Friday, January 30, 2015

positif 2015

Assalamualaikum..
good morrrrrningg semua..
Alhamdulillah, hari yang dinantikan tiba jua akhirnya.
its jumaat, jumaat, everybody, today is jumaat.
Pepagi ni, aq bukak la program tv3, POSITIF 2015.
Mesti kawan aq tak bangun lagi kan..
biasalah budak universiti ni,
Bila cuti semester jer, ramai la yang ambik kesempatan nak lalok, membuta sampai matahari tegak atas kepala.
Hahahahahahaha
Padahal aq pun sama je cam korang.
Cuma hari ini, aq terbangun awal pulak. Hehehe
Kkkk, hari ini aq nak kongsi la apa yang aq dapat dari POSITIF 2015 ni.
Aq tak ambik semua point ustaz tu
Dan aq ada tambah aq punya point sikit,,
ni kan blog aq
$uka hati aq la kan
Jadi, korang semua kene lah cari sendiri tau.
Bukannya aq tak nak bagi semua, cuma tak best la kalau asyik makan suap jer kan..
Nak dapat sesuatu kena la usaha.
Manjadda wajada

Positif 2015

  • Individu yang selalu menyalahkan diri dan terlampau merendah diri ni BAHAYA [terasa pulak den hah]
  • Selagi masalah ini tak selesai, selagi itulah individu tersebut tidak boleh berjaya, tidak mampu menjadi leader, 
  • Macam mana nak reducekan? Kalau nak hilangkan terus, susah, ambik masa yang agak lama. Individu ini hendaklah 
  1. Tawakkal. Apaje yang kita buat, perlu meletakkan Allah di tempat pertama.
  2. Percaya mempuyai kelebihan tersendiri 
  3. Muhasabah diri maksudnya reflect apa yang patut tentang diri sendiri
  4. Tenangkan hati dengan mengadu kepada Allah, 
  5. Beranikan diri, try tiup belon sampai pecah, or sertai aktiviti skytrack yang mencabar atau anda boleh melakukan sebarang aktiviti yang anda geruni supaya lebih berani.
  • Sangat lah penting untuk individu menjadi positif dari dalam kerana positif luaran sahaja tidak mampu mengubah apa2. 
Sekian slot nasihat untuk jumaat tercinta.
Semoga semua memperoleh sedikit pengisian yang berguna...
Aq selitkan satu video.
Layanlah lagu dari pendatang baru..Raef.
Semoga kita semua menjadi individu yang positif. Amin~

Assalamualaikum..


Wednesday, January 28, 2015

CHEF at Home

Assalamualaikum semuanyer...
Semoga kita semua bertenaga, ceria dan dipenuhi cinta setiap hari. Amin~

nak TANYA?
korang semua pernah masak tak???
masak maggi pun dikira jugak..kalau guna dapur la
so, mesti semua dah pernah kan..
TAHNIAH...
==)

kat sini,
aq nak bincang
"macam mana nak masak something supaya makanan tu mampu membuatkan si chef dapat banyak pahala dan yang makan pulak dapat manfaatnyer jugak.."

  1. chef hendaklah jaga kebersihan kerana kebersihan adalah separuh dari iman..  ni adalah salah satu hadis nabi Muhammad S.A.W tau.
  2. berselawat ketika memasak. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan kita. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Apabila kita banyak berselawat, Insyaallah, makanan yang kita masak itu akan jadi sangat sedap, berkhasiat, selamat dimakan dan penuh cinta.
  3.  pastikan ingredient yang digunakan adalah halal dan selamat. 
  4. Keikhlasan sangat penting untuk menjadikan masakan istimewa dan diberkati Allah.

