Tuesday, March 31, 2015

Aq officially PESAKIT.

Assalamualaikum~
Salam sejahtera, 
selamat menjadi pengguna bijak, 
bersiap sedia sebelum bermulanya GST.

Pagi tadi datang kelas fizik lambat sejam~
maaf Dr M
masuk2 jer terus belajar resonance for wave
hahahaha
siap ada formula baru lagi
layan~
Banyak yang tertinggal, takpelah
Yang paling penting, aq sempat jawab quiz. 
Betol atau salah lain kira.

Then klas madam HH.
Kene jawab soalan, baru dapat duduk.
Hari ni belajar affective dan psychomotor domain..
Madam puji nota aq~
Wowowow
Happy sangat~
Rasa kembang jer tadi.
Macam ni rupanya bila kene puji dengan cikgu HH
Dia suka nota aq.
Selalunya aq duduk tengah atau belakang, so dia tak perasan la.
Tadi, aq dengan Aisyah masuk lambat, kami makan sarapan dulu.
Hehehe
Jap ea, aq tunjuk nota aq 

ni bukan sesaja conteng ke ape ea..
ni note aq!!
comelkan~
macam ni senang ingat!
bak kata Dilla, visual, visual person.
thank you madam sebab suka ~
hehehehe, gedik~
=) tak berhenti senyum nih!!
sebijik macam kerang busuk!!

lepas habis kelas jer, aq ambik teksi gi Seksyen 13
beli tiket bas Sani
harga RM50
Shah Alam-Pasir Mas
nasib baik ada, tapi double seat la
takpe, nanti kalau lelaki duduk sebelah, mintak je la tukar
habis citer..macam la aq ni penyegan orangnya..
duit teksi pergi balik kene dalam RM27
ye la, aq berdua jo dengan Aisyah

then, aq gi ambik x-ray kat klinik FSR
Alhamdulillah, ada..
sayang Allah~
lepas tu kene pi jumpa doktor kat PK
kali ni, aq dapat doktor baik
lepas buat perbandingan, kaki sekarang memang dah baik
cumanya bengkak tu tak surut lagi
dan kenapa aq selalu sangat jatuh??
adalah kerana ligament atau tissue yang problem
kene jumpa doktor pakar,
kat Hospital Klang
tapi mungkin bukan minggu ni
aq punya schedule penuh!!
heheheheh
bunyi macam orang kerja kerajaan jer, busy memanjang~
student pun busy jugak tau


kiranya, semua pasal health dah settle la
lega~
Alhamdulillah.
objective 1, achieved
move on the next objective 2
hahahhahaa
CNI sangat~
curriculum and instruction subject!
tadi, masa breakfast, dalam pukul 9.50 pagi gitu
nampak Dr Burn makan sengsorang
sedih~
ingatkan Dr makan sekali dengan other lecturers
kalau aq tahu tadi
aq gi makan sebelah dia
lonely pulak nampak ea
dah la nak retired
lagi la sayu aq tengok =(

sampai sini coretan aq!
selamat menikmati malam mu~
bila sihat
ingat Allah
bila sakit 
ingat Allah
jangan pernah tinggalkan Dia
kerana Dia tidak pernah tinggalkan kita~

p/s: makan lunch lambat giler, malam ni pulak tak makan~
hope esok dapat sarapan makaroni goreng. Amin.


Doktor oh doktor

Assalamualaikum~
salam sejahtera
dan semoga kita semua dijauhkan penyakit amnesia
Amin

semalam, 30/03/15
aq ponteng kelas
aq letih sangat, kepala aq berat
alasan!
memang, aq memang bagi alasan ni bila tak gi kelas
masalahnya, aq tak larat~
lepas dapat kelulusan mak,
aq sambung tidur
bangun jam 12.30 tengah hari
lepas zohor, jenguk Pusat Kesihatan,PK
Irfah(roommate) ambik mc
aq jumpa doktor nih
garang wei~
patutlah tak ramai yang datang PK bila sakit
sanggup beresak-esak kat Hospital Klang tuh
dari dulu lagi aq tak suka gi PK
tapi, bila dah tak tahan sakit tu, kene la jugak gi sana
sebabnya doktor2 kat PK menakutkan
aq admit, tak semua buruk,
tapi yang buruk tu yang kita asyik ingat jer

korang pernah tak jumpa doktor, then cakap kita sakit
dan memandai bagitau doktor yang kemungkinan kita sakit inilah, itulah
siap buat research bagai??
aq pernah seh~
dan doktor memarah aq!
suka-suki jer cakap macam tu
bila check up, doktor kata ok
awak takde apa2
betullah Irfah cakap
doktor ni belajar teori jer lebih
application kurang
tu yang senang2 bagi conclusion tu

marah betul aq kat doktor ni
padahal dulu, aq salute siapa yang jadi doktor
takde yang sempurna di dunia
aq kene terima baik buruk manusia
ye la.
salah aq jugak
main ego manusia
lain kali, mulut tu kunci
jangan cakap apa2
dengar jer, then angguk2
hipokrit!!

sekarang ni, aq ada problem nak cari x-ray aq
aduh, aduh
mana aq nak ingat wei~
aq agak2 la, ada kat klinik Fakulti Sukan Rekreasi, FSR
dulu time aq sakit kaki
aq ada bagi 2 x-ray ankle
sempat la buat terapi kat sana
4 kali jer
sebabnya aq malas nak gi!
aq ni pelupa tahap babun(pintu)
aarghhhh
ada ke takde xray kat sana
doktor PK nak balik benda alah tu,
haish man
tadi dah gi FSR, klinik tutup~
so, abih kelas hari ni, kene gi!
dalam seminggu ni ulang-alik PK-FSR
kesian fizikal dan mental aq
maaf yer
perlu semua ni
aq pinjam jer badan yang Allah bagi
kalau tak jaga elok2, berdosa
pepandailah agih masa
agar kelas sempat attend
taknak la lecturer mengamuk pulak kan~

semoga aq sentiasa dilindungi Allah selama aq berada di dunia ini
dan ingatkan apa yang aq lupa. Amin~

ini sahaja post kali ni
kekadang kita salah
kita kene admit tau
jangan layan ego tuh
nanti merana diri kau
Assalamualaikum~



Monday, March 30, 2015

sehari sengal teramat

Assalamualaikum~
salam sejahtera semua
semoga sentiasa dilimpahkan kasih sayang
dan kebahagiaan daripada orang yang tersayang~
macam aq! :*

2 hari lepas, Sabtu, 28/03/15
aq dan kengkawan melawat MASJID INDIA
hehehehehe
takkan melawat je kan~
shopping ler,
kami semuanya 9 orang
then pecahkan kepada 2 group
satu bertolak dari kolej
dan another group-aq n gang gerak dari rumah sewa seksyen 17
pukul 10.30 sampailah KL Sentral
aq dengan confidentnya kata kene naik monorel
bila dah beli tiket semua
rasa lain macam jer
dah masuk train, then decide untuk lompat keluar
tanya pakcik polis
buat malu wei~
sengal sengal sengal
sepatutnya ambik LRT jer, Monorel tu untuk gi Time Square
aduhhh, macam mana boleh tertukar nih!
yang tak bleh blah, semua tak ingat~
hahahaha

dah sampai sana, benda first aq nampak is
Bola Sepak Takraw!!!
besar sangat.
tengah panas-panas tu, kami selfie
memang buat tebiat la masa tu
then start our shopping journey
Muaz, mu tunggu aq datang!
Muaz ni nama kedai famous tau
semua tudung dan baju-baju kat sini murah belako
memang best la
untuk yang suka berjimat dan beli barang murah,
aq syorkan korang jenguk Muaz
datang jangan tak datang!

jalan depan sikit, kami nampak skirt murah-murah
dapatlah beli skirt harga RM20
warna maroon
heheeheh bangga!
Aisyah pun dipaksa beli satu
tapi warna kelabu
dia tak pernah pakai skirt
tu yang suruh dia beli~

disebabkan Sal nak beli kain pasang,
kami berpecah lagi
satu group cari blous,tudung
other cari baju Sal
aq ikut Sal
sebabnya, semua barang dah beli
tak salah aq, Sal cari kain Cotton
English Cotton rasanya
material ni sejuk
sebelum kaki menggila cari kain tu
perut pun dah start meragam
ape lagi
cari toilet la gayanya
haishhh, layan jer la Sal
nak terburai dah nih
jumpa Semua Mall
dah selesai hajat aq,,
aq dan Sal start la searching...
terserempak dengan group yang dari kolej tu
diorang tengah makan seh
jeles pulak
tapi kene buat yang important dulu ni
bye korang~
cari punya cari
dapatlah kain cotton yang giler murah
bawah RM40 sepasang
murah seh
Sal beli 4 terus
gempak ar
then jalan lagi,
jumpa corak yang sesuai untuk mak Sal pulak
then beli la
banyak betul kau borong yer Sal~

dah penat nih
terus gi Semua Mall untuk makan~
makan kat gerai luar macam tak secure
then, jumpa diorang lagi~
kali ni mereka shopping dalam Watson
tengah sale
RM16 jer untuk 2 botol Scott`s Emulsion
tak ingat volume dia berape
bedak pun sama
ada banyak jenis pilihan, Pixy, Za, Johnson&Johnson
shower cream pun buy 1 free 1
rugi la kalau tak beli time sale ni
jimat sangat nih!

lepas beli tuh, kami gi medan selera
aq beli nasi campur lauk paprik ayam, terung sambal, nasi lebih
berselera aq! memang fokus pada food jer
Sal makan tak habis nasi ayam
dia cakap rasa dia kurang sedap~
lepas habis melantak
kami naik la lift, nak gi ronda2 la kat mall tu
tekan tingkat 2, then keluarlah
rupanya, tu parking lot weh~
malu malu
sengal giler
apa lagi, start acting la
you, tunggu sini, i ambik kereta!!
hahahahahaa
ini semua poyo

lepas asar, kami balik
on the way to LRT stesen, aq nampak ada telekung
aq tanya la abang yang duduk tu harganya
lol, ternyata tu suami akak yang nak beli telekung
bukannya taukeh
malunya
sengal lagi
haishhh

bila dah dalam train
kami semua dah terdiam
Alhamdulillah
dapat duduk, then tidur
hujan pulak turun dengan lebatnya
siap ada lightning lagi
takut~
sampai rumah sebelum maghrib
ni kira paling awal la
bangga bangga

conclusion nya,
kebahagiaan setiap orang terpancar jelas di muka mereka
hehehehhe
lain hari kita keluar lagi
bila dah sehari buat perkara memalukan
kita akan gelak bertahun untuk kenangan tu
itu sahaja post kali ni
kene tidur
aq dah tak larat
Assalamualaikum.

p/s: ngantuk sesangat, sampai terlelap nih, telan ubat alergi, memang kene tidur la jawapannya



 

Friday, March 27, 2015

26/3/2015

Assalamualaikum~
salam satu Malaysia.

bukan nak bangga diri atau menunjuk,...
tadi puasa sunat hari khamis
saja nak train diri
aq kan ada gastrik, so rasa lembik la tadi
Insyaallah, kalau kita sentiasa amalkan puasa ni
takde la perut tu sakit sangat bila Ramadhan menjelma

kelas tamat jam 6 petang
berlari kejar bas
tapi, tetap tak dapat naik
bas dah penuh
mampat,
abang bas pun seram sejuk nak pandu benda alah tu
alamatnya tunggu next bas la
aq kuatkan juga iman
tunggu dengan sabarnya,
walaupun rasa sedih kene tinggal tak hilang2
nak sedapkan hati yang tak tenteram ni
aq cakap dalam hati yang kemungkinan besar
jodoh aq lalu depan mata kejap lagi
sesambil tunggu bas nih!!
dan yang lalu selepas tu adalah
jeng jeng jeng~
orang yang aq selalu usha kat fakulti!!!
wowowooww
excited gila wei
masalahnyer, aq tengah gegoyang badan time tu
aduh, buruk pulak
aq taknak kata kami ada jodoh ke, ape ke,
sebabnya kekadang setan saja nak kacau hati manusia tu
dengan cara macam ni la
jangan terpedaya na~

sebabkan letih yang teramat, aq tidur sebelum isyak
bangun pukul 11 malam, tu pun Aisyah yang call!!!
seperti biasa, dia akan suruh aq gi mandi la, tak pun cuci rambut,
atau buat kerja yang patut, then tidur balik
comel sangat~
walaupun kami tak stay tempat tinggal yang sama
dia still concern pasal aq
sanggup call aq hari2
korang ada kawan macam ni??
jeles la tu kan~
hehehehe
sayang Aisyah sangat2

masa aq syok mandi tadi,
blackout pulak!!
kalau ikutkan hati
mahu jer keluar berlari~
tapi untuk pertama kalinya
aq diam, terkunci mulut
tak menjerit pun, keep calm
seminit pertama berlalu dengan sangat perlahan
minit kedua, aq start gelabah,
tanya jika ada sesiapa yang berada di toilet
then, no answer.
minit keempat, cahaya kembali menyuluh
Alhamdulillah, lega..
mak, mak, hebatkan along!!
dah tak menjerit

malam ni jugak, aq tidur tutup lampu~
bangga!! (gerakkan hidung 2 kali)
hahahahaa
tapi ditemani Yaya, classmate aq
aq tak tidur sorang
roomate aq, Irfah, pergi tidur bilik kawan
so, aq ajak la Yaya datang teman
boleh jer tidur sengsorang
cuma, dah Yaya setuju, on je la.

sampai sini jer kot post aq
nite
sleep tight
Assalamualaikum

Wednesday, March 25, 2015

Aq BERUNTUNG.

Assalamualaikum semua nyer~
salam sejahtera dan salam satu Malaysia

semalam kan
sepatutnya, aq dating dengan Elina (Coot), roomate aq masa asasi dulu
tapi bak kata Farah,
Perancangan Allah itu lebih baik
plan kami tak menjadi
walaupun kami dah over-excited nak keluar makan, tengok movie
nak buat macam mana kan~
aq redha jer
dan~
petang semalam, Irfah belanja KFC
YEAH YEAH YEAH
see???
terbukti Allah merencanakan yang lebih baik untuk aq

untuk post kali ini, aq nak kongsi perasaan aq sekarang!!
yer, macam tajuk post,,
aq sangat beruntung
Alhamdulillah~

Ida kan, dia kan, tolong kemas bilik aq!!!
comel sangat~
Ida lipat kain, hanger baju2 aq,
susun bebarang semua cantik2
akhirnya, bilik dan locker nampak kemas sangat
hehehhehe
tak malu betul aq ni
aq memang suka dimanjakan macam ni!!
untung sangat ada kawan yang sanggup pimpin kita
keluar dari keserabutan dan masuk ke dunia kekemasan
hahahhahaha
by the way
IDA, thank you a lot
love you
jangan pening2 sangat pikir pasal "orang"
sebab belum tentu "orang" pikir pasal kita
hiduplah dengan gembira
buatlah apa yang kau suka
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menyokong kau
yakinlah pasal itu
kerana aq jujur menyayangimu.

aq nak bagitau pasal kelas semalam.
masa kelas fizik, Dr M sangatlah sweet gitu~
hehehehe
aq sangat teruja belajar fizik
bukan semalam jer tau, setiap kali kelas Dr. M
susahkan nak dapat perasaan macam ni tiap kali attend kelas..
tapi bila dengan Dr. M, aq terus dapat feel nak study!!
WHY??
sebabnya, dia berusaha gigih untuk ajar kami!!
carikan video2 yang relevant dengan topic yang nak diajar
guna animasi website 2.0 yang mudah difahami
dan Dr. M cari semua tu sehari sebelum kelasnya~
tu yang buat aq lagi terharu~
Dr. M bersungguh-sungguh tau..
menitik-nitik peluh Dr masa ajar kami.

kekadang, aq rasa nak nangis dalam kelas tu
inilah kali pertama aq sedar bahawasanya
guru itu sangatlah berjasa pada kita.
jujur aq katakan, aq tak pernah tertarik nak jadi seorang guru
walaupun berkali-kali aq dengar perumpamaan
GURU IBARAT LILIN MEMBAKAR DIRI
namun aq masih tidak memahami maksud yang tersembunyi disebaliknya
kini, bukti sudah terserlah di depan mata
mulianya seorang guru
aq bersyukur atas segala yang dikurniakan Allah
aq sayangkan guru2 aq

sejak tadika hinggalah saat ini
mereka datang dan pergi
namun ilmu remain dihati
menjadi bekalan sesudah mati.

aq jugak bangga kerana terpilih untuk masuk dunia perguruan nih!
aq akan berusaha lebih untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu
semuanya untuk mengajar anak-anak bangsa
terutamanya di rural area menjadi lebih baik
dan berguna suatu hari nanti. Insyaallah~

semoga aq menjadi seorang guru yang mampu memberikan kegembiraan, kebahagiaan serta ilmu yang berguna setiap kali aq mengajar. Amin.


Monday, March 23, 2015

we Are nOT PERFect

Assalamualaikum~
salam sejahtera semua~

hari ini aq akan switch to mood Professor.
sebagai seorang pengkaji ni,
aq kene la ada target group..
dan untuk post kali ni, target group aq adalah..
jeng jeng jeng

PEREMPUAN

seperti yang diketahui umum la kan,
perempuan kini semakin bertambah dan telah melepasi bilangan lelaki di dunia..
kiranya female > male la
jadi populasi kami bakal menakluk bumi ni!!
seram sejuk pulak dengan statement sendiri~
ye la, fakta ini merupakan salah satu tanda kiamat nak dekat!
kemusnahan yang teramat dahsyat bakal berlaku
dan tiada sesiapa yang mampu lari darinya...

Ya Allah, masukkan aq dalam golongan yang sedikit, iaitu golongan kanan, yang Engkau redhai dan diberikan syurga firdausiMu. Amin~










PERIHAL PEREMPUAN
  • kaum yang lemah.
-sebabnya, perempuan mudah tersentuh hatinya, mudah menangis, meraung,,
-kekuatan perempuan ada hadnya.. walaupun nampak sasa, perempuan itu mungkin tak mampu nak angkat cacing yang kecil tau..

  • personaliti menarik
-lelaki pun sama, tapi hari ni aq nak cakap pasal pompuan jer.

-ada yang queen control, suka mengarah, mengamuk bila tak ikut cakap dia, rasa diri tu je yang betul

-ada yang ayu gitu, sopan bila bercakap, gaya dan penampilan dapat menyejukkan hati yang membara

-ada yang tomboyish, macam lelaki, tetapi still ada naluri perempuan, kebanyakan yang macam ni suka simpan kesedihan alone. tunjuk yang dia happy depan semua.

-selain itu, ada perempuan yang sensitif, kita kene berwaspada bila nak borak dengan spesis ni, nanti tersasul je, kompem dia nangis, tak pun gaduh kejap. sabar je lah ea.

-ada yang open-minded, yang ni, kurang sensitif, tapi bila dia terasa, dia akan cakap terus terang apa yang dia tak puas hati, selalunya dia kurang paham (makhluk) perempuan yang sensitif.

-ada jugak yang senyap.. yang ni, diorang suka pendam perasaan, kiranya mudah berdendam la, kurang bersosial

-yang manja pun ada, tak mampu nak berdikari, mudah merengek, tetapi friendly, suka jaga hati orang lain dari diri sendiri

  • appearance
-style perempuan  kene ikut certain conditions!
  1. time- kalau masa panjang, boleh la melaram, pakai baju lelawa gitu, tapi bila nak cepat jer,  sarung jer baju yang takyah iron, macam shirt, skirt and jean. kami letak bedak dan lipbalm jer.. simple but nice!
  2.  venue- kalau gi kelas, kami tak over, asal nampak sedap mata memandang dan senang untuk bergerak. kat fakulti ni busy, nak kene lari sana sini, kalau pakai sendat, ketat, takut tak leh gerak pulak kan~ bila kene gi dinner, kami kompem sakan touch up diri, baju, kasut kira baru beli semua..
  3.  money- bila ada duit, bolehlah nak pakai baju jenama mahal sikit, tapi bila dah pape, pakai apa ada jer,  guna teknik mix and match
  4. trend- kene la up to date, so perempuan start pakai shawl, lilit-belit, kasut 2,3 inci gitu,,yang penting kami tak mundur~

nanti aq update lagi ea. sampai sini jer boleh kongsi..
takde idea pulak.
terciptanya hawa dari rusuk kiri adam
perlukan teman, juga kasih sayang
jagalah hati dan perasaan kaum perempuan
agar ketidakpuasan akan hilang

Assalamualaikum..

Friday, March 20, 2015

maleh banar ngaso ea (terasa sangat malas)

Assalamualaikum dunia~
hachoom. hachoom. hingus dah start da~
aq baru lepas basuh kain.
mungkin sejuk kot.

semalam, 19/3/15
aq ditinggalkan oleh bas yang pertama iaitu jam 7.20pagi.
kengkawan naik bas tu la.
so, aq tunggu bas yang gerak 7.45pagi.
nasib baik ada pakcik bas hansem~
dia tanye aq kelas start pukul berapa, aq cakap la 8 pagi, terus jer dia jalan..
hehehehe, thank you pakcik hansem~
disebabkan dia, aq sempat ambik quiz fizik, tapi still aq takleh jawab..
ada 1 jer soalannya..takde backup la kalau dah tak reti.

then, aq ada gap panjang sampai la pukul 2 petang.
kami kene siapkan blended learning untuk subjek Assessment....
tarikh tutup hari ini. nasib dah siap. Alhamdulillah~
pulun dok pikir jawapan.

pukul 2 kelas Calculus 3..
aq dah mengantuk sangat.
take 5 jer, aq tidur.
lepas tu, ada kelas Bahasa Arab 2,
kali ni, masa tu bergerak slow jer,
2 jam rasa sangat lama.
yeah, tamat gak akhirnya~
sebelum balik, solat asar dulu.
Bismillahirahmanirahim~
YA ALLAH, ............................................................
semoga segala ilmu boleh ditransfer kepada others.. Amin.

today gak, pipi aq sakit~
ada ulser kat dalam mulut, bahagian pipi la
gusi kat gigi paling hujung tu pun sakit~
kepala aq dah berdenyut semacam.
makan buah pun tak nikmat, susah nak kunyah
aq makan bubur jer
malam tadi pun bubur..
Allah tarik nikmat makan...(harap hanya sementara)
mungkin Allah nak suruh aq rasa penderitaan insan lain
yang kurang mampu untuk makan seperti aq,,,
aq bersyukur dengan apa adanya.
Alhamdulillah~
rasa sakit kini berkurangan
perut keroncong, makan nestum~
esok, kompem2 la aq lapar..
kene sarapan nih!

ok lah, kene study Calculus 3,
sekadar buat 2/3 latihan, then mandi~
tunggu solat subuh, baru tidur~
then, siap2 gi Fakulti
ada quiz untuk subjek Calculus 3
start pukul 10pagi..
doakan yang terbaik untuk semua~
Assalamualaikum.