
ni aq boleh..
cuma kekadang ada la terlupa benda.
standard ar tu, bila dah banyak sangat nak buat
otak pun tak sempat nak jalan
tangan pulak tak gerak2
hahahaha
 
kkkkkkk
Makcik aq (bos terSAYANG) bukak kedai makan
aq ni kerja la dengan dia
senangkan..
takyah sesusah cari kerja lain.
sepupu aq yang tengah cuti semester3 sama cam aq pun join sekaki
lepak ar kerja ni..
(walaupun lepak, tetap kene bersungguh kerja)
(Allah Maha Melihat, takut3)
baru 3 hari kedai makan dibukak
sambutan yang diterima agak memberansangkan
Alhamdulillah, rezeki dari Allah kann..

Dunia kita sekarang ni kan.. MENCABAR
mana idok nyer,,, semua nak kena ada duit, baru boleh jalan
duit ni pulak, takdenyer nak datang berlari kat kita
kita yang kene usaha korek, gali, cari.. barulah dapat merasa
tu pun ambik masa lama gak la..
jadi...
kita ni kenelah BEKERJA
dengan BEKERJA, barulah duit tu masuk dalam poket kita.
kita bekerja ni bukannya untuk kesenangan kita je tau
kita kerja untuk kesenangan orang lain.
ingatlah: "Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita"
sharing is caring kann
dan dengan bekerja jugak,
kita mampu menggunakan masa yang Allah berikan kepada kita dengan sebaiknya.
therefore,  (baca stail hiphop ayat di bawah)

takkan terjadinya..kes2 lepak di kaki lima....
lu suntik gua, lu pulak tengah hisap ganja...
bawak GRO pergi ronda2 naik motor gua..
kini siang malam pun dah takda beza..
put your hands up
yoooo oooouuuhhh oooooo
hooooooo ooouuuhh oooooo
polis ketuk pintu umah gua..
tengah syok gila. tup tup kena gari pula
hidup gua kini dah tak ada harga
merempat dalam jail, sesal pun dah tak berguna...

kreatif tak korang memusnahkan hiphop ni??
hahahahaha
kekadang kene suruh otak kita buat benda yang aneh sikit..biar neurons sentiasa berhubung..
barulah tercipta imaginasi kuat, seterusnya melahirkan individu hebat.
iklan Anmum Essential.. beli jangan tak beli ibu2..
hahahahahhaa

dan kerja kita perlulah yang HALAL dan DIRESTUI FAMILY
kenapa aq cakap macam tu??
sebab..
banyak kerja halal yang Allah sediakan kat muka bumi ni untuk kita
tinggal nak cari jer lagi yang mana sesuai untuk kita
dan
kalau kita kerja tanpa direstui family ni,
akibatnye,
Allah mungkin akan murka dengan kita.
Na`uzubillahiminalzalim.. takut aq!!
aq taknak buat kerja yang tak berkat nih!

aq ni still student
so, aq kerja part time jer la kat kedai ni.
lagi 2 tahun, aq keluar UiTM, aq dapatlah ijazah pertama aq
then, time tu aq akan cari kerja yang sesuai
orang kata budak yang amik kos pendidikan macam aq ni susah nak kerja
betol la tu.. cikgu ni kan dah berlambak..
lecturers pun dah ramai..
namun, semua kena aware..
Allah kan ada!
apa gunanya kita ini sebagai muslim kalau tidak percaya akan qada dan qadar!
Allah dah tetapkan takdir kita semenjak kita berada di dalam perut mak lagi..
dan itulah yang terbaik untuk kita
tetapi,, sebagai hambanya, kita hendaklah berusaha..
sebelum dapat sesuatu, kita kenalah buat sesuatu~

ikutkan hati ni, aq nak jadi cikgu tadika..
ni pun aq baru set tahun lepas..
sebelum ni, aq takde cita2 yang khusus..
main taruk jer..
sekarang, aq rasa cikgu tadika adalah pilihan yang terbaik.
masalah nye..
aq bukannya ambik kos pendidikan kanak2, aq amik kos pendidikan math minor fizik.
jauh sangat tersasar nyer..
kalau ada rezeki, aq nak sambung master dalam bidang kanak2 tu la
tapikan..
family aq macam tak suka jer pekerjaan tu
diorang cakap, baik takyah belajar tinggi2 kalau setakat nak jadi cikgu tadika
mula2 tu aq nangis la jugak (dalam hati)
dah lelama ni, bila aq asyik mention pasal ni,
parent aq macam dah ok
angguk2 je ...tapi still taktau apa keputusan sebenarnya..
oleh itu,
kini goal hidupku hanyalah satu
Aq ingin memberikan kebahagiaan kepada mak ayah ku,
kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan ku..
ikutlah jadi apa pun nanti in the future
biar la pekerjaan itu membuatkan parent aq bahagia!!! Amin~
ada lecturer aq tu cakap,
gaji cikgu tadika ni ciput la kalau nak dibandingkan dengan guru sekolah/ lecturers
memang3, rendah jer gaji cikgu tadika
kita kena ingat,

gaji tinggi2 tak guna bila hati tak gembira
duit bersepah tak guna bila jiwa tiada
nama dan pangkat tak guna bila amanah tercela
harta atau iman mana yang berharga??

bila gaji lumayan, keberangkalian untuk kita melakukan maksiat sangatlah tinggi
kalau seseorang itu tidak mampu mengawal nafsu
sudah pasti akan jatuh ke pangkuan setan yang direjam..
seram seh
mintak dijauhkan yang buruk. Amin~

bukannya aq perli lecturer ni
cumanya, aq taknak la cari kerja atas dasar nak gaji tinggi
aq nak kerja yang mendekatkan aq dengan Allah
aq nak kerja yang mengingatkan aq tentang kebesaran Allah
Aq nak kerja kerana Allah
Aq kerja untuk mendapatkan redha Allah

gaji tu semua hanyalah sebagai ganjaran kepada kita
keredhaan Allah, keberkatan hidup dan pahala yang aq kejar
bukan kekayaan sementara dunia.

ceh, ceh, ceh..
ada yang menyampah ke dengan ayat aq ni
macam poyo jer
tapi
itulah yang aq nak sampaikan kepada korang semua
hidup cuma sekali
so kita enjoy!!! (dengan cara yang terbaik)
paham2 je la ea..

k lah, jam dah bunyi
suruh masuk tidur
sejam lebih jugak yer mengarang citer kat blog ni
aduishhh
beta berangkat ke kamar dahulu ye
nite, love my love

Assalamualaikum~

busy



Bos aq! acik Esah




No comments:

Post a Comment