senang kan..
ikutlah 4 perkara diatas agar kita mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Insyaallah~

aq memang suka memasak,
gambar kat bawah tu, bukan semuanyer aq buat,,,

Makcik aq ada tanya
"Kenapa kau tak ambik kos memasak jer kat u tu Syira?"
aq jawab je la yang aq ni bukannyer nak jadi chef kat restoren
sekadar masak kat rumah je yang aq suka.
jadi chef nanti busy pulak handle restoren
takde masa kat rumah..Taknak 3

aq ni bukanlah pandai masak sangat
masak gitu2 jer,
first time masak lepas spm
bukannyer sebelum tu tak masak
cuma bila lepas spm ni, masa banyak.
mak aq pulak pregnant, tunggu masa jer nak bersalin
so, aq yang tua ni la kene masak untuk family..
nasib baiklah adik2 aq tak ngade2
makan jer apa yang aq masak.
sampai la mak aq abih pantang,, aq la yang jaga rumah tu
HEBAT kan aq?? hehehehehe
jangan judge people by her looks..
mungkin aq nampak macam budak2 ceria yang manja kededek
tapi aq tahu tanggungjawab aq sebagai kakak sulung..

mak aq kalau masak.. perghhh mengancam wei
terangkat semua
sedap yang teramat
bila aq balik kampung Nagori (Negeri Sembilan)
nenek aq masak macam2 untuk aq
semuanyer Pedas dan seeedaaap. aq tak berhenti makan
then, cari toilet..perut aq tak tahan pedas..tapi nak makan jugak'
ngengade
Adik-beradik mak pun masak sedap
ada yang buat katering
ada yang usahakan kantin
bukak kedai makan
anjur kelas buat kuih, kek
Nenek Kelantan pun pandai masak jugak
Aq suka Nasi goreng nenek..
pepagi jer aq dah makan 2 pinggan
naik tengahari, lagi 2 pinggan
malam pun sama
haishhh, mana la tak berisi kann 
Aq harap aq dapatlah tempias sikit, kepakaran memasak sedap2 ni.. Amin~ 

semoga semua akan bertambah ilmu untuk menyediakan masakan yang mampu memberikan ganjaran untuk akhirat kita. Amin
bersamalah kita mengejar pahala, dan jauhkan dosa
melalui amalan seharian kita
apa yang penting ialah NIAT kerana Allah dan mengharapkan keredaanNya.
itu sahaja perkongsiaan aq untuk post kali ini
sekian
Assalamualaikum.
let`s be a chef at home











Monday, January 26, 2015

What to WRITE about???

Assalamualaikum
salam sejahtera
kepada anda semua..
moga bahagia~

korang semua sihat?
semoga kita semua diberi tubuh badan yang tegap dan mental yang kuat untuk menghadapi hari2 yang ceria dan dirahmati Allah.
Amin~

oooookkkk
rasa nak update blog,
tapi, tak tau nak tulis apa?

 so, aq terjumpa this!!!

" The one thing that you have that nobody else has is you...."
 ~ Neil Gaiman

bila kaji apa yang tertulis..

Aq dapat buat satu konklusi bahawa semua manusia di dunia ini berbeza..
hahahhahahahahhaha
memang semua dah tau kannn
saje je..LOL
kita semua mempunyai keistimewaan tersendiri
mungkin kita sedar
mungkin jugak tidak
kalau Allah ciptakan semua manusia sama..
tak ada lah variation kann
hidup pun boring jer

tetiba datang idea nak tulis something..
=)

bila aq ingat balik..
aq belum buat wish new year lagi!!
kata orang, wishes ni sepatutnya ikut bulan islam..
sebenarnya, nak buat everyday punyer wish pun boleh.
Takde nak larang pun..
Tak salah
Takde dalam hukum.

Therefore, 
this bright 2015,
I Wish For the Better of Me ! 







tadi,
aq tolong Acik Esah @ kantin sekolah agama,
menggantikan makcik aq yang kena cuti
untuk hantar anaknya ke sekolah vokasional di PD..
Tahniah Atam, semoga bertambah ilmu dan be a good boy there. Amin

tak silap aq, waktu tu jam 10 lebih2 la
aq tengah packing makanan goreng2 with my brother, ABE
biasalah,, bila kerja dengan adik- beradik ni,
kita memang tak boleh lari dari get FIGHT
then,
Abe aq ada bagi nasihat sikit.
He wants me to be matured!!
Aaarghhh
EVERYBODY says that to me!!
really hate that WORD
so much!
full stop

tapi
sekarang ni aq memikirkan perkataan tu!
Aishhhh
Kenapa semua manusia kena matang?
aq memang degil
aq still rasa yang manusia kena pikul tanggungjawab
jadi
seseorang itu tak perlu la matang kan..
then, aq terfikir...
untuk be responsible,  do people really need a matured mind?
do we?

aq taknak bincang untuk jawapan TIDAK perlu matang
sebab
kemungkinan besar,
aq akan memberi semua facts yang baik jer for the reasons..
dan, semua readers boleh teka jer..
tak syok la


If the answer is..
Yes,
we do need matured mind!
it leads to A proper attitude
then, we can survive in this ........ WORLD!!

disebabkan itulah
harapan aq
semoga tahun 2015 ini mampu melahirkan aq yang matang seperti yang semua inginkan
aq jugak berharap, dengan menjadi matang,,
aq akan menjadi hamba Allah yang lebih baik dan taat
aq jugak berharap agar berkurang rasa ketidak puasan hati orang yang berada disekelilingku
aq mahu semua happy dan bahagia di sampingku
aq nak hati dan mental yang lebih kuat untuk menghadapi cemuhan manusia
aq mahukan PERMULAAN dan PENUTUP yang ceria dan bertenaga untuk setiap perkara
aq terdesak ingin mendapatkan CINTA ALLAH
aq mengharapkan keindahan ALAM dapat diterokai bersama yang tersayang
aq memohon KEAMPUNAN ALLAH atas dosa tahun2 terdahulu, sekarang dan akan datang
aq nakkan kehidupan yang STABIL dan BERKAT
aq sangat mengharapkan kebahagiaan kedua-dua mak dah ayoh.
aq sangat mahukan semua yang baik dan dijauhkan yang buruk dan haram dariku.
AMIN, YA RABBALA`LAMIN~



sebagai renungan bersama:

lahir ke dunia, kena belajar
pergi sekolah, kene ada impian
naik universiti, kena skor
masuk kerja, kene langsai hutang
dah bersara, kena ada amalan
bila mati, kena soal.

 sayang semua nyer..
ASSALAMUALAIKUM

Friday, January 23, 2015

PALAM 2012/2013


Assalamualaikum...
rasa nak expose gambar2 time duk asasi..
GEDIK?? 
lantak den la.

rindunyer kat kengkawan aq time asasi
 korang semua sentiasa di hati

saat susah kita bersama
terasa indah dunia kita
bangun pagi kena ceria
nikmat datang berganda-ganda

cinta mudah melekat di hati
tapi tidak pernah ada di sisi
aq mesti jauhkan diri
semoga dosa dapat dijauhi

lari2 menaiki tangga
untuk mengejar cita-cita
sakit di hati tak terkata
hanya menanti si permata


oh ye..
kepada adik2 yang tengah menunggu result SPM..
korang tak perlulah susah hati
kalau result ok..
say Alhamdulillah..
kalau sebaliknya..
say Alhamdulillah too..
Allah dah tetapkan segalanya untuk hambaNya tau!

okokokokok
hari ini aq nak hebohkan pasal ASASI
yang aq tau, asasi ni ditawarkan di UiTM, UM..(chu search) 
ada banyak jenis asasi ni
Sains, Kejuruteraan, Undang2, TESL,,,, ni jer aq tau..sori
so, boleh lah pilih nak study yang mana
macam aq.. aq telah pilih ASASI SAINS di UiTM PUNCAK ALAM
  • ada 2 semester je
  • tak yah mohon PTPTN, sebab akan ada elaun sara diri..RM1250/sem (lupa)
  • kolej disediakan tapi kena bayar. RM420 kalau tak silap la
  • subjek: fizik, math, kimia, biologi, agama
  • life macam budak universiti,
  • jadual agak padat
  • kebanyakan buku kena beli, sebab ada no serial yang digunakan untuk assignment
  • kokurikulum 10%,  masuk persatuan dan gi aktiviti untuk dapat kupon 
  • satu kelas dalam 20 something.
  • pointer bawah 2.00 akan ditendang

ini je kot yang aq ingat..
kalau mampu fizikal dan mental
boleh la join ASASI ni..

*reminder..
jangan ikut stail orang kaya, kalau kita sederhana
beralah itu perlu, tapi jangan sampai kena malu
ikut hati mati, ikut rasa binasa

















Monday, January 19, 2015

Aq hanyalah hambaMu, Kau yang ciptakan aq.

Assalamualaikum~

sekarang pukul 4.32 pagi
aq still lively,
disebabkan tak rasa sleepy
aq decide untuk share something kat sini..

alarm bunyi jam 5 pagi
ready2 pergi mandi,
solat tahajud sudah pasti
hidup selamat sampai mati.

terasa bermaya otak aq ni..
tu yang boleh berpantun tuh, hehehe
hebatkan aq? memang lah. Allah dah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.
Proud to be yourselves!!

okokokokok,
macam2 yang boleh kita buat untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.
tapi..
ada satu perkara ni, kalau kita buat...kompem dapat redha Allah!!
nak tau?? chu paham ayat di bawah.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa,
Murka Allah terletak jua pada murka ibu bapa.

opinionku
sebagai seorang anak,
kita seharusnya menjaga hubungan kita dengan ibu bapa ..
contohnya:
sentiasa call parent..sehari 2-3 kali..(macam aq) kalau nak safe money, aq suggest guna bil..(REDONE)
jimat sehh..paling maximum bil aq untuk sebulan cuma around RM30-RM35
tak pernah exceed tau..
sebabnya, call nombor redone free,,call nombor lain harga lain..
mesej kena bayar even redone sama redone.
nak tau lebih detail..search eaa

tamat sudah mukadimah..
jommm..
kita akan ke highlight point untuk post kali ini
aq mahu mengajak semua teman membuka minda, melapangkan dada, merapatkan jiwa pada Allah s.w.t.
Dalamilah ceritaku di bawah...

mendapat ANUGERAH DEKAN bagi setiap semester merupakan satu perkara yang diimpikan oleh semua pelajar di peringkat universiti..
setakat 3 semester aq kat Fakulti Pendidikan ni, belum pernah la merasa..
takpa la.. Allah dah tetapkan perkara yang lagi gempak, lagi molek dari anugerah dekan tu kat aq.
Amin.

berbalik pada cerita tadi,
oleh yang demikian, setiap pelajar bersungguh-sungguh study, datang kelas, buat nota, bawak 'toyol', kaji soalan past year, practices, mintak hint for quiz, test, final exam, dan macam2 lagi lah..
semuanya kerana nak cemerlang, gemilang, terbilang dalam akademik..
ye la.. bila result power, nanti senang dapat kerja! Betul ka?waAllahualam~

namun, bila mana Allah menguji kita dengan membuatkan otak kita saturated dan tak mampu nak telan semua ilmu yang dipelajari sehingga menyebabkan kita tidak mampu perform dalam akademik

atau, bila kita diblankkan fikiran semasa tengah menduduki final exam sehingga kita tidak mampu menjawabnya..seperti aq.

Atau, result yang diperolehi sangatlah rendah dibandingkan dengan yang lain,seterusnya membuatkan orang lain pandang rendah akan kebolehan kita...

apa reaksi kita???

pilihan pertama yang disukai ramai ialah dengan meraung dan menangis..kemudian terbitlah rasa kekecewaan yang tinggi,  sesal tiada hentinya..
sehingga menyebabkan segelintir dari kita mula menyalahkan Allah, kerana tidak menolong kita!

Pantaskah kita bersikap begitu?

Siapa yang ciptakan kita?

Lupakah kita akan semua nikmat yang Allah telah beri tanpa mengharapkan apa2 balasan ?


Allah memberikan seseorang itu ujian yang mampu dihadapinya..
jadi, kita hendaklah tabah menempuhinya.

