Monday, March 16, 2015

ICT Shah Alam

Assalamualaikum~

walaupun dah lambat sangat, tapi aq still nak taip gak pasal ni!
2 minggu lepas,
aq, Abe dan cousins gi la jejalan ICT Shah Alam
yang sebelah UiTM tu.
dah lama tak pergi sana.
dan, kebetulan si Abe ni nak sangat jejak kaki kat sana
kami bawak la!!
yang drive mestilah Edi(cousin)
hehehee

petang tu hujan lebat kat KAjang,
so kami pikir tak jadi la plan nak gi
tapi, Alhamdulillah, malam tu ok!
hujan dah stop.
rasanya dalam pukul 10 malam kitorang dah tercongok kat ICT.
perkara pertama yang kami buat mestilah cari toilet!
hahahahahah
then tengok gelagat manusia yang terdiri dari pelbagai races kat sana.
well, ini kan MALAYSIA
satu untuk semua, semua untuk satu, Satu Malaysia!!
romantik la suasana kat situ
lampu warna-warni
kelip2 gitu.
banyak gak couples yang berkunjung.
pegang tu, pegang ni.
takpe la, diorang mesti baru kahwin tu..
honeymoon agak ea..
positif!!

family pun banyak yang bawak anak2 gi main kat sana.
comel sangat..
mesti syok kalau family aq join sama kan~
InsyaAllah, ada rezeki kita semua pergi main kat sana tau.
Adik2 dan my Parent takyah la jeles sangat yer..
okokoko
kami try game baru!!
Disco Ride nama ea
macam Pirate Ship cuma tukar guna motor yang disusun bulat.
best sangat
:6
menjerit-jerit time up side down naik benda tu
hahahaha
Abe dengan Ella dah seram sejuk
genggaman makin kuat, ye la, takut katakan
rilek la, setiap permainan mesti dah ada safety nyer.
lepas je la
macam aq!!
hahahhaa
syok wei..
diorang taknak naik dah,
so kami decide gi Trick and Art museum
lupa la namanya
tapi kat sana banyak gambar2 yang dilukis,
ala-ala laman seni gitu
3D pictures la kot
yang bestnyer, kami boleh bergambar sakan
heheheh
disebabkan masing2 guna handphone cikai2 jer
gambar dalam gelap tak lawa
so, bila gi museum ni
boleh la nampak rupa pics sikit.
nanti aq nak beli camera la
kalau DCLR mahal pulak
takde duit aq nak makan nanti.
camera biasa2 jer sudah..
asal ada night mode, jalan~

terima kasih semua kerana berjaya membuatkan Abe happy gi ICT
tujuan gi sana sememangnya untuk hidupkan kembali keceriaan dan semangat
agar Abe mampu melupakan result Spm yang tak berapa nak dibanggakan tu
walaupun aq juga terkilan dengan keputusan itu,
aq pasti,
Allah telah merancang sesuatu yang sangat indah di penghujungnya nanti.
bersabar dan teruskan usaha
kerana itu bukan penamat dalam hidup seseorang individu.
kepada budak lepasan SPM2014 yang kurang terserlah
janganlah kamu membiarkan kesedihan mengatasi iman mu
nangis itu perlu, tetapi ada hadnya.
jalan yang besar masih menunggu untuk diterokai.
berjanjilah untuk sentiasa mengikut syariat Allah dalam setiap perkara
dan akhirnya semua yang indah itu milik kita!
bersusah-susah sebelum mendapatkan keindahan membuatkan kita manusia yang sentiasa bersyukur.
InsyaAllah.
janji Allah itu pasti!

renungkan bersama, aq sentiasa doakan yang terbaik untuk Abe!
sayang semuanyer ketat2!
Assalamualaikum.










No comments:

Post a Comment