Tuesday, March 31, 2015

Aq officially PESAKIT.

Assalamualaikum~
Salam sejahtera, 
selamat menjadi pengguna bijak, 
bersiap sedia sebelum bermulanya GST.

Pagi tadi datang kelas fizik lambat sejam~
maaf Dr M
masuk2 jer terus belajar resonance for wave
hahahaha
siap ada formula baru lagi
layan~
Banyak yang tertinggal, takpelah
Yang paling penting, aq sempat jawab quiz. 
Betol atau salah lain kira.

Then klas madam HH.
Kene jawab soalan, baru dapat duduk.
Hari ni belajar affective dan psychomotor domain..
Madam puji nota aq~
Wowowow
Happy sangat~
Rasa kembang jer tadi.
Macam ni rupanya bila kene puji dengan cikgu HH
Dia suka nota aq.
Selalunya aq duduk tengah atau belakang, so dia tak perasan la.
Tadi, aq dengan Aisyah masuk lambat, kami makan sarapan dulu.
Hehehe
Jap ea, aq tunjuk nota aq 

ni bukan sesaja conteng ke ape ea..
ni note aq!!
comelkan~
macam ni senang ingat!
bak kata Dilla, visual, visual person.
thank you madam sebab suka ~
hehehehe, gedik~
=) tak berhenti senyum nih!!
sebijik macam kerang busuk!!

lepas habis kelas jer, aq ambik teksi gi Seksyen 13
beli tiket bas Sani
harga RM50
Shah Alam-Pasir Mas
nasib baik ada, tapi double seat la
takpe, nanti kalau lelaki duduk sebelah, mintak je la tukar
habis citer..macam la aq ni penyegan orangnya..
duit teksi pergi balik kene dalam RM27
ye la, aq berdua jo dengan Aisyah

then, aq gi ambik x-ray kat klinik FSR
Alhamdulillah, ada..
sayang Allah~
lepas tu kene pi jumpa doktor kat PK
kali ni, aq dapat doktor baik
lepas buat perbandingan, kaki sekarang memang dah baik
cumanya bengkak tu tak surut lagi
dan kenapa aq selalu sangat jatuh??
adalah kerana ligament atau tissue yang problem
kene jumpa doktor pakar,
kat Hospital Klang
tapi mungkin bukan minggu ni
aq punya schedule penuh!!
heheheheh
bunyi macam orang kerja kerajaan jer, busy memanjang~
student pun busy jugak tau


kiranya, semua pasal health dah settle la
lega~
Alhamdulillah.
objective 1, achieved
move on the next objective 2
hahahhahaa
CNI sangat~
curriculum and instruction subject!
tadi, masa breakfast, dalam pukul 9.50 pagi gitu
nampak Dr Burn makan sengsorang
sedih~
ingatkan Dr makan sekali dengan other lecturers
kalau aq tahu tadi
aq gi makan sebelah dia
lonely pulak nampak ea
dah la nak retired
lagi la sayu aq tengok =(

sampai sini coretan aq!
selamat menikmati malam mu~
bila sihat
ingat Allah
bila sakit 
ingat Allah
jangan pernah tinggalkan Dia
kerana Dia tidak pernah tinggalkan kita~

p/s: makan lunch lambat giler, malam ni pulak tak makan~
hope esok dapat sarapan makaroni goreng. Amin.


Doktor oh doktor

Assalamualaikum~
salam sejahtera
dan semoga kita semua dijauhkan penyakit amnesia
Amin

semalam, 30/03/15
aq ponteng kelas
aq letih sangat, kepala aq berat
alasan!
memang, aq memang bagi alasan ni bila tak gi kelas
masalahnya, aq tak larat~
lepas dapat kelulusan mak,
aq sambung tidur
bangun jam 12.30 tengah hari
lepas zohor, jenguk Pusat Kesihatan,PK
Irfah(roommate) ambik mc
aq jumpa doktor nih
garang wei~
patutlah tak ramai yang datang PK bila sakit
sanggup beresak-esak kat Hospital Klang tuh
dari dulu lagi aq tak suka gi PK
tapi, bila dah tak tahan sakit tu, kene la jugak gi sana
sebabnya doktor2 kat PK menakutkan
aq admit, tak semua buruk,
tapi yang buruk tu yang kita asyik ingat jer

korang pernah tak jumpa doktor, then cakap kita sakit
dan memandai bagitau doktor yang kemungkinan kita sakit inilah, itulah
siap buat research bagai??
aq pernah seh~
dan doktor memarah aq!
suka-suki jer cakap macam tu
bila check up, doktor kata ok
awak takde apa2
betullah Irfah cakap
doktor ni belajar teori jer lebih
application kurang
tu yang senang2 bagi conclusion tu

marah betul aq kat doktor ni
padahal dulu, aq salute siapa yang jadi doktor
takde yang sempurna di dunia
aq kene terima baik buruk manusia
ye la.
salah aq jugak
main ego manusia
lain kali, mulut tu kunci
jangan cakap apa2
dengar jer, then angguk2
hipokrit!!

sekarang ni, aq ada problem nak cari x-ray aq
aduh, aduh
mana aq nak ingat wei~
aq agak2 la, ada kat klinik Fakulti Sukan Rekreasi, FSR
dulu time aq sakit kaki
aq ada bagi 2 x-ray ankle
sempat la buat terapi kat sana
4 kali jer
sebabnya aq malas nak gi!
aq ni pelupa tahap babun(pintu)
aarghhhh
ada ke takde xray kat sana
doktor PK nak balik benda alah tu,
haish man
tadi dah gi FSR, klinik tutup~
so, abih kelas hari ni, kene gi!
dalam seminggu ni ulang-alik PK-FSR
kesian fizikal dan mental aq
maaf yer
perlu semua ni
aq pinjam jer badan yang Allah bagi
kalau tak jaga elok2, berdosa
pepandailah agih masa
agar kelas sempat attend
taknak la lecturer mengamuk pulak kan~

semoga aq sentiasa dilindungi Allah selama aq berada di dunia ini
dan ingatkan apa yang aq lupa. Amin~

ini sahaja post kali ni
kekadang kita salah
kita kene admit tau
jangan layan ego tuh
nanti merana diri kau
Assalamualaikum~



Monday, March 30, 2015

sehari sengal teramat

Assalamualaikum~
salam sejahtera semua
semoga sentiasa dilimpahkan kasih sayang
dan kebahagiaan daripada orang yang tersayang~
macam aq! :*

2 hari lepas, Sabtu, 28/03/15
aq dan kengkawan melawat MASJID INDIA
hehehehehe
takkan melawat je kan~
shopping ler,
kami semuanya 9 orang
then pecahkan kepada 2 group
satu bertolak dari kolej
dan another group-aq n gang gerak dari rumah sewa seksyen 17
pukul 10.30 sampailah KL Sentral
aq dengan confidentnya kata kene naik monorel
bila dah beli tiket semua
rasa lain macam jer
dah masuk train, then decide untuk lompat keluar
tanya pakcik polis
buat malu wei~
sengal sengal sengal
sepatutnya ambik LRT jer, Monorel tu untuk gi Time Square
aduhhh, macam mana boleh tertukar nih!
yang tak bleh blah, semua tak ingat~
hahahaha

dah sampai sana, benda first aq nampak is
Bola Sepak Takraw!!!
besar sangat.
tengah panas-panas tu, kami selfie
memang buat tebiat la masa tu
then start our shopping journey
Muaz, mu tunggu aq datang!
Muaz ni nama kedai famous tau
semua tudung dan baju-baju kat sini murah belako
memang best la
untuk yang suka berjimat dan beli barang murah,
aq syorkan korang jenguk Muaz
datang jangan tak datang!

jalan depan sikit, kami nampak skirt murah-murah
dapatlah beli skirt harga RM20
warna maroon
heheeheh bangga!
Aisyah pun dipaksa beli satu
tapi warna kelabu
dia tak pernah pakai skirt
tu yang suruh dia beli~

disebabkan Sal nak beli kain pasang,
kami berpecah lagi
satu group cari blous,tudung
other cari baju Sal
aq ikut Sal
sebabnya, semua barang dah beli
tak salah aq, Sal cari kain Cotton
English Cotton rasanya
material ni sejuk
sebelum kaki menggila cari kain tu
perut pun dah start meragam
ape lagi
cari toilet la gayanya
haishhh, layan jer la Sal
nak terburai dah nih
jumpa Semua Mall
dah selesai hajat aq,,
aq dan Sal start la searching...
terserempak dengan group yang dari kolej tu
diorang tengah makan seh
jeles pulak
tapi kene buat yang important dulu ni
bye korang~
cari punya cari
dapatlah kain cotton yang giler murah
bawah RM40 sepasang
murah seh
Sal beli 4 terus
gempak ar
then jalan lagi,
jumpa corak yang sesuai untuk mak Sal pulak
then beli la
banyak betul kau borong yer Sal~

dah penat nih
terus gi Semua Mall untuk makan~
makan kat gerai luar macam tak secure
then, jumpa diorang lagi~
kali ni mereka shopping dalam Watson
tengah sale
RM16 jer untuk 2 botol Scott`s Emulsion
tak ingat volume dia berape
bedak pun sama
ada banyak jenis pilihan, Pixy, Za, Johnson&Johnson
shower cream pun buy 1 free 1
rugi la kalau tak beli time sale ni
jimat sangat nih!

lepas beli tuh, kami gi medan selera
aq beli nasi campur lauk paprik ayam, terung sambal, nasi lebih
berselera aq! memang fokus pada food jer
Sal makan tak habis nasi ayam
dia cakap rasa dia kurang sedap~
lepas habis melantak
kami naik la lift, nak gi ronda2 la kat mall tu
tekan tingkat 2, then keluarlah
rupanya, tu parking lot weh~
malu malu
sengal giler
apa lagi, start acting la
you, tunggu sini, i ambik kereta!!
hahahahahaa
ini semua poyo

lepas asar, kami balik
on the way to LRT stesen, aq nampak ada telekung
aq tanya la abang yang duduk tu harganya
lol, ternyata tu suami akak yang nak beli telekung
bukannya taukeh
malunya
sengal lagi
haishhh

bila dah dalam train
kami semua dah terdiam
Alhamdulillah
dapat duduk, then tidur
hujan pulak turun dengan lebatnya
siap ada lightning lagi
takut~
sampai rumah sebelum maghrib
ni kira paling awal la
bangga bangga

conclusion nya,
kebahagiaan setiap orang terpancar jelas di muka mereka
hehehehhe
lain hari kita keluar lagi
bila dah sehari buat perkara memalukan
kita akan gelak bertahun untuk kenangan tu
itu sahaja post kali ni
kene tidur
aq dah tak larat
Assalamualaikum.

p/s: ngantuk sesangat, sampai terlelap nih, telan ubat alergi, memang kene tidur la jawapannya



 

Friday, March 27, 2015

26/3/2015

Assalamualaikum~
salam satu Malaysia.

bukan nak bangga diri atau menunjuk,...
tadi puasa sunat hari khamis
saja nak train diri
aq kan ada gastrik, so rasa lembik la tadi
Insyaallah, kalau kita sentiasa amalkan puasa ni
takde la perut tu sakit sangat bila Ramadhan menjelma

kelas tamat jam 6 petang
berlari kejar bas
tapi, tetap tak dapat naik
bas dah penuh
mampat,
abang bas pun seram sejuk nak pandu benda alah tu
alamatnya tunggu next bas la
aq kuatkan juga iman
tunggu dengan sabarnya,
walaupun rasa sedih kene tinggal tak hilang2
nak sedapkan hati yang tak tenteram ni
aq cakap dalam hati yang kemungkinan besar
jodoh aq lalu depan mata kejap lagi
sesambil tunggu bas nih!!
dan yang lalu selepas tu adalah
jeng jeng jeng~
orang yang aq selalu usha kat fakulti!!!
wowowooww
excited gila wei
masalahnyer, aq tengah gegoyang badan time tu
aduh, buruk pulak
aq taknak kata kami ada jodoh ke, ape ke,
sebabnya kekadang setan saja nak kacau hati manusia tu
dengan cara macam ni la
jangan terpedaya na~

sebabkan letih yang teramat, aq tidur sebelum isyak
bangun pukul 11 malam, tu pun Aisyah yang call!!!
seperti biasa, dia akan suruh aq gi mandi la, tak pun cuci rambut,
atau buat kerja yang patut, then tidur balik
comel sangat~
walaupun kami tak stay tempat tinggal yang sama
dia still concern pasal aq
sanggup call aq hari2
korang ada kawan macam ni??
jeles la tu kan~
hehehehe
sayang Aisyah sangat2

masa aq syok mandi tadi,
blackout pulak!!
kalau ikutkan hati
mahu jer keluar berlari~
tapi untuk pertama kalinya
aq diam, terkunci mulut
tak menjerit pun, keep calm
seminit pertama berlalu dengan sangat perlahan
minit kedua, aq start gelabah,
tanya jika ada sesiapa yang berada di toilet
then, no answer.
minit keempat, cahaya kembali menyuluh
Alhamdulillah, lega..
mak, mak, hebatkan along!!
dah tak menjerit

malam ni jugak, aq tidur tutup lampu~
bangga!! (gerakkan hidung 2 kali)
hahahahaa
tapi ditemani Yaya, classmate aq
aq tak tidur sorang
roomate aq, Irfah, pergi tidur bilik kawan
so, aq ajak la Yaya datang teman
boleh jer tidur sengsorang
cuma, dah Yaya setuju, on je la.

sampai sini jer kot post aq
nite
sleep tight
Assalamualaikum

Wednesday, March 25, 2015

Aq BERUNTUNG.

Assalamualaikum semua nyer~
salam sejahtera dan salam satu Malaysia

semalam kan
sepatutnya, aq dating dengan Elina (Coot), roomate aq masa asasi dulu
tapi bak kata Farah,
Perancangan Allah itu lebih baik
plan kami tak menjadi
walaupun kami dah over-excited nak keluar makan, tengok movie
nak buat macam mana kan~
aq redha jer
dan~
petang semalam, Irfah belanja KFC
YEAH YEAH YEAH
see???
terbukti Allah merencanakan yang lebih baik untuk aq

untuk post kali ini, aq nak kongsi perasaan aq sekarang!!
yer, macam tajuk post,,
aq sangat beruntung
Alhamdulillah~

Ida kan, dia kan, tolong kemas bilik aq!!!
comel sangat~
Ida lipat kain, hanger baju2 aq,
susun bebarang semua cantik2
akhirnya, bilik dan locker nampak kemas sangat
hehehhehe
tak malu betul aq ni
aq memang suka dimanjakan macam ni!!
untung sangat ada kawan yang sanggup pimpin kita
keluar dari keserabutan dan masuk ke dunia kekemasan
hahahhahaha
by the way
IDA, thank you a lot
love you
jangan pening2 sangat pikir pasal "orang"
sebab belum tentu "orang" pikir pasal kita
hiduplah dengan gembira
buatlah apa yang kau suka
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menyokong kau
yakinlah pasal itu
kerana aq jujur menyayangimu.

aq nak bagitau pasal kelas semalam.
masa kelas fizik, Dr M sangatlah sweet gitu~
hehehehe
aq sangat teruja belajar fizik
bukan semalam jer tau, setiap kali kelas Dr. M
susahkan nak dapat perasaan macam ni tiap kali attend kelas..
tapi bila dengan Dr. M, aq terus dapat feel nak study!!
WHY??
sebabnya, dia berusaha gigih untuk ajar kami!!
carikan video2 yang relevant dengan topic yang nak diajar
guna animasi website 2.0 yang mudah difahami
dan Dr. M cari semua tu sehari sebelum kelasnya~
tu yang buat aq lagi terharu~
Dr. M bersungguh-sungguh tau..
menitik-nitik peluh Dr masa ajar kami.

kekadang, aq rasa nak nangis dalam kelas tu
inilah kali pertama aq sedar bahawasanya
guru itu sangatlah berjasa pada kita.
jujur aq katakan, aq tak pernah tertarik nak jadi seorang guru
walaupun berkali-kali aq dengar perumpamaan
GURU IBARAT LILIN MEMBAKAR DIRI
namun aq masih tidak memahami maksud yang tersembunyi disebaliknya
kini, bukti sudah terserlah di depan mata
mulianya seorang guru
aq bersyukur atas segala yang dikurniakan Allah
aq sayangkan guru2 aq

sejak tadika hinggalah saat ini
mereka datang dan pergi
namun ilmu remain dihati
menjadi bekalan sesudah mati.

aq jugak bangga kerana terpilih untuk masuk dunia perguruan nih!
aq akan berusaha lebih untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu
semuanya untuk mengajar anak-anak bangsa
terutamanya di rural area menjadi lebih baik
dan berguna suatu hari nanti. Insyaallah~

semoga aq menjadi seorang guru yang mampu memberikan kegembiraan, kebahagiaan serta ilmu yang berguna setiap kali aq mengajar. Amin.


Monday, March 23, 2015

we Are nOT PERFect

Assalamualaikum~
salam sejahtera semua~

hari ini aq akan switch to mood Professor.
sebagai seorang pengkaji ni,
aq kene la ada target group..
dan untuk post kali ni, target group aq adalah..
jeng jeng jeng

PEREMPUAN

seperti yang diketahui umum la kan,
perempuan kini semakin bertambah dan telah melepasi bilangan lelaki di dunia..
kiranya female > male la
jadi populasi kami bakal menakluk bumi ni!!
seram sejuk pulak dengan statement sendiri~
ye la, fakta ini merupakan salah satu tanda kiamat nak dekat!
kemusnahan yang teramat dahsyat bakal berlaku
dan tiada sesiapa yang mampu lari darinya...

Ya Allah, masukkan aq dalam golongan yang sedikit, iaitu golongan kanan, yang Engkau redhai dan diberikan syurga firdausiMu. Amin~










PERIHAL PEREMPUAN
  • kaum yang lemah.
-sebabnya, perempuan mudah tersentuh hatinya, mudah menangis, meraung,,
-kekuatan perempuan ada hadnya.. walaupun nampak sasa, perempuan itu mungkin tak mampu nak angkat cacing yang kecil tau..

  • personaliti menarik
-lelaki pun sama, tapi hari ni aq nak cakap pasal pompuan jer.

-ada yang queen control, suka mengarah, mengamuk bila tak ikut cakap dia, rasa diri tu je yang betul

-ada yang ayu gitu, sopan bila bercakap, gaya dan penampilan dapat menyejukkan hati yang membara

-ada yang tomboyish, macam lelaki, tetapi still ada naluri perempuan, kebanyakan yang macam ni suka simpan kesedihan alone. tunjuk yang dia happy depan semua.

-selain itu, ada perempuan yang sensitif, kita kene berwaspada bila nak borak dengan spesis ni, nanti tersasul je, kompem dia nangis, tak pun gaduh kejap. sabar je lah ea.

-ada yang open-minded, yang ni, kurang sensitif, tapi bila dia terasa, dia akan cakap terus terang apa yang dia tak puas hati, selalunya dia kurang paham (makhluk) perempuan yang sensitif.

-ada jugak yang senyap.. yang ni, diorang suka pendam perasaan, kiranya mudah berdendam la, kurang bersosial

-yang manja pun ada, tak mampu nak berdikari, mudah merengek, tetapi friendly, suka jaga hati orang lain dari diri sendiri

  • appearance
-style perempuan  kene ikut certain conditions!
  1. time- kalau masa panjang, boleh la melaram, pakai baju lelawa gitu, tapi bila nak cepat jer,  sarung jer baju yang takyah iron, macam shirt, skirt and jean. kami letak bedak dan lipbalm jer.. simple but nice!
  2.  venue- kalau gi kelas, kami tak over, asal nampak sedap mata memandang dan senang untuk bergerak. kat fakulti ni busy, nak kene lari sana sini, kalau pakai sendat, ketat, takut tak leh gerak pulak kan~ bila kene gi dinner, kami kompem sakan touch up diri, baju, kasut kira baru beli semua..
  3.  money- bila ada duit, bolehlah nak pakai baju jenama mahal sikit, tapi bila dah pape, pakai apa ada jer,  guna teknik mix and match
  4. trend- kene la up to date, so perempuan start pakai shawl, lilit-belit, kasut 2,3 inci gitu,,yang penting kami tak mundur~

nanti aq update lagi ea. sampai sini jer boleh kongsi..
takde idea pulak.
terciptanya hawa dari rusuk kiri adam
perlukan teman, juga kasih sayang
jagalah hati dan perasaan kaum perempuan
agar ketidakpuasan akan hilang

Assalamualaikum..

Friday, March 20, 2015

maleh banar ngaso ea (terasa sangat malas)

Assalamualaikum dunia~
hachoom. hachoom. hingus dah start da~
aq baru lepas basuh kain.
mungkin sejuk kot.

semalam, 19/3/15
aq ditinggalkan oleh bas yang pertama iaitu jam 7.20pagi.
kengkawan naik bas tu la.
so, aq tunggu bas yang gerak 7.45pagi.
nasib baik ada pakcik bas hansem~
dia tanye aq kelas start pukul berapa, aq cakap la 8 pagi, terus jer dia jalan..
hehehehe, thank you pakcik hansem~
disebabkan dia, aq sempat ambik quiz fizik, tapi still aq takleh jawab..
ada 1 jer soalannya..takde backup la kalau dah tak reti.

then, aq ada gap panjang sampai la pukul 2 petang.
kami kene siapkan blended learning untuk subjek Assessment....
tarikh tutup hari ini. nasib dah siap. Alhamdulillah~
pulun dok pikir jawapan.

pukul 2 kelas Calculus 3..
aq dah mengantuk sangat.
take 5 jer, aq tidur.
lepas tu, ada kelas Bahasa Arab 2,
kali ni, masa tu bergerak slow jer,
2 jam rasa sangat lama.
yeah, tamat gak akhirnya~
sebelum balik, solat asar dulu.
Bismillahirahmanirahim~
YA ALLAH, ............................................................
semoga segala ilmu boleh ditransfer kepada others.. Amin.

today gak, pipi aq sakit~
ada ulser kat dalam mulut, bahagian pipi la
gusi kat gigi paling hujung tu pun sakit~
kepala aq dah berdenyut semacam.
makan buah pun tak nikmat, susah nak kunyah
aq makan bubur jer
malam tadi pun bubur..
Allah tarik nikmat makan...(harap hanya sementara)
mungkin Allah nak suruh aq rasa penderitaan insan lain
yang kurang mampu untuk makan seperti aq,,,
aq bersyukur dengan apa adanya.
Alhamdulillah~
rasa sakit kini berkurangan
perut keroncong, makan nestum~
esok, kompem2 la aq lapar..
kene sarapan nih!

ok lah, kene study Calculus 3,
sekadar buat 2/3 latihan, then mandi~
tunggu solat subuh, baru tidur~
then, siap2 gi Fakulti
ada quiz untuk subjek Calculus 3
start pukul 10pagi..
doakan yang terbaik untuk semua~
Assalamualaikum.
























Wednesday, March 18, 2015

KAMI pilih untuk TIDAK



Assalamualaikum~
salam sejahtera, dan semoga kita diberi kesihatan untuk menjalani hari seterusnya..
AMIN.

hari ini, aq punya jadual tak busy..
rileks sangat..hehehee
kelas Algebra start pukul 11 pagi..
then tengah hari ada Amanat Dekan,
so, kelas petang tu kira TANGGUH...
YEAH 3x
hahahaha..

ni kira majlis rasmi la untuk setiap semester.
akan ada ucapan, props, nyanyi lagu UiTM dan Kami Guru Malaysia.. lagu rasmi nih!!
seingat aq la..
dah lama tak join.
hehehehe.
kali ini pun KAMI pilih untuk TIDAK gi majlis tu.
maaf lah yer,
bukannya kami tak sayang DEKAN, sayang sangat tau..
cuma, majlis ini kompem habis lambat..
then, kami kene struggle nak rebut naik bas..
seksa sangat nanti..
dengar citer, ramai yang hadir,
sampai tak cukup kerusi tuh..
pergh.. gempak la budak EDU~
go EDU! go EDU!
nasib baik kami tak ada,
kalau tak, reramai kene bersila dalam dewan tu~

sempatlah jugak kami bergambar sementara tunggu bas sampai~
dah la tak pi, selfie pulak..
layan je la ea.
aq, Ida, Afif tunggu orang jemput dengan kereta..
untung2~
=)
bila tengok gambar2 ni..
rasa bahagia jer..
semua happy~
moga kita sentiasa gembira dalam hidup..
selagi kita bersama~
AMIN.






dekat setengah jam gak la kami tunggu pengangkutan kami.
macam tak bagi balik jer kan..
sebab dah determine, kami sabar gak,, tunggu jer
lepas tu, kawan2 aq yang lain naik bas RAPID, balik MAWAR
aq pulak headed to SEk.2
get lunch there~
lapor sangat..
the bad thing is aq tak bawak purse.
and the good thing is Afif belanja lunch!!
terima kasih cikgu Afif~
seperti biasa, aq order nasi goreng tomyam.
sekarang, ini jer menu yang aq suka.
dulu paprik ayam jer memanjang
semester ni, aq tukar selera..

lupa nak kenalkan Afif!!
dia ni duduk kat Kokdiang.
kami sama2 join Rotu Army, but sekarang aq dah keluarlah
nanti, aq akan citer la pasal Rotu Army ni.
soon okey, not now..
Afif budak ART, sama Fakulti dengan aq jugak.
kiranya, dia cikgu seni la.
overall, Afif ni comel,,
perwatakkan, pemakaian, percakapan..semua nyer comel.
kami kawan!
jangan dok pikiq bendo lain na~

Afif and me..peace yo~





setakat itu jer untuk hari ini
esok ada Quiz Fizik,
Insyaallah jadi!
asyik tangguh jer,,,
lagi lambat quiz, lagi banyak soalan pelik yang Dr M boleh tanya..
entahlah.. semoga kami boleh buat dengan elok..Amin.

kita ada hak untuk buat keputusan
percaya pada naluri dan iman
Insyaallah, itulah ketetapan.

