Tuesday, June 2, 2015

mimpi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga kita berterusan membuat kebaikan bagi memenuhkan buku amalan kita tahun ini.

Waktu tidur yang sesuai ialah antara 8pm-10pm.
sekarang dah pukul 10.14pm.
Bolehlah ansur-ansur tidur.
aq ni pun dah ready.
Bebaring atas toto.
=)
Before going to slumberland, aq nak tulis satu entry.

Tajuk malam ni ialah mimpi.
Korang selalu tak bermimpi?
aq selalu tau.
mimpi buruk, happy, unknown mimpi pun ada.
dulu, takdelah always.
Sekarang, semakin menjadi pulak.
kesian kawan-kawan aq.
Especially my roomate, Irfah.
Aq meracau memalam.
menjerit-jerit panggil dia.
lepas tu aq cakap benda merepek.
risau jugak la.

Dah 3 hari aq stay rumah makcik,
still mengigau.
bangun subuh, aq tanya sepupu, "Along ngigau tak semalam?"
"Haah, ngigau lagi~"
Aduh~
apalah nak jadi dengan aq ni.
besar panjang, still ngigau.
Bikin malu jer.

Sebab terlampau risau, aq tanya makcik Google.
jawapan takde kaitan pulak yang diberi.
menyampah den.
tapi, ada satu perkara yang aq baca ni, memang berbeza dari apa yang selalu aq buat.
bila mimpi buruk, aq akan cerita kat kawan,
hopefully mimpi itu tidak berlaku dalam dunia realiti.
sebenarnya, ikutkan searching tadi,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa apabila bermimpi perkara BURUK, JANGAN DISEBARKAN.
apabila bermimpi perkara BAIK, BERGEMBIRALAH DAN JANGAN SEBARKAN KECUALI HANYA KEPADA INSAN YANG DIPERCAYAI.
Fakta yang bertentangan dengan kebiasaan yang aq buat.
nasib aq google tadi,
kalau tidok, memanjang ler aq lari dari Sunnah Nabi.
Alhamdulillah. Syukur.

Setakat inilah entRy for today.
nite.
Assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment