Friday, June 19, 2015

bergembira menyambut ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna
dan mampu melatih diri ke arah kebaikan. insyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan~
walaupun dah genap 2 hari umat islam berpuasa,
aq still nak wish!

teringat masa sekolah dulu,
budak laki mesti jeles dengan kaum perempuan bila masuk bulan puasa.
yelah, diorang kene puasa full, perempuan ada cuti,
boleh skip gitu.
entah apa la yang bestnyer,
tak puasa bukan bermakna tak perlu ganti.
wajib ganti tau!
kami ni pulun ganti puasa.
bukan senang nak puasa bila semua orang syok makan.
COBAAN.
sebab tulah, puasa sunat tu penting.
ia melatih kita menahan nafsu makan ketika orang lain melantak.
dan behavior kita jugak jadi lebih baik
sebab setan memang tak suka kita amal benda baik ni.
selain itu jugak, bila kita dah terbiasa puasa sunat,
puasa sebulan yang wajib ni,
kompem dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaAllah.

tahun lepas, aq puasa penuh.
Alhamdulillah.
tak perlu ganti.
still, puasa sunat kene la buat.
nak Allah sayang kan~
tapi, tahun lepas punya puasa.. aq rasa aq serba-serbi kurang
manusia ni memang takleh lari dari sifat malas.
padahal, kalau nak diikutkan,
Allah beri peluang untuk beribadat sebanyak-banyaknya
yet, i ruined it.
menyesal tak ada gunanya kan.
Allah pun tak suka kita mengeluh.
tapi Allah suka kita reflect diri.
buat revision.
so, this ramadhan aq harapkan yang paling gempak dari diriku!
moga dipermudahkan urusan.
korang pun usaha sama tau.

mesti ada yang cakap2..
buat apalah kau taip kat sini,
nak buat baik takyah la tunjuk kat orang.
nak taip bagai, suruh orang baca.
wrong wrong wrong.
setiap ayat yang kita taip,
hanyalah semata-mata untuk mengingatkan diri kita
betapa pentingnya sesuatu perkara itu
dan perlunya kita untuk melakukannya.
contoh, kalau nak beli barang dapur,
kita kene buat list dulu.
then barulah shopping.
why? sebab kita taknak satu pun barang tercicir/lupa beli.
itulah function kita menulis/menaip.

untuk ramadhan kali ini,
dah memang tertulis yang aq tak dapat ikut terawih for first week ramadhan.
hmm, takpe lah.
oh yer, semalam, aq ada terbaca pasal Al-quran dan ramadhan.
memang menarik topik ni.
Allah mengingatkan kita bahawa puasa ramadhan merupakan saat yang paling baik untuk
memulakan kembali bacaan Al-quran kita.
dan saat ini jugak, Allah menyarankan kita kenal betul2 kitab Allah.
sentiasa berdamping dengannya.
walaupun kita berterawih, bertasbih, berzikir sepanjang ramadhan
still, kita perlu meluangkan masa bersama Al-quran.
sebab itulah ramadhan dikaitkan dengan Al-quran.

sampai sini jer entry aq.
harap bertambahlah usaha kita mencari reda Allah
bertambah gigih mengejar pahalaNya
bertambah rajin mendalami ilmuNya.
sekian, Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment