Sunday, January 18, 2015

recap final examination

Assalamualaikum
Salam sayang
Salam satu Malaysia
Aq akan coretkan kenangan final exam semester 3 untuk post hari ini.

1st paper- ENTrepreneurship
Soalan tidak susah tetapi bukan mudah. Aq ambik masa sehari untuk baca satu chapter.. tu pun merangkak lagi.
Lepas mulut mengungkapkan doa, tangan mula menari membentuk sebuah jawapan yang indah..
Seperti tidak mahu berhenti. Momentum dikekalkan dengan baik sehingga tamat masa. Hati tidak berhenti meminta pertolongan dari Yang Maha Esa.
Semoga semuanya baik2 aje.

2nd paper-Educational Psychology
Apa yang diramal, ternyata jauh tersasar. Ya Allah, permudahkan urusanku . Tiada yang mustahil bagi Mu, bantulah aq. Amin.
Tiap kali aq tak mampu nak goreng jawapan, mulut ni tak henti2 bergerak, hati hanya mampu bertawakkal.
Alhamdulillah, siap jugak jawab exam. Aq keluar awal setengah jam. Duduk lama2 pun bukannya dapat apa2 pun. Kan..

3rd paper-mechanic
Baru semalam exam. Walaupun dah banyak hint, dan berulang kali membuat latihan, tetap aq masih tidak mampu melawan takdir ilahi.
bila duduk nak jawab exam tu, aq terus jadi blank. Ada 10 soalan, dan hanya satu sahaja yang aq boleh selesaikan. Time tu, aq cuba keep calm tapi gagal. Sejam berlalu begitu jer. Aq tidak henti2 memohon pertolongan Allah. Dengan izin Allah, akhirnya, aq dapat jua habiskan problems tu except soalan nombor 4. Takpelah...
Aq redha dengan apa jua keputusan nyer nanti.

4th paper-fiZik
paper ni diambil petang dan harinya sama dengan paper mechanic. Disebabkan hati masih gundah gulana, aq tidak mampu menjawab fizik dengan baik. Soalan yang sangat senang terasa sangat complex. Terasa diri terlampau bodoh, useless, failed. Astagfirullahalazim. Otak mula menjadi negatif. Ya Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa, ingatkan apa yang aq lupa. Amin.
Sudah masanya untuk submit paper, hati masih tidak keruan.

Last paper-elc500
19/1/15..
Lepas maghrib, aq terlelap sampai la jam 10. Hihihi. Perlu ke heboh? Suka hati aq la.
After isyak, aq start la bukak buku, tengok apa yang patut. Tengah syok2 ni, banyak pulak suara kedengaran. Dengar macam budak2 main kejar2, bergelak gembira.. sapa plak bawak bebudak datang kolej ni??
aishhh, dah la aq jer ada kat aras 7 ni.. semua dah balik rumah.
Aq berani, aq hebat. Jangan pikir sangat, kejap lagi benda tu hilang.
Zzzzzzzzzzz
20/1/15..
Esoknya, aq pepagi dah turun hantar kunci bilik hostel mawar dan head to fakulti apb.
Tersalah tempat pulak.. nasib ada lecturer ni tolong hantarkan. Semoga hidupnya sentiasa diberkati Allah s.w.t. Amin.
Exam yang terakhir dimulakan dengan bacaan doa dan hati yang tetap bertawakkal kepada Allah.
Agak mencabar kerana terlampau banyak soalan inference nak kena buat.
Akhir sekali, jawapan telah pun diisi dan aq mengambil keputusan untuk hantar dan keluar.

Tamat sudah final exam semester 3.
Terima kasih lecturersku yang terSAYANG~ semoga dirimu sentiasa menerangi kami dengan cahaya ilmu Allah.
Terima kasih sahabat2 terCOMELku yang amat aq HARGAI. Bersamalah kita menjadikan hidup lebih ceria dan bermanfaat..
Terima kasih my big family terCINTA for the moral support dan LOVE..




No comments:

Post a Comment