Wednesday, January 28, 2015

CHEF at Home

Assalamualaikum semuanyer...
Semoga kita semua bertenaga, ceria dan dipenuhi cinta setiap hari. Amin~

nak TANYA?
korang semua pernah masak tak???
masak maggi pun dikira jugak..kalau guna dapur la
so, mesti semua dah pernah kan..
TAHNIAH...
==)

kat sini,
aq nak bincang
"macam mana nak masak something supaya makanan tu mampu membuatkan si chef dapat banyak pahala dan yang makan pulak dapat manfaatnyer jugak.."

  1. chef hendaklah jaga kebersihan kerana kebersihan adalah separuh dari iman..  ni adalah salah satu hadis nabi Muhammad S.A.W tau.
  2. berselawat ketika memasak. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan kita. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Apabila kita banyak berselawat, Insyaallah, makanan yang kita masak itu akan jadi sangat sedap, berkhasiat, selamat dimakan dan penuh cinta.
  3.  pastikan ingredient yang digunakan adalah halal dan selamat. 
  4. Keikhlasan sangat penting untuk menjadikan masakan istimewa dan diberkati Allah.

senang kan..
ikutlah 4 perkara diatas agar kita mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Insyaallah~

aq memang suka memasak,
gambar kat bawah tu, bukan semuanyer aq buat,,,

Makcik aq ada tanya
"Kenapa kau tak ambik kos memasak jer kat u tu Syira?"
aq jawab je la yang aq ni bukannyer nak jadi chef kat restoren
sekadar masak kat rumah je yang aq suka.
jadi chef nanti busy pulak handle restoren
takde masa kat rumah..Taknak 3

aq ni bukanlah pandai masak sangat
masak gitu2 jer,
first time masak lepas spm
bukannyer sebelum tu tak masak
cuma bila lepas spm ni, masa banyak.
mak aq pulak pregnant, tunggu masa jer nak bersalin
so, aq yang tua ni la kene masak untuk family..
nasib baiklah adik2 aq tak ngade2
makan jer apa yang aq masak.
sampai la mak aq abih pantang,, aq la yang jaga rumah tu
HEBAT kan aq?? hehehehehe
jangan judge people by her looks..
mungkin aq nampak macam budak2 ceria yang manja kededek
tapi aq tahu tanggungjawab aq sebagai kakak sulung..

mak aq kalau masak.. perghhh mengancam wei
terangkat semua
sedap yang teramat
bila aq balik kampung Nagori (Negeri Sembilan)
nenek aq masak macam2 untuk aq
semuanyer Pedas dan seeedaaap. aq tak berhenti makan
then, cari toilet..perut aq tak tahan pedas..tapi nak makan jugak'
ngengade
Adik-beradik mak pun masak sedap
ada yang buat katering
ada yang usahakan kantin
bukak kedai makan
anjur kelas buat kuih, kek
Nenek Kelantan pun pandai masak jugak
Aq suka Nasi goreng nenek..
pepagi jer aq dah makan 2 pinggan
naik tengahari, lagi 2 pinggan
malam pun sama
haishhh, mana la tak berisi kann 
Aq harap aq dapatlah tempias sikit, kepakaran memasak sedap2 ni.. Amin~ 

semoga semua akan bertambah ilmu untuk menyediakan masakan yang mampu memberikan ganjaran untuk akhirat kita. Amin
bersamalah kita mengejar pahala, dan jauhkan dosa
melalui amalan seharian kita
apa yang penting ialah NIAT kerana Allah dan mengharapkan keredaanNya.
itu sahaja perkongsiaan aq untuk post kali ini
sekian
Assalamualaikum.
let`s be a chef at home











No comments:

Post a Comment