Thursday, January 1, 2015

cuti study week,,perghh gempak!!!

lama tak menaip ni..almaklumlah nak dekat 2 minggu.
Assalamualaikum smua..rindu tak?? (aq memang kuat perasan, mesti aq jer yang syok sendiri menaip..takpe2 ada aq kesah...hahahahaha)
banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang pulang bercuti di Kampung Lemal, P.Mas aq yang terchenta..
berikut adalah rentetan "ringkas" ( panjang berjeler gak):

Sabtu 20/12/14
bertolak dari rumah Cekja di Subang untuk ke Kelantan.
lebih kurang jam 1 tengahari pada waktu tersebut..
hujan lebat menyukarkan pemanduan driverku..hehehe. Sepupu aq, Eddy tukang bawak kereta..
aq mana lah reti bab2 kereta ni.lesen pun belum ada lagi.hihihi
aq balik dengan Cekja, anaknya Alicha yang tak tidur2 sepanjang perjalanan ..dan Eddy.
kami berhenti solat dan makan kat Petronas yang ada KFC tu.. kat mana ntah, tak pasti la tempatnya
aq tidur jer.berhenti je kereta, aq bangun la.
start je enjin, aq sambung tidur balik..maaf la yer.
jam 10 malam,
aq sampai la di syurgaku.
Bahagia rasa hati.
ku cium, ku peluk parent and adik2 serta nenek aq yang masih muda dan sihat ...
lepas rindu katakan

Ahad 21/12/14
keluarga Cikya menginap di rumah.. Cikya memang suka jenguk kami yang agak terpinggir ni
ye la, family yang lain menetap di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.. kira kami lah yang paling jauh..nasib la..yang penting bahagia.
hujan masih tidak kering2. bumi Kelantan dibasahi hujan rahmat bertubi-tubi
adik2 yang masih kecil riang bermain dalam suasana hujan..jeles.
sesekali keluar matahari dari tempat bersembunyi..
berlari keluar pakaian2 untuk mengeringkan diri
namun,,hujan mencemburui..
lantas mereka dibasahi..
hahahahaahha
ada gaya sasterawan tak??? bangga =)
kkkk, sempat la ambik gambar buah ni..bila la boleh makan?..dalam mimpi je lar kot
nampak sedap kan. elok untuk mengubati kanser tau.. jangan tak tau pulak.

durian belanda
Isnin 22/12/14
keadaan hujan berlarutan
tapi aq amik keputusan untuk keluar ke bandar P.Mas dengan adik aq..
dah lama kan tak keluar

tu icha..adik aq yang dapat 5A UPSR 2014
 



Selasa 23/12/14
air hujan dah mula meriah sehingga bergenang kawasan rumah aq.
lopak2 comel bersama katak yang tidak jemu2 memanggil hujan.. bising jer korang ni
cuaca tetiba berubah
matahari bangkit melawan hujan
cerah duniaku
terlihat kuntuman bunga mula mekar.. (maaf yer, still in mood sastera)
aq amik satu letak kat telinga adik
Hakeem namanya..
adik aq memang comel. terbukti!

Rabu 24/12/14
keneng2 mak
teringin nak makan laksam,, mak buatkan jua..(sayang mak)
jemput makan semua
sedap yang teramat
nak? masak sendiri yer
dalam asyik merasa bahagia, ada yang menderita
banjir di sesetengah bandar di Kelantan mula menggila. sehebat tsunami katanya. kerosakan harta benda berleluasa. Innalillahiwainnailaihirajiun.
tanah runtuh menghempap bumi.
timbullah berita yang mengatakan jalan2 untuk keluar ke Kuala Lumpur mulai ditutup untuk keselamatan semua..
waduhhh, 27/12 ni aq nak balik shah alam.. 31/12 ada paper ELC..final exam plak ni.
wait and see je la..

Khamis 25/12/14
air mula memasuki lorong rumah kami..kami mulai bimbang
setahu aq lah, tempat kami tu dah tinggi,
so dalam 3dekad selepas banjir besar di Kelantan, tak pernah lagi banjir di sini..
air kini sudah bermaharajalela..melimpah dan mengalir deras..umpama sungai liar
tujuh anak tangga kini status air berada di tangga kedua.

gambar yang sempat di rakam sebelum bateri fon habis.

kami menunggu ketibaan bot penyelamat yang tidak muncul bAgaI menanti bulan jatuh ke riba
barang2 sudah dikemaskan, kereta sudah diletakkan di lebuh raya berhampiran
motor ditempatkan di dalam rumahku, (ramai yang suka curi motor..kena la berwaspada)
hari makin gelap, kami tidur memikirkan keadaan esok hari.

Jumaat-Ahad 26-28/12/14
keadaan sangat kelam-kabut, kedai lama di hadapan hancur dilanggar air yang menggila.
air membawa pergi kedai tersebut dalam keadaan yang menyayat hati.
elektrik sudah diputuskan, air bersih juga tidak dapat disalurkan lagi. keperluan kami disekat.
bayangkannlah, aq mencuci pinggan, mandi, berak, kencing, semuanya menggunakan air banjir.
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
lilin2 yang membakar diri terus lenyap.. untuk mendapatkan 2 batang lilin sahaja kami terpaksa berjalan kaki ke bandar P.Mas yang terletak agak jauh dan meletihkan..
ketika ini, aq terfikir kehidupan anak2 yang berada di kawasan pedalaman
mungkin beginilah nasib mereka..
bersusah di rumah, hidup serba kekurangan..masih senyum melihat dunia
hari2 berjalan meredah hutan belantara, membelah sungai..semata-mata menyahut seruan para pendidik untuk menuntut ilmu.
SubhanaAllah. Maha Suci Allah. Permudahkan urusan golongan seperti ini dalam menempuh ujian yang engkau berikan dan semoga mereka memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.
syukur, Alhamdulillah.. dengan adanya ujian seperti ini, iman yang mulai goyah terus tegap melawan nafsu..hanya Allah sahaja tempat bergantung..aq tunduk memohon pertolongan..

Isnin 29/12/14
air surut sepenuhnya di kawasan aq.
namun, air bersih dan elektrik masih diputuskan.
melihatkan cuaca, masih lagi mendung dan berair..
kematian mula meningkat, sama ada dilaporkan atau tidak,
kes orang hilang juga bertambah
dan yang paling tak boleh bla apabila kes kecurian kenderaan makin menjadi-jadi
mereka menggunakan lori untuk mengangkut motor2 curi.. hebat2 manusia akhir zaman
(semoga mereka diberikan hidayah dan sempat bertaubat. Amin.)
seperti yang dijangkakan, keadaan tanah masih tidak selamat untuk pulang ke shah alam, aq mengambil keputusan untuk tidak menduduki paper Elc pada rabu ini.
nyawa adalah lebih penting daripada exam. itulah kata mak.
sayang mak kat aq rupanya!! <3
aq ke balai untuk membuat pengesahan banjir kerana syarat untuk mengambil exam ulangan memerlukan bukti yang kukuh bahawa aq terlibat dengan bencana alam itu. (ikut je la)

Rabu 31/12/14
aq menumpang keluarga Cikja dan berangkat ke Shah alam seawal jam 7pagi..bagi aq tu dah sangat awal tau...
jalan tenang dan semuanya smooth..
mungkin doa setiap orang yang mengharapkan aq kembali ke shah alam dengan selamat dan berjalan lancar dimakbulkan Allah.. Alhamdulillah.. Sayang korang semua..Sayang Allah jua.
Aq tidak mahu menyusahkan keluarga Cikja keesokan harinya nanti kerana terpaksa menghantar aq ke UiTM shah alam..so aq suruh diorang drop aq kat BTS, alang2 laki Cikja ni nak beli tiket bas.
Jam menunjukkan jam 6 petang dan aq sudah tercongok di tapak menunggu bas di hadapan station KTM shah alam, seksyen 19. aq bukan tunggu bas tau, aq tunggu kereta.
nasib baik lah, kawan aq ni sanggup nak amik aq!!! tq tau..Ida dan kawannya, jasamu di kenang.
kini, aq sudah mula menggunakan wifi uitm untuk start blogging.hihihihi
time di rumah, line telefon pon terganggu. apatah lagi line internet..memang out of service la.
di bawah adalah gambar kuih yang Farah buat... terharu tau...dalam keadaan banjir pun dia still masakkan aq kuih..tq3. (kawan aq semuanya berakhlak mulia tau)

inilah kesan banjir di kawasan aq..



bantuan..


yang kat tengah tu anak Tok Guru Nik Aziz..kenal?
panjangkan...kalau korang taknak baca pun takpa. aq taip ni bertujuan untuk simpanan aq sebab aq ni mudah lupa. jadi nanti dah tua, boleh la tengok balik kenangan lama..
kkk. habis dahh..nak gi slumberland dulu. nite
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment