Friday, December 12, 2014

belajar main makeup.

assalamualaikum~
 setiap post aq aq bagi salam.. kerana maksud salam itu sangat penting.
 "Selamat sejahtera ke atas kamu." semoga dengan cara ini, hidup kita semua diberkati Allah.

secara terus terangnya, aq memang orang yang tidak suka bermakeup..tapi tu dulu.
now, anak dara mak dah besar, hehehhe..
jadi mulalah kempunan nak try touch up muka ni
so
1 hari ni, roomate aq, Fira Ibadat yang muka ala2 Adira ni ajak la aq teman pergi kelas makeup.
wowowwooww. vavavoom sangat!! got excited terlebih.
esoknya, seperti yang dirancang, aq ikutlah.
kami diambil dengan sebuah kereta oleh seorang consultant MaryKAY, kak Aina katanya. Orangnya comel, cantik, mungkin kerana dia menggunakan produk tersebut? mungkin. wallahualam.

kami dibawa ke sebuah banglo yang cantik dan selesa. perhiasan dalamannya sangat la wauawauwuau gitu. pemiliknya bukan Kak Aina, tapi bosnyer Iaitu Kak Ruby. Mereka peramah. Kami diterangkan mengenai salahsilah produk MaryKAY ni. Kami jugak dapat mencoba beberapa produk penjagaan muka dan tangan yang sangatlah MAHAL tersebut. best la.=)

dan, pada saat itu jugak la aq dapat tahu ada rupanya mask untuk BIBIR...nama diberi Satin Lips® Lip Mask. sapukan jer di bibir selama 3 minit, then lap. jika ini dijadikan rutin, anda akan memperoleh lip yang munggil n sihat!! menarikkannn..

kitorang jugak diberi brief talk on cara penjagaan muka dengan betul.
di bawah gambar yang aq jumpa di http://www.wanista.com/nak-tahu-cara-artis-korea-jaga-wajah-mereka-kami-ada-langkah-gunakan-cleanser-toner-dan-moisturizer-yang-betul/ .
jadi nak tahu lebih lanjut, boleh la jenguk website ini yer.







At last, dah nak maghrib time tu, kami diberi pendedahan dengan makeup!! Saat2 yang ditunggu semua..yeahyeahyeah

  1.  letak toner dan pelembab muka dulu 
  2. dartkan foundation kat muka, pilih tone yang sesuai dengan wajah
  3. tepekkan bedak compact keseluruh muka dan leher.
  4. kening dilukiskan dahulu


a)letak pensel anda macam ni.
   ini untuk start point lukisan kita.












b) yang ini pulak menunjukkan point akhir lukisan kening kita



c) ni pulak point untuk kita lukiskan kening tinggi biaq nampak macam garang  sikit.






          5. letak eyeshadow..pilih 2 warna, first warna cerah as base then letak warna gelap. baru nice
     
          6. baru boleh lukis eyeliner, guna yang liquid atau gel..senang sikit tau

          7. then, letak blusherrrr..
     
          8. pakai lipstick then lipgloss or balm untuk nampak shiny gitu..

          9. last skali, touch up muka dengan bedak secara nipis. kalau taknak buat pun takpa. =*

    done baby. tahniah semua..anda dah mampu makeup sendiri sekarang. give a try..


    inilah yang join kelas makeup. sebelah Farah itulah K.Aina yang comel n cantik tu.. terima kasih. muahmuahmuah


    bergambar dengan roomate, Fira Ibadat. (kan dah cakap muka macam Adira.)

    ok, ni hasil makeup sendiri. first time ni. 

    aq masih baru, jadi hasilnya mungkin tidak begitu gempak.
    bagi aq kecantikan itu lahir dari dalam.
    bila kita cantik dalaman, kompem luar comel punyer la.(siapa setuju, put up ur hand!)
    aq harap korang tak buat yang bukan2 dengan gambar di atas..Allah Maha melihat.

    kepada sesiapa yang berminat nak guna produk2 MaryKAY ni,
    boleh terus wassap K. Aina~ 0192505195. area shah alam je kot.
    Aq tak pasti, jadi boleh terus tanya K.Aina yer.
    dan untuk survey barang2 MaryKAY ni, bleh la klik link di bawah.
    http://www.marykay.com.my/default.aspx

    take the good things only! Assalamualaikum =)


    2 comments: