Friday, December 12, 2014

apa yang menarik tentang hati????????

First ilmu yang aq nak share ialah..jengjengjeng, tentang hati.
Seperti yang semua orang tahu, hati merupakan satu organ yang Allah ciptakan dan terletak dalam tubuh badan manusia.
Kenapa aq pilih untuk bercerita tentang hati? Mengapa tidak organ lain seperti rahim, usus atau perut?
Ini adalah kerana fungsi hati ini sangat menakjubkan untuk dibahaskan dalam perkongsian pada kali ini.
Ok, kalau kita lihat dari segi sains, kita akan dapati hati merupakan organ terpenting dalam menggerakkan sistem tubuh badan manusia.

Kalau korang tak percaya boleh tanya Makcik Google!
Dia akan terangkan secara jelas dan terperinci pasal fungsi hati. Apa yang aq nak highlightkan di sini ialah bagaimana kita kaitkan fungsi hati dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Aq fokuskan kepada para pelajar kerana aq jugak seorang pelajar.kkk.
Nowadays, semua nak nampak cantik, putih, gebu, langsing, hensem dan sador.
Oleh itu, terbitlah berbagai jenis produk di pasaran untuk memenuhi segala keinginan manusia.
Bagi mereka yang berduit, boleh lah memborong produk2 ni manakala yang papa pulak cuba jadi pakar buat eksperimen sendiri dengan mencipta sendiri produk mereka, senang citer handmade n homemade stuff la.

Dalam situasi ini, apa yang dapat korang simpulkan?
Bagi aq, kita lebih mementingkan kecantikan dan penjagaan luaran sahaja.
Hati dibiarkan hitam berkarat, sedangkan muka licin berkilat!!!

Aq juga sama seperti korang. Bukanlah aq nak kritik, ini hanyalah peringatan dan perkongsian jer. Memang tidak salah kita mahu kelihatan gempak depan umum sebab ianya FITRAH.

Allah itu maha cantik dan sukakan kecantikan. Justeru itu sedang kita sibuk2 nak muka lawa,badan cantik, kita jugak harus jaga hati kita yang sangat berharga ini.


Macam mana? baiklah, menurut seorang ulama, Ibrahim Al-Khawar r.a; sesungguhnya ubat hati itu ada 5 perkara, maka ubatlah hati kamu itu dengan 5 perkara ini.

1. Membaca dan menghayati isi kandungan Al-quran

2. Berpuasa

3. Beribadat di waktu malam

4. Menghampirkan diri kepada Allah di sepertiga malam

5. Sentiasa dekat dengan orang soleh

Ok???
Sebagai seorang pelajar, bagaimana caranya untuk kita mengagihkan masa yang telah diberikan Allah untuk melakukan 5 perkara di atas? sedangkan hendak melakukan tugasan harian juga kita rasa 24jam itu tidak cukup, jadi bagaimana nak tambah 5 perkara tersebut dalam schedule kita?
Kacang jer sebenarnya. Ingat tak statement ini ” Doa itu senjata mukmin!”
Jadi, sebelum memulakan apa2 kerja/aktiviti, kita hendaklah berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.
Untuk bagi korang lebih faham, aq bagi satu contoh.
Korang mesti selalu stay up kannn, study la konon. Aq pun kekadang stay up sebab esoknya ada test, jadi kenalah belajar lebih sikit dengan harapan mampu jawab soalan esok dengan baik.
So, nak dijadikan cerita, satu malam ni, aq belajar sampai pukul 3pagi. Yang peliknya, aq rasa masa berjalan sangatlah perlahan, cuba bayangkan 1 jam tu macam 2 jam. Masyaallah. Subhanaallah. Aq tak tipu.
Korang pernah tak rasa macam tu?
Ini semua kuasa Allah.
Aq hanya berdoa agar Allah panjangkan masa aq untuk belajar malam itu. See?
Mintaklah supaya dipermudahkan urusan, doalah agar Allah panjangkan masa, perbanyakan idea atau membuatkan hari kita lebih gembira.

Kita mesti ingat bahawa TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH, kerana Dialah Pencipta, Dialah Yang Berkuasa ke atas kita dan segalanya. Insyaallah, kita pasti mampu menguruskan masa dengan bijak seterusnya melaksanakan 5 perkara diatas.

Kenapa aq beria nak suruh korang jaga hati dengan baik?
Ini adalah kerana jika hati kita baik, maka baiklah kelakuan kita, sebaliknya jika hati busuk maka buruklah pula kelakuan kita.
Hati menentukan keperibadian seseorang. Kenapa ada ramai manusia yang sanggup berhabis tenaga, masa, dan harta di jalan Allah dan kenapa pula ada lagi ramai manusia yang sanggup terjun ke lembah kehinaan dan mengingkari suruhan Allah?
Semuanya kerana hati manusia.
Adakah kita semua sedar akan kepentingan hati yang telah diberikan oleh Allah ini?
Aq harapkan agar Allah membuka minda kita supaya lebih alert dalam soal penjagaan hati.
Aq hanyalah hambaNYA yang kerdil dan hina. Setiap patah perkataan yang ditaip, yang baiknya datang dari Allah, yang buruknya dari kelemahan diriku ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment