Tuesday, June 16, 2015

Rezeki itu luas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga kita mampu menjalani ibadat puasa dengan sesempurnanya dan menjadi insan yang bertambah baik. InsyaAllah.
Lama tak menaip. Busy?
Ada jer masa nak buat, cuma diri ini yang kurang rajin nak update.
Sori ler blogku sayang.
Hari ahad lepas, Abe daftar politeknik shah alam.
Kursus diploma elektronik kawalan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Tempat ni okay sangat.
Cantik dan selesa.
Bilik agak kecil tapi berbaloi la.
Sebilik 2 orang, roomate Abe orang P.Mas juga.
Satu semester cuma Rm60.
Mana nak dapat sewa semurah ini.
Bersyukur sesangat.
Makan tengahari, pakwe Ella belanja.
Alhamdulillah, banyak rezeki kami. Banyakkan lah rezekinya. Amin.
Usai makan, time to say goodbye.
Mak nangis.
Aq sedih gak sebab Abe aq dah besar, kene berdikari.
Rasa Abe tu still bebudak.
Risau nak berjauhan.
Cuak jugak ler muka Abe.
Kene tinggal..
Belajar lah bersungguh, bukan senang nak masuk,
Semua kerana rezeki Allah itu luas sifatnya.
Lepas tu, kami headed to rumah Pak Andak.
Sedara, adik angkat atuk.
Muka atuk Andak, memang hampir, mirip wajah atuk yang kurindui.
Terubat kerinduan kami bila dapat tengok atuk.
Terasa dekat.
Lebih kurang jam 5.30 petang,
Giliran aq pulak berpisah dengan family.
Diorang kene balik Kelantan.
Aq pulak still kene habiskan semester 4 ni.
Tinggal 3 minggu je lagi.
Minggu depan dah final exam.
Man jadda wajada. Waman zara'a asoda.
Takat ni jer entry.
Kredit to Aisyah sebab ikut sekali rombongan ini.
Ingatlah, rezeki itu luas.
Allah akan beri pada hambaNya yang memerlukan.
Sentiasa meminta tanpa rasa jemu dan usahalah untuk mendapatkannya.

No comments:

Post a Comment