Monday, June 8, 2015

renungan kita bersama~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

semoga mereka yang ditimpa ujian terus tabah dan sabar kerana Allah sayangkan anda.
#prayforsabah

bila bukak yahoo, topik yang paling manusia cari ialah Sabah Earthquake.
semua manusia alert tentang bencana yang menimpa Malaysia.
negara kita tak putus2 terima ujian.
kehilangan pesawat, kegawatan ekonomi, banjir, huru-hara politik,
sampai ler ke gempa bumi..
yang aq tak state, still banyak lagi.
seram sejuk jugak bila pikir2 balik.
tapi, memang inilah pengakhiran kita.
manusia akhir zaman.
kiamat mulai mengintai.
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.
jika ditakdirkan kami mati, matikan kami pada jumaat hari,
dalam keadaan baik, dan beriman hanya kepadaMu. Amin.

maaflah yer readers,
buat risau korang jer..
tapi, inilah realiti.
hidup kita dah tak lama.
bila aq ingat pasal mati,
aq takut.
dosa yang aq buat mungkin dah berbukit.
tapi still go on buat dosa..
kau nak masuk neraka?
then kene seksa bertahun-tahun~
lepas hitam seluruh anggota badan,
baru dicuci semula untuk dimasukkan ke syurga.
tu hanya untuk muslim sahaja,
bagi kafir, syirik, mereka memang dah terjerat kat neraka.
takleh keluar2 dah.
macam senang jer bunyinyer?
Ya Allah, Maha Suci Allah.
berdebuk rasa takut yang amat.
kau ingat seksa macam kene api jer ke?
pernah tengok kambing panggang?
manusia lagi teruk pada itu.
daging boleh hancur.
sakit sangat, menjerit sampai mati.
lepas mati, dihidupkan balik,
daging bercantum semula, manusia kembali kepada asalnya,
kemudian, seksaan dimulakan lagi.
dan lagi.
dan lagi.
Na`uzubillahiminalzalim.
mintak jauh, Ya Allah.
seram seram.
terbayang-bayang imej orang diseksa dalam api.
takut Ya Allah, kami takut.

bersamalah menuju kearah kebaikan
marilah mengejar amalan
bantulah sesama insan
moga mati di jalan tuhan.

ada satu lagi yang aq nak kongsi,
kita semua nak pahala kan~
buat baik, buat amal,
kita mengharapkan Allah memberi ganjaran pahala.
betul ke tidak?
bagi aq, yer, betul sesangat.
aq nak kumpul pahala.
aq nak masuk syurga.
suatu hari, aq ada terbaca post seorang sahabat di Facebook.
"buatlah dengan iklhas tanpa mengharapkan balasan pahala tetapi harapkan keredaanNya."
opinion???
statement ini ada betulnya
dan aq tak cakap pulak salah.
tak lama lepas tu,
otak aq pun berpikir dan keluarlah statement ni
"Allah suka hambanya meminta-minta kepadaNya, rindu padaNya, berserah hanya padaNya."
"adalah sombong jika seseorang itu tidak meminta daripada Allah."
mana satu yang betul?
bagi aq, semua ada pendapat masing-masing.
selagi tidak bercanggah dengan apa yang kita belajar,
InsyaAllah, betullah tu.
rutin yang aq selalu praktikkan bila buat amalan,
niatkan untuk mendapat keredaanNya, semoga semua berbahagia, harap aq disayangi Allah
dan mendapat pahala untuk masuk ke syurga firdausiNya. Amin.

sebenarnya, aq terdetik nak taip satu entry pasal benda lain.
entah macam mana, akhirnya perkara ini yang dikongsi.
mungkin ada hikmah yang Allah nak beri kepada semua.
harap dengan perkongsian ini,
kita semua jadi bertambah takut untuk ingkar syariat Allah.
semoga kita semua berlumba-lumba mencari keredaan Allah.
perketatkan ilmu agama, review balik solat kita,
jaga wuduk, jaga aurat,  jaga pergaulan, jaga pandangan.
jaga semua~

sekian sahaja untuk post kali ini,
yang baik, bermanfaat, percayalah, semuanya datang dari Allah
yang buruk, lemah, itu memang dari diri aq.
maafkan segala silap dan salah aq.
sayang Allah, selamanya sayang Allah.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment