Saturday, April 4, 2015

cikgu ummi??

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Menaip dari bilik aq yang dirindui~
Alhamdulillah. Baru balik PRISMA.
program intelek sains dan matematik.
Yang kat sekolah setiawangsa tu.
Kepala sangat sakit sebabnya kena hujan~
Manja nyer, euu
Sampai kolej Mawar dah pukul 8.05 malam
Nasib sempat maghrib

Sekarang dah rindu budak2 sekolah tu
Teringat masa kat sana~
Recall back***

Keadaan kelam kabut bila bas lambat.
Tiba jer kat sana, 
Get ready untuk bersemuka 
dengan murid sekolah rendah, darjah 6
Ramai seh~
Dijangka seramai 386 murid keseluruhannya.
Mereka sangat comel~
Ni lah first impression aq!
Sekolah pun gedabak besar.
Memang kondusif habis la.
Tip top!
Nama lagi sekolah berprestij tinggi!

Aq tak jumpa tempat makan
So, pagi tu tak sarapan~
Aq makan nestum.
Alas perut, boleh la. Dari kosong jer.
Aq digandingkan dengan Flexia, budak sains.
Kami group 17
Ada 14 murid semuanya
Bermula dengan kekok
Akhirnya kami bergembira bersama~
Mereka panggil aq cikgu ummi!
Aq tak tahu nak ungkapkan perasaan aq saat tu
Pada mulanya aq bahagia 
Rasa bunga kembang setaman
Aq jugak membahasakan diri ku cikgu
Peluang tak datang banyak kali
Tapi, bila difikirkan balik..
Aq tak layak dapat gelaran tu.
Ilmu tak seberapa
Pengalaman takde
Soft skills pun ala kadar jer
Senang citer aq serba sikit
Masih belum mampu memikul tanggungjawab

Bila dah pepetang sikit
Aq kene berpisah dengan group
Aq pulak kene jaga checkpoint 
Aq dapat waterpark
Bukan yang ada gelongsor air tu
Just sukat air dalam balang
Aq kene pakai benda alah yang menggelikan
Kepak rerama purple, siap ada cekak dan fairy stick

Bebudak gelakkan aq~
Takpelah
Aq cakap ler yang ni cikgu aq suruh pakai
Kalau cikgu suruh, kita kene BUAT~
Pandai pulak murid2 ni.
Apa yang penting, 
mereka perlu memastikan mata selari dengan skala bacaan
Baru la dapat bacaan yang tepat
Dan macam mana nak tukarkan ml-> l
Kacau gak la stesen aq
Harap2 mereka dapat sikit input

Saat untuk balik semakin hampir
Murid2 diminta bersalaman dengan fasilitator
Aq tak menangis
Kerana aq tahu, mereka pasti menangis jua 
Airmata mereka lebih berharga
dan rugi kalau tumpah kerana aq
Ahli group 17 datang memeluk aq
Yang perempuan aq balas pelukan mereka
dan bagi ciuman penuh kasih sayang
Yang lelaki juga bersalam denganku
Ada jugak yang mintak dicium
Aq pura-pura kiss je la.
Comel sangat saat tu
Aq rasa tak sabar nak ada anak sendiri
Hehehehe
Disebabkan mereka still bising
Sir A suruh mereka buat semula sesi bersalaman dengan proper
Dah namanya budak sir,,,
Layan je la.

Kalau ada peluang untuk ke sekolah lagi
Aq harapkan aq mampu mamberikan yang lebih baik
Dan aq akan curahkan kasih sayang sama rata kepada mereka
Aq taknak nemarah
Inilah cara approach aq.
Bila kita beri kasih sayang
Mereka jua akan melakukan hal yang sama
Itu aq yakin sesangat!!

Macam mak2 kan~
Dah nama aq UMMI
Setiap nama menunjukkan peribadi
kalau tak setuju,,
Takpelah~

Banyak main di sekolah
Pelajaran jangan dilupa
Kami datang dengan payah
Jangan pernah kamu lupa.
Sekian~
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment