Thursday, January 14, 2016

tunggu masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
aq menaip dari bilik yang sama
untuk semester kelima
1B0124 katil A.

semua budak kelas, kawan baik2 aq dah balik rumah.
aq still disini
menunggu giliran dipanggil pulang.
satu jer lagi ujian.
18/1/16
seksa hanya ALlah jer tau.
tetiba terasa nak makan gulai masak lemak udang dengan timun.
ahhaaahahaha
walaupun tak suka udang, bau dia menyengat
imaginasi makin jauh pulak.

back to title la,
masa berjalan perlahan.
subuh pun lambat.
bangun pagi, eh, belom subuh.
tidur lagi...bangun pun belum subuh lagi.
malam lagi lama berbanding siang.
tanda kiamat kecil ni kan..
takut wei.
selamatkan kami Ya Allah.
masukkan kami dalam syurga FirdausMu.
Amin.

esok, aq dah nak start tuisyen la.
sapa nak datang belajar sesama, meh la.
tapi terimalah aq seadanya yer, bukannya pro sangat.

btw, aq kat sini macam tak berkembang
aq rindu sangat nak borak lelama dengan mak, ayoh
telefon aq masih rosak
tak hidup dah.
meninggal dunia nampak gayanya.
mau dapat telefon baru ni.
yeah.. tak sabar pulak nak tunggu.
tapi sebelum dapat telefonnya, kene la bersusah dulu.
tak dapat dengar suara mak, ayoh.
memang seksa.
lupa nak cakap, sebelum ni aq pernah la merajuk dengan parent.
tak angkat call diorang.
3 hari jugak la menyepi.
sekali, Allah balas lagi berat untuk aq.
telefon tak berfungsi langsung.
teruk jugak aq terima balasan.
tulah, sapa suruh buat parent risau.
Allah Maha Besar.
Dia berkuasa penuh terhadap kita.
so korang, jangan sesekali buat parent risau, sedih
nanti korang pun akan terima lagi teruk daripada itu.
nasib Allah dah bagi balasan kat dunia lagi,
kalau tak terseksalah aq kat akhirat.

ok lah, tamat sudah sesi menaip.
aq tengah tengok gegar vaganza ni.
throwback katakan..
tu yang lambat no nak siap menaip.
kkk, bye.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment