Monday, March 30, 2015

sehari sengal teramat

Assalamualaikum~
salam sejahtera semua
semoga sentiasa dilimpahkan kasih sayang
dan kebahagiaan daripada orang yang tersayang~
macam aq! :*

2 hari lepas, Sabtu, 28/03/15
aq dan kengkawan melawat MASJID INDIA
hehehehehe
takkan melawat je kan~
shopping ler,
kami semuanya 9 orang
then pecahkan kepada 2 group
satu bertolak dari kolej
dan another group-aq n gang gerak dari rumah sewa seksyen 17
pukul 10.30 sampailah KL Sentral
aq dengan confidentnya kata kene naik monorel
bila dah beli tiket semua
rasa lain macam jer
dah masuk train, then decide untuk lompat keluar
tanya pakcik polis
buat malu wei~
sengal sengal sengal
sepatutnya ambik LRT jer, Monorel tu untuk gi Time Square
aduhhh, macam mana boleh tertukar nih!
yang tak bleh blah, semua tak ingat~
hahahaha

dah sampai sana, benda first aq nampak is
Bola Sepak Takraw!!!
besar sangat.
tengah panas-panas tu, kami selfie
memang buat tebiat la masa tu
then start our shopping journey
Muaz, mu tunggu aq datang!
Muaz ni nama kedai famous tau
semua tudung dan baju-baju kat sini murah belako
memang best la
untuk yang suka berjimat dan beli barang murah,
aq syorkan korang jenguk Muaz
datang jangan tak datang!

jalan depan sikit, kami nampak skirt murah-murah
dapatlah beli skirt harga RM20
warna maroon
heheeheh bangga!
Aisyah pun dipaksa beli satu
tapi warna kelabu
dia tak pernah pakai skirt
tu yang suruh dia beli~

disebabkan Sal nak beli kain pasang,
kami berpecah lagi
satu group cari blous,tudung
other cari baju Sal
aq ikut Sal
sebabnya, semua barang dah beli
tak salah aq, Sal cari kain Cotton
English Cotton rasanya
material ni sejuk
sebelum kaki menggila cari kain tu
perut pun dah start meragam
ape lagi
cari toilet la gayanya
haishhh, layan jer la Sal
nak terburai dah nih
jumpa Semua Mall
dah selesai hajat aq,,
aq dan Sal start la searching...
terserempak dengan group yang dari kolej tu
diorang tengah makan seh
jeles pulak
tapi kene buat yang important dulu ni
bye korang~
cari punya cari
dapatlah kain cotton yang giler murah
bawah RM40 sepasang
murah seh
Sal beli 4 terus
gempak ar
then jalan lagi,
jumpa corak yang sesuai untuk mak Sal pulak
then beli la
banyak betul kau borong yer Sal~

dah penat nih
terus gi Semua Mall untuk makan~
makan kat gerai luar macam tak secure
then, jumpa diorang lagi~
kali ni mereka shopping dalam Watson
tengah sale
RM16 jer untuk 2 botol Scott`s Emulsion
tak ingat volume dia berape
bedak pun sama
ada banyak jenis pilihan, Pixy, Za, Johnson&Johnson
shower cream pun buy 1 free 1
rugi la kalau tak beli time sale ni
jimat sangat nih!

lepas beli tuh, kami gi medan selera
aq beli nasi campur lauk paprik ayam, terung sambal, nasi lebih
berselera aq! memang fokus pada food jer
Sal makan tak habis nasi ayam
dia cakap rasa dia kurang sedap~
lepas habis melantak
kami naik la lift, nak gi ronda2 la kat mall tu
tekan tingkat 2, then keluarlah
rupanya, tu parking lot weh~
malu malu
sengal giler
apa lagi, start acting la
you, tunggu sini, i ambik kereta!!
hahahahahaa
ini semua poyo

lepas asar, kami balik
on the way to LRT stesen, aq nampak ada telekung
aq tanya la abang yang duduk tu harganya
lol, ternyata tu suami akak yang nak beli telekung
bukannya taukeh
malunya
sengal lagi
haishhh

bila dah dalam train
kami semua dah terdiam
Alhamdulillah
dapat duduk, then tidur
hujan pulak turun dengan lebatnya
siap ada lightning lagi
takut~
sampai rumah sebelum maghrib
ni kira paling awal la
bangga bangga

conclusion nya,
kebahagiaan setiap orang terpancar jelas di muka mereka
hehehehhe
lain hari kita keluar lagi
bila dah sehari buat perkara memalukan
kita akan gelak bertahun untuk kenangan tu
itu sahaja post kali ni
kene tidur
aq dah tak larat
Assalamualaikum.

p/s: ngantuk sesangat, sampai terlelap nih, telan ubat alergi, memang kene tidur la jawapannya



 

No comments:

Post a Comment