Assalamualaikum..
nite.
no dream everyone..
sleep tight~

Tuesday, March 17, 2015

apa yang KAU rasa??

Assalamualaikum~
salam sejahtera..
aq harap semua baik2 je..
hidup dengan bahagia walaupun tahu itu hanya sementara..

post kali ini,,
aq mahu ajak korang semua BERFIKIR pasal HUMAN.
sebenarnya, semalam.. aq berborak ler dengan kawan kelas aq!
walaupun kemungkinan besar today ada quiz fiZik.
hehehe.. yang penting, quiz tunda khamis ni!!
yeah.. LUcky person of me!!
baiklah, sambung citer...
kami borak pasal """HUBUNGAN dengan LECTURER.."""
ni kira general topic la.
items bawahnyer sesangat la banyak tapi aq tak cover semua tau..
macam serius pulak topic ni
hahahaha +)
ini kira pelajaran yang sangat penting untuk kita as a student.

situasi: dalam kelas
  1. bagi salam, dan jawab salam.. basic nih!!
  2. bila kene soal, cuba jawab. kalau tak reti jugak, ucap maaf, saya tak ingat, atau tak tahu. 
  3. jangan DIAMKAN diri!! semua orang tak suka cakap dengan tunggul kayu!!
  4. kurangkan berbual dan elakkan diri daripada bergurau dengan kawan.. tapi jangan la sunyi sangat tau. bosan pulak, nanti tertidur~ (aq salah sorang yang tidur tu)
  5. CUBA jangan main Handset, bagi student universiti la yer,, lecturer PANTANG betol bila ada pelajar yang tak serius ni..kalau benda urgent takpelah... if not, simpan jer handset tu.
  6. kekadang, lecturer/cikgu akan buat jokes yang tak lawak tau,, so, pandai2 la gelak ea.. layan jer.. yang penting diorang bahagia,
  7. ucap TERIMA KASIH lepas habis kelas..
situasi: luar kelas
  1. jumpa kene tegur, bukannya CABUT LARI~
  2. berlainan jantina- jangan rerapat sangat bila cakap, nanti ada yang kurang senang dengan kita, tak pepasal kene maki (dalam hati) dengan secret admires diorang nanti.. taknak aq! hahaha
special notes!
  • selain itu jugak, kita kene hargai apa je yang lecturer/cikgu dah bagi kat kita.. simpan dan GUNA elok2.
  • try study before start the new topic. maksudnya, bersedia dari awal.. yang ni kira paling susah ar nak ikut. aq pun malas seh.(Madam HH yang cakap tau)
  • jaga keterampilan bila di dalam kelas, kalau pakai cantik sangat kang tergugat pulak lecturer/cikgu.
  • be PUNCTUAL. masa itu berharga. 
sikit jer yang aq boleh sharekan..
sampai sini jer topic ni. nak lelebih??
boleh sangat. meh berguru dengan aq!!
hhahahahaha

ok, aq nak cerita pulak!!
TAK NAK BACA??? taknak sudah..
kkk, aq pernah mention pasal Sir A, yang ajar Mechanic (sem3) dan Algebra (sem4) kan~
yang aq tahu pasal Sir A ni, dia bekas student Fakulti Pendidikan jugak , then ambik master..
jadilah lecturer aq kat sini.
Sir A belum kawin dan dah berumur~ hahahaha
tak silap aq 28tahun.. teka jer ni.
first time aq perasan Sir A time aq ada meeting Mathematics Education Student Association (MESA)
sebabnya, aq kene cadangkan budak part aq(masa tu sem2).
suka hati jer pick aq. nasib la aq ingat nama budak laki batch aq..
3 orang jer sebenarnya, tapi nama nak dekat semuanya.
habis introduction..

nak dijadikan cerita, setiap kali Sir A ni mengajor,
mesti aq dan kengkawan kelas akan aktif bercakap..
time dia terangkan tu kami senyap la,
but bila dia menulis jer, mulut dah start potpet potpet.
kalau bising sangat dia mula la batuk2 bagai..tipu sangat..
hahahahahha sori Sir

Sir A kira ambik tahu jugak la pasal student dia..
so, bila kawan aq cakap yang aq beli kasut baharu..
mula lah dia nak join perli
boleh pulak dia cakap aq nak gi main SEPAK TAKRAW??
haish man.. sesedap mulut je Sir ni..
aq apa lagi, naik hantu la..
aq tersasul panggil Sir A "kau"..
dulu pun sama gak,
lagi teruk..
aq pernah cakap : "Sir nak kene penampar ke?"
GILA kan~
kalau nak hitung, banyak jugak la aq tersasul benda macam tu
teruk sangat ke??
kawan aq selalu tegur suruh aq jaga cara cakap sikit..
aq paham..memang salah aq..
aq akan cuba lagi untuk tutup mulut ni..
walaupun susah~
 
bagi yang dah masak dengan perangai aq..
mereka can accept!
but, for those yang tak tahu aq ni memang "pelik", mungkin tak leh terima aq.
aq pun takleh nak describe la aq ni pompuan type apa..
orang kata aq ni jujur sangat.. =}
dan aq akan sebut jer apa yang aq nak cakap masa itu..
tak pikir2 dah..
aq masih belum boleh kawal otak dan mulut dengan baik.
sebab tu la jadi macam ni..
maybe..
setakat ni, Sir A tak pernah marahkan aq..
dia terima jer..
lepas aq cakap buruk2 tu, aq mintak maaf tau..
ada ketika, bila aq rasa bersalah gile2 sangat,
aq akan wassapp Sir..
text.. call..jumpa.. semua la
yang penting hati aq tenang.
mula2 Sir A macam buat endah tak endah jer, then macam dah settle..
lega la sikit bila dah senyum tu kan~

aq memang takde niat nak kurang sopan...
ke memang aq niat?? entahlah.
pening pulak bila cakap pasal ni..
dulu, aq melatah.
biasa nyer aq akan sebut: Oi mak kau/ mak kau jatuh
korang mesti dah jumpa kawan yang melatah kan sebelum ni
macam2 keluar kan..baik buruk semua ada
bila dah besar sikit, aq cuba sebut benda elok2
macam Allahuakhbar/ Astaghfirullahazim/ Allah
makin lama makin baik lah
lelama dah kurang, sampai la sekarang..
tapi bila aq terkejut sesangat, melatah gak la
dan untuk pengetahuan semua, orang melatah akan melakukan gerakan dan perkara yang spontan
kalau dia tengah pegang pen, then ada orang trigger dia..
kompem pen tu kene baling..
so, jangan usik orang time pegang benda tajam, tak pepasal dapat nahas.
dan kalau orang cakap cepat2 or cakap kuat or cakap benda yang annoyed kat budak2 melatah ni..
kami akan sembur je apa yang kami nak
tu yang terkeluar ayat2 bombastik..
inilah yang aq hadapi sekarang..
seksa kan~ so janganlah nak salahkan kami jer
kami usaha dengan perit untuk recover..
semata-mata nak jaga hati human being ni..

entah apalah yang Sir pikir pasal aq..
aq harap, Sir tak ambik serius pasal ni
aq taknak la ilmu nanti jadi tak berkat pulak
naya aq. 
ini jer yang aq nak tulis..

p/s: tadi gi Pusat Kesihatan UiTM. ambik ubat alergi dan check gigi..with Ida. jangan risau, aq ok!!

manusia bermacam ragam
ianya memang asam garam
belajar untuk terima ragam
walaupun susah nak paham

bye,, Assalamualaikum
Ida dah check gigi..


 

Monday, March 16, 2015

ICT Shah Alam

Assalamualaikum~

walaupun dah lambat sangat, tapi aq still nak taip gak pasal ni!
2 minggu lepas,
aq, Abe dan cousins gi la jejalan ICT Shah Alam
yang sebelah UiTM tu.
dah lama tak pergi sana.
dan, kebetulan si Abe ni nak sangat jejak kaki kat sana
kami bawak la!!
yang drive mestilah Edi(cousin)
hehehee

petang tu hujan lebat kat KAjang,
so kami pikir tak jadi la plan nak gi
tapi, Alhamdulillah, malam tu ok!
hujan dah stop.
rasanya dalam pukul 10 malam kitorang dah tercongok kat ICT.
perkara pertama yang kami buat mestilah cari toilet!
hahahahahah
then tengok gelagat manusia yang terdiri dari pelbagai races kat sana.
well, ini kan MALAYSIA
satu untuk semua, semua untuk satu, Satu Malaysia!!
romantik la suasana kat situ
lampu warna-warni
kelip2 gitu.
banyak gak couples yang berkunjung.
pegang tu, pegang ni.
takpe la, diorang mesti baru kahwin tu..
honeymoon agak ea..
positif!!

family pun banyak yang bawak anak2 gi main kat sana.
comel sangat..
mesti syok kalau family aq join sama kan~
InsyaAllah, ada rezeki kita semua pergi main kat sana tau.
Adik2 dan my Parent takyah la jeles sangat yer..
okokoko
kami try game baru!!
Disco Ride nama ea
macam Pirate Ship cuma tukar guna motor yang disusun bulat.
best sangat
:6
menjerit-jerit time up side down naik benda tu
hahahaha
Abe dengan Ella dah seram sejuk
genggaman makin kuat, ye la, takut katakan
rilek la, setiap permainan mesti dah ada safety nyer.
lepas je la
macam aq!!
hahahhaa
syok wei..
diorang taknak naik dah,
so kami decide gi Trick and Art museum
lupa la namanya
tapi kat sana banyak gambar2 yang dilukis,
ala-ala laman seni gitu
3D pictures la kot
yang bestnyer, kami boleh bergambar sakan
heheheh
disebabkan masing2 guna handphone cikai2 jer
gambar dalam gelap tak lawa
so, bila gi museum ni
boleh la nampak rupa pics sikit.
nanti aq nak beli camera la
kalau DCLR mahal pulak
takde duit aq nak makan nanti.
camera biasa2 jer sudah..
asal ada night mode, jalan~

terima kasih semua kerana berjaya membuatkan Abe happy gi ICT
tujuan gi sana sememangnya untuk hidupkan kembali keceriaan dan semangat
agar Abe mampu melupakan result Spm yang tak berapa nak dibanggakan tu
walaupun aq juga terkilan dengan keputusan itu,
aq pasti,
Allah telah merancang sesuatu yang sangat indah di penghujungnya nanti.
bersabar dan teruskan usaha
kerana itu bukan penamat dalam hidup seseorang individu.
kepada budak lepasan SPM2014 yang kurang terserlah
janganlah kamu membiarkan kesedihan mengatasi iman mu
nangis itu perlu, tetapi ada hadnya.
jalan yang besar masih menunggu untuk diterokai.
berjanjilah untuk sentiasa mengikut syariat Allah dalam setiap perkara
dan akhirnya semua yang indah itu milik kita!
bersusah-susah sebelum mendapatkan keindahan membuatkan kita manusia yang sentiasa bersyukur.
InsyaAllah.
janji Allah itu pasti!

renungkan bersama, aq sentiasa doakan yang terbaik untuk Abe!
sayang semuanyer ketat2!
Assalamualaikum.










Saturday, March 14, 2015

tolong-menolong Amalan MULIA

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Semoga kita menjadi manusia yang tunduk hanya pada Allah yang Esa.
steady Awin




Semalam, Awin dengan baik hatinya tumpangkan aq ke TBS.
Thank you so much Awin.
:* kiss pipi Awin lelaju
Hihihi
Aq senyap jer dalam kereta tu.
Banyak sangat benda yang aq pikir,
Lagi2 bila tengok Awin drive..
Perghhh, gempak habis~
Malu rasa diri ini yang masih belum mampu memandu..
Entah masa bila la nak buat lesen..
Lepas kahwin je la.
Senang citer kan.

Lagi setahun, aq bakal praktikal kat sekolah.
Sekolah mana??still tak tahu,
tapi yang pasti, hanya sekolah area Selangor je yang terpilih..
Kalau dibuatnya aq dihantar bersama kawan yang takde lesen gak?
Kompem ar kitorang datang lambat
Keno tunggu bas kot
weii..
Canno nih.
Susah la.
Adehhh..panek den!

dan, semalam jugak aq tolong cik Esah kat kedai makan.
kira balik tu terus kerje..
hahahahah
penat tak boleh nak cakap seh.
mental boleh terima lagi
tapi kaki aq ni dah kat tahap maximum nih!!
korang jangan pulak fikir yang aq ni nak duit jer.
balik kelas, gi kerje..
bukan lah!!
makcik ada hal malam tu, jadi aq kene la tolong..
kita ni kene tolong sesama manusia, lagi2 bila orang tu saudara kita..
Ingat tau semua!!
Allah memang suruh kita saling tolong-menolong.

hari ini, aq boleh la rest.
kaki jelah yang stop, otak kene jalan..
start jer isnin ni, bermulalah quiz bagai.
standard la student kan..
kengkawan aq dah start pulun buat exercises..
gempak babe!!!
aq baru nak start.
baca apa yang patut dulu, sebabnya aq tak bawak balik buku ni.
Madam HH suruh menelaah pasal topic next session.
kaji slides lecturer dalam power point je lah.
tu pun kira ok kan~
esok kene study Calculus 3.
buat homeworks sir A untuk Algebra
belajar wave graph dan buat past year
banyak nyer..
haish man..tak boleh mengeluh.
Allah tak suka..
Aq boleh buat!! Along hebat!!
hehhehehe
Thank you adik dan Mak..
kerana rajin hantar wassap yang comel..
ianya umpama tonik yang menyuburkan dan
mengembalikan semangat yang hampir hilang ini.
Sayang ketat2. muah

oklah, itu sahaja..
bersama menjadi insan mulia,
yang baik jadikan ikutan,
yang buruk kene jauhkan,
hidup biar ada amalan,
menjadi bekalan masa hadapan..
Assalamualaikum






Wednesday, March 11, 2015

aq keletihan

Assalamualaikum, dan salam sayang semua.

Hari2 aq dah menjadi sangat complex kerana telah dipenuhi dengan kelas dan aktiviti akedemik.
Fizikal dan mental diuji tanpa henti.
Ada ketika aq mahu lari dari semua ini.
Hidup bebas tanpa perlu dikongkong, seperti sang hitam yang bebas kesana kemari.
Namun segalanya hanya mimpi yang tak mampu dikecapi.
Hahahahahahaha.
Mood sastera kejap.

Masuk minggu kedua ni, aq dah mula tak terurus, rasa terumbang ambing.
Tak reti2 lagi nak manage time wisely.

Perut aq ni asyik gastrik jer. Ye la, salah aq jugak tak ambik sarapan.
Tak sempat la~
Naik tengahari, aq dah kebuluran, angin dah penuh satu badan.
Datanglah rasa mual dan sakit kepala.
Aq bila gastrik jer, teruk.
Terus tak bermaya. Nak study pun dah hilang mood.
Paksa jer telan semua input dari lecturers.

Dan, aq jugak dah mula rasa lenguh dibahagian kaki.
Lutut pun dah start sakit.
Macam orang tua pulak.
2 tahun lepas, aq pernah terseliuh dua2 belah ankle, dan effect nyer terasa sampai sekarang.
Tulang kat kaki dah senget.
Mungkin disebabkan oleh aq tidak cakna dan masih meneruskan aktiviti lasak walaupun dah sakit2.
Jadi, kaki aq cuba adapt dengan situasi ankle yang terseliuh tu.
Kesannya, sengetlah kaki aq sampai ke hari ini.
Korang janganlah risau.
Aq still boleh jalan lurus dan steady.
Lari pun masih laju lagi.
Cumanya, aq kira dah oku la.
Mak aq yang cakap.
Aq tak sedih pun.
Dah memang apa yang mak cakap tu benar.
Terima je lah. Allah dah ada perancangan yang terbaik untuk aq.
Roomate aq untuk semester ni pun alami masalah yang sama dan dia dah buat operation.
Kiranya, aq pun akan menyusul la.
Tapi, apa yang pasti, aq taknak bedah waktu terdekat ni.
Biarlah aq dapat degree dan kerja 3 atau 4 tahun dulu.
Orang kata bila dah operate ni susah nak dapat kerja.
Majikan semua nak orang sihat je kerja kan.
Hopefully aq boleh survive. Insyaallah.

Oh yer, minggu ni aq balik rumah makcik sebabnya aq nak ambik laptop. Minggu2 yang akan datang ni, aq dah start buat assignment, quiz, so memang kene guna laptop tu.

Sebelum aq tamatkan post ni.
Aq nak ingatkan diri aq dan korang agar sentiasa kunci dalam hati bahawa kita datang ke universiti ni semata-mata untuk memberikan kebahagiaan kepada mak ayoh kita dan semestinya kerana menuntut ilmu itu hukumnya wajib kerana itu fardhu ain.
Jadi, niatlah untuk mendapatkan keredaan Allah dan ikhlaskan diri supaya kita menjadi lebih gembira dalam setiap perkara yang kita lakukan. Amin~

Nanti aq update gambar.










Saturday, March 7, 2015

pecoh palo mikir (fikir sampai sakit kepala)

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua nyer.
semoga sihat dan gembira menjalani hidup di dunia ini!!

lama rasanya tak menulis blog ni!
bersarang dah.. kesian dia.
hihihihihi

seminggu dah berlalu. dan hari pertama kelas (isnin-2/3/15)..
aq PONTENG!!!
kelas pertama, subjek fizik: Optic and Wave, start pukul 11 pagi dan tamatnya sejam kemudian..
so, aq malas nak datang. sejam jer pun.
hhahaahaha
kebiasaannya kelas pertama, lecturer terangkan pasal subjek dan penilaian markah
itu jer kan.. then balik awal.
baik aq tidur jer kat bilik. habis cerita!!

the bad news is Dr. M (lecturer fizik) dah start mengajar!!
dah ada homework tau.
past year question.
HEBAT kan..
menyesal tak ada gunanya lagi
hahahahaha

ok
hari ini, aq nak state semua subjek yang aq ambik untuk semester 4 ni!


inilah semua yang aq dan kengkawan nak kene belajor untuk sem ni.
ada 7 semuanyer

1. EDU480-principle assessment and evaluation
yang ni Madam HH yang ajarkan.
sebabkan beliau dah pernah mengajar kami..
jadi kami paham la apa yang patut dan yang tak patut buat dalam kelas beliau..
subjek ni penting sebab banyak benda yang seorang pendidik perlu tahu.
ianya lebih kepada macam mana nak judge student dengan specific ways
ini jer yang aq tahu setakat ini.
nanti, aq explore bebanyak lagi eh

2. EDU555-curriculum and instruction
ini pulak Dr. B yang ajor
doktor datang awal,
tak start kelas lagi, doktor dah tercongok menunggu kat pintu.
MAsA ItU EmaS
oh yer,doktor tak start lecture lagi
tapi yang aq search la kan, ianya tekankan bagaimana nak ajar budak2 sekolah agar diorang mampu achieve kejayaan dalam hidup

3.ELC550-english for academic writing
ni, baru jer daftar
tu pun nyawa2 ikan jer tadi
nasib baik sempat daftar kelas b
kalau tak, kene masuk kelas lain, then tak sama la macam given jadual aq.
subjek ni untuk tingkatkan penguasaan bahasa inggeris
sem lepas ambik pasal reading, sem ni pulak kene belajar writing
macam budak sekolah rendah bunyinya
tapi boleh tahan gak la struggle nak dapat A+

4.MAT423-linear algebra 1
ini subjek algebra. lebih kurang sama macam apa yang aq ambik time asasi dulu.
cuma yang ni lagi detail la kot..
yang mengajornyer still Sir A, yang ajar aq Mechanic sem lepas.
di kesempatan ini, aq mahu meminta maaf jika selalu rude dan main lepas cakap jer kat sir.
dah sir trigger sense, aq jadi nak membalas je apa yang sir cakap.
sori sir
saya cuba tahan mulut dan pergerakkan fizikal saya dari buat benda yang tak elok kat sir.
saya cuba!!
korang jangan pulak fikir yang aq ni jenis budak jahat yang tak hormat cikgu ea
aq hormat
cuma
adalah certain time tetiba jer adrenalin keluar bebanyak
then buat dan sembur perkara yang tak sepatutnya
tahan diri yer.. FIGHTING.

5. MAT491- calculus 3
lecturer ni Mdm M
suara madam agak perlahan
dan beliau guna buku teks secara total sebagai medium untuk mengajar
dan aq dah mula suka kan subjek ni
ini subjek yang sangat menarik dan paling mencabar otak dan kemampuan aq~
selama ni aq ambik calculus 1 dan 2, semuanyer atas pagar je result ea.
aduh, tu yang sakit sikit bila kene ambik subjek ni
ada beberapa orang senior yang repeat dan join kelas aq.
lagi la rasa creepy~
aq boleh buat. InsyaAllah.
bila aq ada Allah, aq ada segalanya kan..

6.PHY534- optic and wave
ramai yang cakap yang subjek ni takde la susah sangat
tapi kene faham betol2 baru boleh survive better..
entah la, aq pun baru jer ambik sem ni,
jadi tak tahu la apa outcome nyer
lecturer ni Dr.M
sebabkan Dr ni lelaki, beliau suka guna media lebih
mudah fahamkan...
dan yang buat aq terharu sangat,
Dr M baru jer cari semua video.
tak salah aq la, seminggu sebelum lecture.
comelkan..
tu yang aq nak dapat A+ subjek ni.
poyo~

7.TAC451- introductory Arabic 2
ini subjek arab
kira yang nombor 2 la
yang first aq dah ambik sem lepas.
rindu pulak dekat ustazah sem lepas..
ustazah kali ni nampak macam budak u yang baru keluar gitu
baik gak la
kali ini aq sama kelas dengan Mimi, Sal, Ida, Farah, ..
banyak lagi yang lain, takkan nak tulis semua kan..
dulu lain kelas
kira aq harap kami boleh perform baik punyer together.
hopefully la

ni la summary serba sikit pasal nak kene perform sem ni
semoga aq sentiasa lively dan tidak stress serta build good relationship dengan lecturers dan friends.
Amin~

gambar awal sem will coming soon
hahahahhaa
wait hah.
tu jer kot
Assalamualaikum.



Sunday, March 1, 2015

Part 4.. BEGIN

Assalamualaikum semua
salam sejahtera


aq tengah menaip dari dalam bilik no.30 tingkat 6 kolej MAWAR berduri


pepagi lagi dah siap nak gi daftar kolej..
survey lu kenderaan, untuk keselamatan kita bersama
tup tup..
tayar van Cik Esah dah nazak..
jadi kene la tukar tayar
tengah tunggu semuanyer settle, aq tidur la..
dah bangun awal dari biasakan..

Abe, (Alif dan Angah-cousins) ikut gi UiTM
maklumlah kene angkat barang aq yang banyak nak mam ni
tak lupa Pak Jin yang sanggup drive jejauh untuk hantar aq
thanks semuanyer
Semoga semua diberkati dan bertambah rezeki. Amin~

hari ini
1/3/15
bermula lah kisah aq sebagai seorang pelajar universiti AGAIN

kemas bilik, iron baju, tangkap muat, jumpa kawan, jumpa cikgu, kene study, masuk kelas, keluar library, lepak tandas, main games, makan2, shopping sakan, jumpa artis, jom selfie, gi lawatan, duit hangus, buat quiz, hantar assignment, kene marah, duduk exam, balik rumah, hidup tenang.

semua benda ni dibuat berulang-kali setiap sem.
bosan kan..
ahahahaha

standard la, taknak belajar, berhenti. keluar UiTM. habis citer.
mak aq yang cakap macam tu.
TADI.
hehehehe

bila HANTU MALAS dah bertepek kat sisi
jadilah macam ni
shuh, shuh, jauh kau,
set niat balik!!!
aq datang sini nak belajar kerana Allah, menuntut sebanyak mungkin ilmu, disayangi Allah, alam flora dan fauna, dan manusia, menggembirakan semua orang sekelilingku, memberi kebahagiaan kepada mak ayoh dan bergambar dengan artis untuk sem4 ni. Amin~
aq dan kengkawan dah set nak bergambor dengan artis..
sajer nak luangkan masa
bukannya taksub sangat dengan artis,
cuma nak tumpang glamor sekali-sekala

yuran pengajian belum bayar
hopefully takde la memintak-mintak macam yuran kolej ni
tunggu la ptptn yang langsaikan ea.
yuran kolej dah bayar cuma status di student portal aq still belum dikemaskini.
InsyaAllah takde masalah pape nanti.


klah,semoga aq terus bersemangat menjalani kehidupan yang makin hari kian tenggelam di mamah usia ini..
KIAMAT MENANTI,
USAH DIGENTARI,
AMALAN DIISI,
SETIAP HARI.

sayang semuaa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kenikmatan, kesihatan, dan kejayaan aq selama ini.
semoga Allah membalas budi baik kalian,
Assalamualaikum..