Friday, March 27, 2015

26/3/2015

Assalamualaikum~
salam satu Malaysia.

bukan nak bangga diri atau menunjuk,...
tadi puasa sunat hari khamis
saja nak train diri
aq kan ada gastrik, so rasa lembik la tadi
Insyaallah, kalau kita sentiasa amalkan puasa ni
takde la perut tu sakit sangat bila Ramadhan menjelma

kelas tamat jam 6 petang
berlari kejar bas
tapi, tetap tak dapat naik
bas dah penuh
mampat,
abang bas pun seram sejuk nak pandu benda alah tu
alamatnya tunggu next bas la
aq kuatkan juga iman
tunggu dengan sabarnya,
walaupun rasa sedih kene tinggal tak hilang2
nak sedapkan hati yang tak tenteram ni
aq cakap dalam hati yang kemungkinan besar
jodoh aq lalu depan mata kejap lagi
sesambil tunggu bas nih!!
dan yang lalu selepas tu adalah
jeng jeng jeng~
orang yang aq selalu usha kat fakulti!!!
wowowooww
excited gila wei
masalahnyer, aq tengah gegoyang badan time tu
aduh, buruk pulak
aq taknak kata kami ada jodoh ke, ape ke,
sebabnya kekadang setan saja nak kacau hati manusia tu
dengan cara macam ni la
jangan terpedaya na~

sebabkan letih yang teramat, aq tidur sebelum isyak
bangun pukul 11 malam, tu pun Aisyah yang call!!!
seperti biasa, dia akan suruh aq gi mandi la, tak pun cuci rambut,
atau buat kerja yang patut, then tidur balik
comel sangat~
walaupun kami tak stay tempat tinggal yang sama
dia still concern pasal aq
sanggup call aq hari2
korang ada kawan macam ni??
jeles la tu kan~
hehehehe
sayang Aisyah sangat2

masa aq syok mandi tadi,
blackout pulak!!
kalau ikutkan hati
mahu jer keluar berlari~
tapi untuk pertama kalinya
aq diam, terkunci mulut
tak menjerit pun, keep calm
seminit pertama berlalu dengan sangat perlahan
minit kedua, aq start gelabah,
tanya jika ada sesiapa yang berada di toilet
then, no answer.
minit keempat, cahaya kembali menyuluh
Alhamdulillah, lega..
mak, mak, hebatkan along!!
dah tak menjerit

malam ni jugak, aq tidur tutup lampu~
bangga!! (gerakkan hidung 2 kali)
hahahahaa
tapi ditemani Yaya, classmate aq
aq tak tidur sorang
roomate aq, Irfah, pergi tidur bilik kawan
so, aq ajak la Yaya datang teman
boleh jer tidur sengsorang
cuma, dah Yaya setuju, on je la.

sampai sini jer kot post aq
nite
sleep tight
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment