Wednesday, April 22, 2015

permata berharga





















Assalamualaikum~
salam sejahtera..
semoga kita bertambah keimanan dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Amin.

yang kat atas tu,
gambar adik aq yang last sekali
Hakeem namanya
rasanya aq selalu jer post pasal adik
ok,ok,
selalunya, aq ni akan kerja bila cuti
tak kira lah, cuti kejap ke, lama ke
aq pulun gak kerja
duit kene la cari
aq target buat sebuah rumah untuk family aq kan~
so kene menabung dari awal ler
akan tetapi,
aq rasa nak balik sesangat
takde mood nak kerja
rindu nor ngan family
tu yang terpacak kat rumah ni!!
heheheh

post kali ni, aq nak taip pasal adik gedik
hakeem tu
sekarang, umur dia dah 3 tahun
Alhamdulillah, semuanya cepat jer bagi adik
adik lah yang paling cepat berlari
paling pandai
paling bijak
paling gedik
paling nakal
paling manja
senang kata, semua paling la dia dapat!

untung jugak sebenarnya dapat adik kecik ni
bila semua dah bebesar
kene tinggal kat kolej ke
atau gi belajar kat luar
ada jugak lah yang tolong tengokkan mak ayoh aq
takde la kami risau jer memanjang kan~

sekarang ni, aq observe adik aq punya attitude
oh my Allah
memang comel sesangat
mana tak nya..
bila adik gedik dah boring
start la angkut Pinky(kucing) masuk rumah
siap pepeluk cium lagi
borak lak tu
aq dengar dia bahasakan kitten tu adik
adik makan belom?
adik, hakeem tak sayang along.
adik, comelnya dia. comelnya dia..
hahahahah
pandai betul adik gedik ni borak dengan kitten
bila merajuk jer, mulalah luahkan isi hati kat kitten
kami ada 3 kittens setakat ni kat rumah
semuanya nama sama, PINKY
hahahahaha
SubhanaAllah, Maha Suci Allah
comel sangat ciptaan Mu

adik gedik ni memang mudah sangat merajuk
tinggi suara sikit jer
dah sedih
then cakap hakeem tak sayang mama
hakeem tak sayang ayah
senang betul kau terguris kan~
padahal kami taknak dia lelama depan pc
adik dah reti tutup bukak pc dengan proper
kalau dulu main tekan jer punat on tu
sekarang dah tau kene pangkah semua windows
baru click shut down
bijak sangat!
dulu nak tengok video kene suruh mak taipkan
sekarang, adik dah kenal huruf
dia tekan je la apa yang dia nak
tapi takdelah detail sangat
setakat taip ABC jer
youtube bagi lah pilihan video
kat situ la dia pilih nak tengok yang mana
hebat, hebat, adik aq kan~

ok, masuk bab makan pulak
perghh, memang mantop
adik makan banyak wei
tak tipu
pepagi makan nasi berlauk
tak pun mee goreng favorite dia
tengahari makan lagi
petang pun sama
malam, bila nampak kakak2 dia, abang dia makan
dia pun menyendeng mintak makan
alolololo comei
tadi pun sama tau
dah la petang tak tidur,
malam dah ngantuk2, still nak makan
nangis2 sambil kunyah lempeng dan telur goreng
padahal dah kenyang tu
sebab terliur tengok orang lain makan
dia gagahkan jugak makan semua tu
haish, adik, adik

sekarang ni famous dengan tagline
QuPuteh, QuPuteh, barulah puteh
adik gedik pun dah terpengaruh
siap buat gaya lagi
memang kekanak ni senang diinfluence dengan media
tadi, dia acting macam waiter
serve mak aq lego as a meal lah
siap cakap silakan lagi
semua ni belajar mana??
mana lagi kalau bukan kat tv
benda elok, takpelah ditiru
buatnya kat tv tu tunjuk yang sebaliknya,,
memang naya la adik aq

kenapalah aq cerita pasal adik gedik ni kan??
setiap perkara mestilah ada sebabnya
dan tujuan aq adalah untuk membuka minda readers
tentang hal yang berkaitan dengan anak/adik
mungkin kita semua tidak cukup peka
dengan golongan kecil macam adik gedik
kita yang dah besar ni
kene observe mereka ni
apa yang patut mereka belajar semasa umur antara 1-5 tahun 
apa yang mereka patut makan?
apa yang patut mereka tonton?
attitude bagaimanakah yang sesuai ditonjolkan di hadapan mereka?
kita kene ambik kira dari pelbagai perspektif
bunyi macam complicated kan~
memang pun
takde jalan pintas untuk ke syurga kan~
hehhehe tetiba guna tagline ni..
sebagai insan yang bertanggungjawab
kita hendaklah mengawasi semua ini
banyak petua2 yang boleh kita perolehi di internet
strategi hebat untuk membesarkan anak/adik boleh dicari
hanya dengan satu klik

aq bukannya pakar yang boleh bagi semuanya kat korang
justeru itu,
aq suka untuk membuatkan readers dan aq berfikir sejenak
memberi ruang untuk otak berfungsi
seperti apakah ilmu yang perlu kita bagi kepada anak/adik kita?
cukupkah hanya sekadar ini?
inilah persoalan yang bermain di fikiran aq tika ini.
aq dah cakap, aq mak2 sikit!!

semoga kita sentiasa mengikut syariat Allah
dalam mendidik anak/adik  dalam mengharungi dunia yang fana ini
memag tidak ada yang sempurna
tapi kita cuba untuk menyempurnakannya
sentiasa bersabar kerana dengan sabar sahaja
kita mampu merealisasikan impian kita.
sentiasa berani kerana dengan keberaniaan
kita mampu menonjolkan diri kita
sentiasa berlaku baik kerana dengan kebaikan
kita mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia

sampai di sini post kali ini
mungkin post ini contentnya agak berat,
tapi percayalah,,
jika anda terdetik untuk meninjau keadaan anak2/adik anda
walaupun hanya sebesar zarah,,
anda berada di laluan yang betul
InsyaAllah, Allah ada bersama kita
anak/adik merupakan kurniaan Allah
sayangilah mereka
didiklah mereka
bantulah mereka mengenal Allah yang Esa

kkkk, selamat malam semua
maaf jika menaip banyak sangat
yang baik datang dari Allah
yang buruk dari kelemahan aq
Assalamualaikum~











2 comments: