Monday, January 19, 2015

Aq hanyalah hambaMu, Kau yang ciptakan aq.

Assalamualaikum~

sekarang pukul 4.32 pagi
aq still lively,
disebabkan tak rasa sleepy
aq decide untuk share something kat sini..

alarm bunyi jam 5 pagi
ready2 pergi mandi,
solat tahajud sudah pasti
hidup selamat sampai mati.

terasa bermaya otak aq ni..
tu yang boleh berpantun tuh, hehehe
hebatkan aq? memang lah. Allah dah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.
Proud to be yourselves!!

okokokokok,
macam2 yang boleh kita buat untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.
tapi..
ada satu perkara ni, kalau kita buat...kompem dapat redha Allah!!
nak tau?? chu paham ayat di bawah.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa,
Murka Allah terletak jua pada murka ibu bapa.

opinionku
sebagai seorang anak,
kita seharusnya menjaga hubungan kita dengan ibu bapa ..
contohnya:
sentiasa call parent..sehari 2-3 kali..(macam aq) kalau nak safe money, aq suggest guna bil..(REDONE)
jimat sehh..paling maximum bil aq untuk sebulan cuma around RM30-RM35
tak pernah exceed tau..
sebabnya, call nombor redone free,,call nombor lain harga lain..
mesej kena bayar even redone sama redone.
nak tau lebih detail..search eaa

tamat sudah mukadimah..
jommm..
kita akan ke highlight point untuk post kali ini
aq mahu mengajak semua teman membuka minda, melapangkan dada, merapatkan jiwa pada Allah s.w.t.
Dalamilah ceritaku di bawah...

mendapat ANUGERAH DEKAN bagi setiap semester merupakan satu perkara yang diimpikan oleh semua pelajar di peringkat universiti..
setakat 3 semester aq kat Fakulti Pendidikan ni, belum pernah la merasa..
takpa la.. Allah dah tetapkan perkara yang lagi gempak, lagi molek dari anugerah dekan tu kat aq.
Amin.

berbalik pada cerita tadi,
oleh yang demikian, setiap pelajar bersungguh-sungguh study, datang kelas, buat nota, bawak 'toyol', kaji soalan past year, practices, mintak hint for quiz, test, final exam, dan macam2 lagi lah..
semuanya kerana nak cemerlang, gemilang, terbilang dalam akademik..
ye la.. bila result power, nanti senang dapat kerja! Betul ka?waAllahualam~

namun, bila mana Allah menguji kita dengan membuatkan otak kita saturated dan tak mampu nak telan semua ilmu yang dipelajari sehingga menyebabkan kita tidak mampu perform dalam akademik

atau, bila kita diblankkan fikiran semasa tengah menduduki final exam sehingga kita tidak mampu menjawabnya..seperti aq.

Atau, result yang diperolehi sangatlah rendah dibandingkan dengan yang lain,seterusnya membuatkan orang lain pandang rendah akan kebolehan kita...

apa reaksi kita???

pilihan pertama yang disukai ramai ialah dengan meraung dan menangis..kemudian terbitlah rasa kekecewaan yang tinggi,  sesal tiada hentinya..
sehingga menyebabkan segelintir dari kita mula menyalahkan Allah, kerana tidak menolong kita!

Pantaskah kita bersikap begitu?

Siapa yang ciptakan kita?

Lupakah kita akan semua nikmat yang Allah telah beri tanpa mengharapkan apa2 balasan ?


Allah memberikan seseorang itu ujian yang mampu dihadapinya..
jadi, kita hendaklah tabah menempuhinya.

Aq juga tengah menghadapi ujian Allah yang sebegitu rupa.
Pada mulanya, otak menjadi runsing memikirkan result yang bakal keluar pertengahan bulan februari ini. Terima kasih pada sahabat2 yang tidak pernah lekang bagi spirit, tidak pernah meninggalkan aq terkapai-kapai keseorangan, mencurahkan sayang yang melimpah bak coklat indulgence..
Terima kasih ya Allah..kerana kirimkan mereka untuk aq. Jadikan aq seorang sahabat yang mampu mencipta senyuman mereka, jadikan aq seorang sahabat yang mampu membawa mereka ke syurga, jadikan aq seorang sahabat yang setia dan mampu menerima baik buruk mereka. Amin. (Airmataku mengalir tanpa disedari)

Kalau siapa yang kenal aq,
aq takkan nangis atas problem yang aq tanggung. Tetapi aq senang nangis bila hati aq tersentuh pasal orang lain..
Jadi, petang selepas exam 2 paper tu, aq mengadu kepada Allah.
Tiada sesiapa yang mampu menolong kita kecuali Allah.
Ketika itu, airmata tidak berhenti-henti mencurah. Aq hanya mengharapkan keampunan atas kealpaan aq. Kesedihan kerana tidak dapat buat exam dengan jayanya membuatkan aq alpa, lupa akan nikmat selama hidup ni. Sepatutnya, aq tidak boleh begitu. Aq kene imbas kembali apa yang Allah kurniakan kepada aq. Kerana masalah yang satu, aq lupa akan semua nikmat tersebut.

Ampunkan aq, Ya Allah. Tak tertanggung rasanya diri ini menampung dosa.
Aq bersyukur atas segalanya. Jangan pernah tinggalkan aq. Aq perlukanMu ya Allah.

Ujian yang diberikan menunjukkan bukti bahawa Allah sayangkan aq. Untung aq. Korang ado?

Sekian sahaja yang mampu dikongsikan bersama.
Ingatlah, KITA HANYA HAMBA, ALLAH YANG CIPTAKAN KITA.
Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment