Sunday, January 11, 2015

A wedding Invitation @ Baogu

Assalamualaikum semua..
sekarang ni musim kahwin agak nyer
ramai la kenalan aq yang nak kahwin dan ada jugak yang baru kahwin.
tahniah semua.. 
Semoga semua pasangan akan bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.
aq bila lagi?? perlu ke kahwin awal?? arghhhh
timbullah persoalan macam ini di benak fikiran aq.
ye lar
aq dah 21 tahun
ikut logik akalnya,, saat ini, remaja akan cenderung untuk memikirkan future 
termasuklah curious nak tahu sapa bakal pasangannyer
gatai pulak rasanyer..hahahaha
this is normal babe.
ok. normal..
jadi..bagaimana nak avoid? 
perasaan ni memang tak boleh nak elak la sayang.. 
hahahahaahaha
aduh parah2

aq nak kongsi satu doa yang boleh kasi kita partner yang soleh/solehah
Jom amalkannya.

Ya Allah, berikanlah aq kasih sayangMu, kasih sayang orang yang menyayangiMu dan disayangiMu serta dekatkan aq dengan amalan yang membuatkan aq disayangiMu. Amin
 
doa ini memanglah jelas tak tertulis lelaki soleh atau perempuan solehah...
tapi, bilamana seseorang itu menyayangi Allah dan disayangiNya, secara automatikya individu tersebut sangat baik akhlaknya, tinggi imannya, menjaga maruahnya, 
senang cerita, lengkap dari segi semua aspek la. (kau nak??, Aq nak sorang macam ni!)

Jadi.. kita pun kena lah setaraf dengan pasangan kita!
takkan la si dia baik macam malaikat, kita ni pulak perangai macam setan!
tak patut. tak patut.
kalau memang terjadi macam situasi tersebut,,,Allah mahu kita berubah~
oleh yang demikian, marilah bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah..
Amin.

berbalik pada post kali ini, 
ada wedding invitation? 
siapa yang nak kahwin pulak ni? 
aq ke?
hahahaha
lambat lagi aq nak kahwin (target umur 27)
banyak benda belum settle lagi. 
InsyaAllah, bila selesai semuanyer,
Kahwin la aq dengan Jodoh nanti..
jangan tak datang pulak tu..
kalau nanti tak terjemput, korang datang je tau. 
mungkin tengah busy, terlupa nak send invitation.
kawan dah  ramai..
sedara laaaaaagggiiii ramai. 
for sure
akan ada la yang terlepas pandang..
acehcehceh.. jauh pulak merancang.. sori3

A wedding Invitation 
ni tajuk cerita je lah..
Baogu pulak nama siaran televisyen tu
sesiapa yang pakai unifi tau la
jemput tengok 
pelakon lelaki tu hansem2. perempuan tu pon comel
memang tak rugi la tengok..
genre love story gitu.
sedih.. akhirnya heroin mati..
iskiskisk...bukan setakat air mata keluar, sampai meleleh hingus dibuatnyer..

sayang semua, kita sama.
Assalamualaikum~

p/s: still Final Exam~
Semoga Allah permudahkan jalan untuk aq teruskan jihad ini. Amin.




No comments:

Post a Comment