Sunday, October 11, 2015

bulan oktober.aq masih ada.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tak menulis, ingat takpe.
rupanya buat rugi jer.

memang tersangat lama aq tak menaip. bukannya nak tutup blog ni.
cuma, dulu aq takde keinginan nak menulis.
sekarang, keinginan tu dah datang balik!! yeayaeyah
dah masuk sebulan aq jadi student semester 5.
still single and available.
still in awesome 21.

baru-baru ni, aq dah baca 3 buah novel. bangga~
semuanya pasal kahwin la.
gaduh, benci, jatuh cinta, kahwin.
mungkin ada betulnya pasal novel ni, cuma biarlah masa yang tentukan cerita aq sendiri.
tak perlulah mencari, kerana jodohku akan hadir bila sampai waktunya.
sepupu aq pulak nak bertunang bulan depan.
semoga berbahagia dan mampu menjaga hati dan perasaan masing2 setelah bergelar tunangan orang.

cerita pasal diri~~

aq cuba menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya.
kurangkan seluar jeans, pakai skirt, baju kurung.
dada ditutup. tudung dilabuhkan.
semakin lama, aq rasa ada perbezaan tentang penampilan aq.
dan aq sukakannya.
mungkin kekadang aq nampak selekeh, bila tudung tak menjadi,
tapi, aq ada kawan yang sayangkan aq seadanya.
tak perlu lagi risau tentang itu.
dengan perubahan kecil ini, aq dah kurang kelihatan seperti kebudak-budakan.
walaupun perangai, tutur kata masih tidak berubah,
orang ramai mampu menghargai aq.

bicara pasal cinta, aq semakin percaya pada jodoh.
bukan dulu tak, cuma bila banyak bukti depan mata aq, kepercayaan makin tinggi.
jujur aq cakap, bila ada jer lelaki yang nampak interested in me, aq happy.
tapi, aq tak bahagia. aq takut.
muka mungkin nampak baik, hati kita belum tahu.
part mana yang buat diorang tertarik?
body?
face?
style?
voice?
heart?
aq tak tau. itu yang membuatkan aq makin takut.
so, conclusion, jauhkan diri.
itu lebih baik,
bila tiba masanya, jodoh aq akan datang meminang..
tak perlulah aq risau.
bercinta lepas kahwin jelah.
kekal lama, selamanya.
itulah impian aq.
macam kolot jer ideologi ni?
takpelah,  yang penting aq bahagia.

buat masa ni, aq tak update gambar. bila ada masa, aq update ea.
nak jugak letak gambar dalam blog, bleh tengok kenangan time muda.
hahhahaa.

semoga kita sentiasa sabar menunggu jodoh yang memang pasti akan mengetuk pintu hati kita.
percayalah, Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
AMIN.



No comments:

Post a Comment