Friday, April 3, 2015

Semalam. hari ni. esok?

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki setiap hari.
Amin
Ida, suruh aq update blog ni!!
Tak menyempat~
Baca post ni, Ida!!
Semalam, aq dapat lunch free tau. Aisyah pun.
Sir T. yang bayarkan.
Thank you so much!
Jeles kan~
Aq yang mintak dia belanja.
Sebelum ni, aq selalu tegur dia.
Kali ni, aq suruh bagi salam kat anak dia pulak, Syauqi. Kawan masa dalam palapes.
Banyak la soalan keluar dari mulutnya tu.
Last sekali, dia tanya kami kenapa quit palapes.
Kami bagitau la alasan ea..
Tak pepasal kene bebel.
Takpelah, memang salah kami jugak.
Yang penting, lepas kene bebel, dia bagi rm10.
Hahahahahahaha
Apa lagi kan, ambik jelah.
Dapat la tampung lunch.
Bahagia~
Malam tu, aq kene stay fakulti, sebabnya ada simulasi.
Ini penting, kerana sabtu, iaitu esok, aq kene pergi Sekolah Setiawangsa, sebagai fasilitator disana.
Aq makan malam dulu kat pondok kat edu square.
Tetiba, ada mamat MPP ni senyum kat aq.
Apa lagi, aq balas je la senyuman tu.
Tapi, dia datang pulak kat tempat kami.
Tanya kenapa tak balik lagi.
Mulut aq penuh time tu, 
so lambat le jawab nya.
Then, kami komplain pasal bas.
Bas nak gi fakulti aq ni asyik lambat jer.
Tak ikut masa pulak tu.
Aq ni tak kisah sangat,
Aq kesian la kat budak yang selalu tunggu bas awal~
Hehehe
Poyo lebih..
Contoh ea, sepatutnya gerak jam 10pagi, pakcik bas start jam 10.30 pagi.
Ape hal ni??
Cuak kan~
Mamat ni cakap, dia dah buat aduan.
Hehehe.
Mpp katakan~
Ida, jangan jelas tau~
=)
Start simulasi,,,
Kami diajar cara nak buat energizer kepada budak sekolah.
Kami belajar tarian.
Dan, ada pertunjukkan dan penerangan eksperimen yang vavavoom lagi!!
Nama glamor aq malam tu ialah
UMMI SYA.
Bunyi ganjil, tapi dah ada orang ummi, takkan la guna nama sama.
Nanti tertukar pulak.
Pening jadinya nanti kan~
Dah pukul 10 malam, warga kolej dapat balik dulu,
Yelah, kami kene naik bas,
Kalau tertinggal, masak la.
Tapi, aq berborak pulak dengan sorang lecturer ni.
Nama depan F.
Bila lagi nak berbual,
Dia bukan ajar aq pun.
Then, sir A, yang ajar algebra tu, sibuk jer..
Kacau line betul.
Pepanggil aq pulak.
Suruh aq balik.
Tau la, tunggu la aq habis borak lu..
Geram pulak aq!!
Hari ni, aq lambat setengah jam jer
Kelas kalkulus sangat menarik.
Sebabnya, madam M kurang guna slides.
Dia fully tulis kat board!!
Thank you madam.
Kami sangat menghargainya.
Habis kelas, macam biasa, aq salam dan cium madam
Tapi, kali ni, aq ucap i love u
Hehehe
Nak mesra2 la konon..
Dia gelak jer,,
Comel la.

Tadi pun, masa dia lalu depan kami, aq suruh madam drive elok2
Then say i love u again~
Dia senyum jer memanjang..
Bahagia nyer buat cikgu senyum.
Tu yang aq rasa masa tu.
Kan aq dah mention dulu,
Aq ni pelik orangnya..
Benda macam tu pun aq teruja.
Adrenalin aq banyak daripada manusia normal kot..
Opinion merepek!
Hehehe'
Nak dijadikan cerita hot,
Time aq say i love u,
lecturer laki keluar pulak kat celah pintu jamban~
Adehh, aq sebut punyer la kuat..
Untuk elakkan kesalah fahaman dalam kalangan kawan aq dan lecturer tu,,
aq jeritlah yang aq tujukan kat madam, bukan dia.
Hopefully dia dengar la.
Then, kami headed to rumah hijau~
Masa dalam perjalanan,
aq dan Mimi, nampak Zulli beli Funky Channel..
Sejenis air blended, iaitu adik beradik Cool Blog.
Ape lagi, aq suruh la dia belanja.
Yang best nyer, dia bagi 5ringgit,
so kami dengan bahagia beli satu air yogurt perisa mangga blend.
Sedap wei~
Tak tipu!
Selalunya, rasa yogurt yang aq selalu order kat Cool Blog, CB masam sikit.
Tapi, yang ni secukup rasa.
Paling senang, yang ni sedap banyak dari CB.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh belanja kami lagi..
Macam panjang jer post kali ni!
Aq taip dari surau intec dengan kedinginan melampau dan perut yang kosong.
Tak sempat makan tengahari,
Masa tidur tengahari juga terganggu kerana program esok.
Yang penting, aq datang atas nama tanggungjawab.
Permudahkan segala urusan kami. Amin.
K, lah.
Aq chow dulu.
Buat baik berpada
Buat jahat jangan sekali
Bukan balasan yang ku pinta
Hanya mahu rasa dihargai.
Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment