Friday, January 23, 2015

PALAM 2012/2013


Assalamualaikum...
rasa nak expose gambar2 time duk asasi..
GEDIK?? 
lantak den la.

rindunyer kat kengkawan aq time asasi
 korang semua sentiasa di hati

saat susah kita bersama
terasa indah dunia kita
bangun pagi kena ceria
nikmat datang berganda-ganda

cinta mudah melekat di hati
tapi tidak pernah ada di sisi
aq mesti jauhkan diri
semoga dosa dapat dijauhi

lari2 menaiki tangga
untuk mengejar cita-cita
sakit di hati tak terkata
hanya menanti si permata


oh ye..
kepada adik2 yang tengah menunggu result SPM..
korang tak perlulah susah hati
kalau result ok..
say Alhamdulillah..
kalau sebaliknya..
say Alhamdulillah too..
Allah dah tetapkan segalanya untuk hambaNya tau!

okokokokok
hari ini aq nak hebohkan pasal ASASI
yang aq tau, asasi ni ditawarkan di UiTM, UM..(chu search) 
ada banyak jenis asasi ni
Sains, Kejuruteraan, Undang2, TESL,,,, ni jer aq tau..sori
so, boleh lah pilih nak study yang mana
macam aq.. aq telah pilih ASASI SAINS di UiTM PUNCAK ALAM
  • ada 2 semester je
  • tak yah mohon PTPTN, sebab akan ada elaun sara diri..RM1250/sem (lupa)
  • kolej disediakan tapi kena bayar. RM420 kalau tak silap la
  • subjek: fizik, math, kimia, biologi, agama
  • life macam budak universiti,
  • jadual agak padat
  • kebanyakan buku kena beli, sebab ada no serial yang digunakan untuk assignment
  • kokurikulum 10%,  masuk persatuan dan gi aktiviti untuk dapat kupon 
  • satu kelas dalam 20 something.
  • pointer bawah 2.00 akan ditendang

ini je kot yang aq ingat..
kalau mampu fizikal dan mental
boleh la join ASASI ni..

*reminder..
jangan ikut stail orang kaya, kalau kita sederhana
beralah itu perlu, tapi jangan sampai kena malu
ikut hati mati, ikut rasa binasa

















No comments:

Post a Comment