Monday, April 20, 2015

Karnival dan UMC

Assalamualaikum~
salam sejahtera
semoga kita mendapat barakah di bulan REJAB ini, Amin.

sekarang ni tengah cuti midsem.
aq balik rumah kat Kelantan
kepulangan aq disambut kucing2 yang comel
heheheh
dah sampai pepagi buta sebelum subuh kan~
kucing je la yang bangun,
siap iringi aq ke rumah lagi tau
alolo comelnya korang~

sebelum balik
aq ada event besar kat fakulti
ada karnival dan Ultimate Mathematics Challenge, UMC
aq rasa macam dah pernah mention jer
ker belum??
lupa la pulak
Alhamdulillah, segalanya lancar
kami warga MESA sangatlah bersyukur atas kemenjadian projek besar ini!!
tahniah semua~

program besar ni berlangsung sehari sahaja
iaitu hari KHAMIS
16/4/15
walaupun dikecualikan kelas
kami tetap kene ganti ma~
pada hari tersebut
aq ditugaskan untuk menjaja Air Slurpee dan Float
bukan buat sengsorang tau
ada Aisyah, Shida dan Amni!
ikut shift la kerja ni
meanwhile, Mimi dan Sally kene promote burger
yang buat burger pulak semestinya, Farah, Baby dan Kema
hihihihihih
nasib la, berpanas kat kuali burger tu~
kesian semua~
namun begitu
kami bahagia tau~
kecoh jugak la station kami tu
promoter tak berhenti potpetpotpet
hahahahaha
masa awal2, agak kelam kabut jugak
dengan penyusunan mejanya
barang2 lagi
adeh, panek2
tercabar gak la hati
mulut aq ni dah la kasar je bahasanya
suara je macam kekanak ribena
tapi bila dah bercakap tu
bertegang lidah gak la!
maaf la yer Kak Saleha
Ummi tak sengaja..
akhirnya tamat sudah penjualan
dan kami pulang dengan poket penuh!!
hahhhahahahha
bangga, lecak jugak la ketiak kita ni
walaupun kerja bawah khemah
berbaloi la~

bagi UMC pulak
warga MESA yang lain berhempas pulas dalam menjayakannya
ye la
program ni kan julung2 kali dibuat
mestilah kene sempurna
barulah boleh dilanjutkan untuk tahun2 hadapan
kan DEKAN~
insyaAllah
penuh fakulti kami dengan kehadiran murrid2 sekolah menegah
mereka datang dari sekolah2 yang hebat tau
SBP, MRSM, sekolah Sains
gempak, gempak
budak cerdik akal semuanya~
mereka semua ni berebut hadiah yang berupa wang tunai sebanyak>>
RM1500 bagi pemenang pertama
banyak jugak tu
dengar katanya, soalan2 yang digunakan merupakan soalan KBAT
kemahiran berfikir aras tinggi
pergh,,,, cayalah adik2
tahniah kepada semua yang menyertai~

malam tu, memang tak terkata penatnya
lepas hantar barang rumah Aisyah dan Sally
aq headed to fakulti
ye la
aq kene balik kolej
nak kemas barang lagi
takkan tinggal bilik seminggu tanpa diservis kan~
masa nak jalan gi sana
ada satu motor ni nak langgar aq!
memang salah aq pun
tak alert, memain torchlight lagi
nasib acik motor tekan brek
kalau tak
tidur hospital la aq malam tu
fikiran melayang dah masa tu
ingat katil, bantal busuk
Ya Allah, terima kasih sebab jaga aq malam tu.

aq tengok gambar kat facebook mesa
sempatlah dowload a few gambar program
hehehehe
ni bukan curi yer, aq ambik jer
nanti hilang kalau aq tak save dalam blog
rugi pulak memori tu nanti

ok lah, sampai di sini jer post kali ni
esok aq update pasal aktivit kat rumah yer
Assalamualaikum.

Maths` square yang meriah dengan budak2 bijak!

burger baby, farah dan kema~

Syafiq dan kiosk gamenya..gamer jer datang main

station jualan kami! Maths`Donald..sangat
promoters: dari kanan Sally dan Mimo

Aq dan Aisyah makan sarapan tak habis

juruhebah math booster


fakulti yang dihiasi penuh warna-warni
ini mungkin waktu penutupan majlis

cikgu praktikal@senior part 7

Linda yang comel dan Aq

gelagat adik2 prisma yang terpilih

para pemenang dan hadiah yang dibawa balik


sebahagian kosmate yang hadir di majlis penutup


No comments:

Post a Comment