Wednesday, June 24, 2015

exams again~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga kita mendapat keberkatan dalam ilmu yang dipelajari. Amin.

minggu peperiksaan bermula!!! sekali lagi.
selagi diri bergelar pelajar, selagi tu exam menghantui.
seram bila menghadapi minggu-minggu exam ni.
mana tak nya, bukan senang nak ingat, nak paham semua perkara
lepas tu, nak kene tahan pressure dalam exam hall,
setiap detik jam, mampu menggugat keamanan diri.
perut menahan lapar,
sakit kepala datang menyinggah.
adeh, panek la macam ni.
perkara sebegini sering kali berulang.
nasib badan.

hari ni, aq start exam dengan paper Algebra, MAT 423.
tahap kepayahan: agak mencabar
prestasi: kurang memberangsangkan
semua ada 7 soalan.
dan soalan ke-4 aq tak mampu nak buat.
padahal, dah pulun belajar topik tu,
still, tak boleh buat,
ada yang tertukar fakta.
macam-macam boleh jadi semasa dalam tempoh exam berlangsung.
lain kali, aq kene lebih alert.
pilih jawapan first option yang kita fikirkan.
jangan ragui lagi.

seperti kebiasaan, lepas jer exam habis,
mak aq akan call aq.
nak tahu pasal keadaan aq la kan.
ok ke tidok?
boleh jawab tak?
banyak2 soalan, takkan semua susah?
nilah contoh soalan yang mak aq akan tanya.
maaf mak, hari ni tak dapat perform the best la.
semoga result aq nanti takkan mengecewakan mak.
insyaAllah. Allah akan membantu hambanya yang berusaha.
next paper, 28/6/15
have time to study more.

pepagi tadi before turun gi fakulti
aq dah merayu-rayu kat Allah.
bukannya semata-mata nak dapat A.
aq hanya nak dapat keputusan yang membuatkan semua orang disekeliling aq bahagia.
kalau aq dapat B, then benda tu buat ramai yang bahagia dari derita
so aq pun bahagia kalau dapat B.
it`s okay.
yang penting kebahagiaan diorang..kebahagiaanku jua.
acehcehceh..
macam baik kan
macam baik.
hahahaha. aq memang budak baik.

oklah,dah nak berbuka..
perkara yang perlu dihiglightkan ialah,
sebagai manusia kita memang nak dapat yang terbaik jer
takde sorang pun yang nak kegagalan dalam hidupnya.
tapi, kita lupa, kita leka.
bila dah berjaya, masih tundukkah kita pada agama?
masih teguhkah iman kita?
masih rapatkah hubungan sesama manusia?
masih ingatkah lagi insan yang menolong kita?
masih berupayakah kita membuat amal kebaikan?
masih khusyukkah kita mendirikan solat?
masih tenangkah kita menjalankan hari2 yang mendatang?
banyak lagi persoalan yang timbul bila kita dapat apa yang kita nak.
pernah tak korang fikir?
segelintir daripada kita masih tidak peka tentang keadaan ini.
itu sahaja yang dapat dikongsi today.
harap kita semua tidak lari dari niat yang sepatutnya.
moga menjadi insan yang membahagiakan insan lain.



No comments:

Post a Comment