Wednesday, March 11, 2015

aq keletihan

Assalamualaikum, dan salam sayang semua.

Hari2 aq dah menjadi sangat complex kerana telah dipenuhi dengan kelas dan aktiviti akedemik.
Fizikal dan mental diuji tanpa henti.
Ada ketika aq mahu lari dari semua ini.
Hidup bebas tanpa perlu dikongkong, seperti sang hitam yang bebas kesana kemari.
Namun segalanya hanya mimpi yang tak mampu dikecapi.
Hahahahahahaha.
Mood sastera kejap.

Masuk minggu kedua ni, aq dah mula tak terurus, rasa terumbang ambing.
Tak reti2 lagi nak manage time wisely.

Perut aq ni asyik gastrik jer. Ye la, salah aq jugak tak ambik sarapan.
Tak sempat la~
Naik tengahari, aq dah kebuluran, angin dah penuh satu badan.
Datanglah rasa mual dan sakit kepala.
Aq bila gastrik jer, teruk.
Terus tak bermaya. Nak study pun dah hilang mood.
Paksa jer telan semua input dari lecturers.

Dan, aq jugak dah mula rasa lenguh dibahagian kaki.
Lutut pun dah start sakit.
Macam orang tua pulak.
2 tahun lepas, aq pernah terseliuh dua2 belah ankle, dan effect nyer terasa sampai sekarang.
Tulang kat kaki dah senget.
Mungkin disebabkan oleh aq tidak cakna dan masih meneruskan aktiviti lasak walaupun dah sakit2.
Jadi, kaki aq cuba adapt dengan situasi ankle yang terseliuh tu.
Kesannya, sengetlah kaki aq sampai ke hari ini.
Korang janganlah risau.
Aq still boleh jalan lurus dan steady.
Lari pun masih laju lagi.
Cumanya, aq kira dah oku la.
Mak aq yang cakap.
Aq tak sedih pun.
Dah memang apa yang mak cakap tu benar.
Terima je lah. Allah dah ada perancangan yang terbaik untuk aq.
Roomate aq untuk semester ni pun alami masalah yang sama dan dia dah buat operation.
Kiranya, aq pun akan menyusul la.
Tapi, apa yang pasti, aq taknak bedah waktu terdekat ni.
Biarlah aq dapat degree dan kerja 3 atau 4 tahun dulu.
Orang kata bila dah operate ni susah nak dapat kerja.
Majikan semua nak orang sihat je kerja kan.
Hopefully aq boleh survive. Insyaallah.

Oh yer, minggu ni aq balik rumah makcik sebabnya aq nak ambik laptop. Minggu2 yang akan datang ni, aq dah start buat assignment, quiz, so memang kene guna laptop tu.

Sebelum aq tamatkan post ni.
Aq nak ingatkan diri aq dan korang agar sentiasa kunci dalam hati bahawa kita datang ke universiti ni semata-mata untuk memberikan kebahagiaan kepada mak ayoh kita dan semestinya kerana menuntut ilmu itu hukumnya wajib kerana itu fardhu ain.
Jadi, niatlah untuk mendapatkan keredaan Allah dan ikhlaskan diri supaya kita menjadi lebih gembira dalam setiap perkara yang kita lakukan. Amin~

Nanti aq update gambar.










No comments:

Post a Comment