Aq juga tengah menghadapi ujian Allah yang sebegitu rupa.
Pada mulanya, otak menjadi runsing memikirkan result yang bakal keluar pertengahan bulan februari ini. Terima kasih pada sahabat2 yang tidak pernah lekang bagi spirit, tidak pernah meninggalkan aq terkapai-kapai keseorangan, mencurahkan sayang yang melimpah bak coklat indulgence..
Terima kasih ya Allah..kerana kirimkan mereka untuk aq. Jadikan aq seorang sahabat yang mampu mencipta senyuman mereka, jadikan aq seorang sahabat yang mampu membawa mereka ke syurga, jadikan aq seorang sahabat yang setia dan mampu menerima baik buruk mereka. Amin. (Airmataku mengalir tanpa disedari)

Kalau siapa yang kenal aq,
aq takkan nangis atas problem yang aq tanggung. Tetapi aq senang nangis bila hati aq tersentuh pasal orang lain..
Jadi, petang selepas exam 2 paper tu, aq mengadu kepada Allah.
Tiada sesiapa yang mampu menolong kita kecuali Allah.
Ketika itu, airmata tidak berhenti-henti mencurah. Aq hanya mengharapkan keampunan atas kealpaan aq. Kesedihan kerana tidak dapat buat exam dengan jayanya membuatkan aq alpa, lupa akan nikmat selama hidup ni. Sepatutnya, aq tidak boleh begitu. Aq kene imbas kembali apa yang Allah kurniakan kepada aq. Kerana masalah yang satu, aq lupa akan semua nikmat tersebut.

Ampunkan aq, Ya Allah. Tak tertanggung rasanya diri ini menampung dosa.
Aq bersyukur atas segalanya. Jangan pernah tinggalkan aq. Aq perlukanMu ya Allah.

Ujian yang diberikan menunjukkan bukti bahawa Allah sayangkan aq. Untung aq. Korang ado?

Sekian sahaja yang mampu dikongsikan bersama.
Ingatlah, KITA HANYA HAMBA, ALLAH YANG CIPTAKAN KITA.
Assalamualaikum.




Sunday, January 18, 2015

recap final examination

Assalamualaikum
Salam sayang
Salam satu Malaysia
Aq akan coretkan kenangan final exam semester 3 untuk post hari ini.

1st paper- ENTrepreneurship
Soalan tidak susah tetapi bukan mudah. Aq ambik masa sehari untuk baca satu chapter.. tu pun merangkak lagi.
Lepas mulut mengungkapkan doa, tangan mula menari membentuk sebuah jawapan yang indah..
Seperti tidak mahu berhenti. Momentum dikekalkan dengan baik sehingga tamat masa. Hati tidak berhenti meminta pertolongan dari Yang Maha Esa.
Semoga semuanya baik2 aje.

2nd paper-Educational Psychology
Apa yang diramal, ternyata jauh tersasar. Ya Allah, permudahkan urusanku . Tiada yang mustahil bagi Mu, bantulah aq. Amin.
Tiap kali aq tak mampu nak goreng jawapan, mulut ni tak henti2 bergerak, hati hanya mampu bertawakkal.
Alhamdulillah, siap jugak jawab exam. Aq keluar awal setengah jam. Duduk lama2 pun bukannya dapat apa2 pun. Kan..

3rd paper-mechanic
Baru semalam exam. Walaupun dah banyak hint, dan berulang kali membuat latihan, tetap aq masih tidak mampu melawan takdir ilahi.
bila duduk nak jawab exam tu, aq terus jadi blank. Ada 10 soalan, dan hanya satu sahaja yang aq boleh selesaikan. Time tu, aq cuba keep calm tapi gagal. Sejam berlalu begitu jer. Aq tidak henti2 memohon pertolongan Allah. Dengan izin Allah, akhirnya, aq dapat jua habiskan problems tu except soalan nombor 4. Takpelah...
Aq redha dengan apa jua keputusan nyer nanti.

4th paper-fiZik
paper ni diambil petang dan harinya sama dengan paper mechanic. Disebabkan hati masih gundah gulana, aq tidak mampu menjawab fizik dengan baik. Soalan yang sangat senang terasa sangat complex. Terasa diri terlampau bodoh, useless, failed. Astagfirullahalazim. Otak mula menjadi negatif. Ya Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa, ingatkan apa yang aq lupa. Amin.
Sudah masanya untuk submit paper, hati masih tidak keruan.

Last paper-elc500
19/1/15..
Lepas maghrib, aq terlelap sampai la jam 10. Hihihi. Perlu ke heboh? Suka hati aq la.
After isyak, aq start la bukak buku, tengok apa yang patut. Tengah syok2 ni, banyak pulak suara kedengaran. Dengar macam budak2 main kejar2, bergelak gembira.. sapa plak bawak bebudak datang kolej ni??
aishhh, dah la aq jer ada kat aras 7 ni.. semua dah balik rumah.
Aq berani, aq hebat. Jangan pikir sangat, kejap lagi benda tu hilang.
Zzzzzzzzzzz
20/1/15..
Esoknya, aq pepagi dah turun hantar kunci bilik hostel mawar dan head to fakulti apb.
Tersalah tempat pulak.. nasib ada lecturer ni tolong hantarkan. Semoga hidupnya sentiasa diberkati Allah s.w.t. Amin.
Exam yang terakhir dimulakan dengan bacaan doa dan hati yang tetap bertawakkal kepada Allah.
Agak mencabar kerana terlampau banyak soalan inference nak kena buat.
Akhir sekali, jawapan telah pun diisi dan aq mengambil keputusan untuk hantar dan keluar.

Tamat sudah final exam semester 3.
Terima kasih lecturersku yang terSAYANG~ semoga dirimu sentiasa menerangi kami dengan cahaya ilmu Allah.
Terima kasih sahabat2 terCOMELku yang amat aq HARGAI. Bersamalah kita menjadikan hidup lebih ceria dan bermanfaat..
Terima kasih my big family terCINTA for the moral support dan LOVE..




Sunday, January 11, 2015

A wedding Invitation @ Baogu

Assalamualaikum semua..
sekarang ni musim kahwin agak nyer
ramai la kenalan aq yang nak kahwin dan ada jugak yang baru kahwin.
tahniah semua.. 
Semoga semua pasangan akan bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.
aq bila lagi?? perlu ke kahwin awal?? arghhhh
timbullah persoalan macam ini di benak fikiran aq.
ye lar
aq dah 21 tahun
ikut logik akalnya,, saat ini, remaja akan cenderung untuk memikirkan future 
termasuklah curious nak tahu sapa bakal pasangannyer
gatai pulak rasanyer..hahahaha
this is normal babe.
ok. normal..
jadi..bagaimana nak avoid? 
perasaan ni memang tak boleh nak elak la sayang.. 
hahahahaahaha
aduh parah2

aq nak kongsi satu doa yang boleh kasi kita partner yang soleh/solehah
Jom amalkannya.

Ya Allah, berikanlah aq kasih sayangMu, kasih sayang orang yang menyayangiMu dan disayangiMu serta dekatkan aq dengan amalan yang membuatkan aq disayangiMu. Amin
 
doa ini memanglah jelas tak tertulis lelaki soleh atau perempuan solehah...
tapi, bilamana seseorang itu menyayangi Allah dan disayangiNya, secara automatikya individu tersebut sangat baik akhlaknya, tinggi imannya, menjaga maruahnya, 
senang cerita, lengkap dari segi semua aspek la. (kau nak??, Aq nak sorang macam ni!)

Jadi.. kita pun kena lah setaraf dengan pasangan kita!
takkan la si dia baik macam malaikat, kita ni pulak perangai macam setan!
tak patut. tak patut.
kalau memang terjadi macam situasi tersebut,,,Allah mahu kita berubah~
oleh yang demikian, marilah bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah..
Amin.

berbalik pada post kali ini, 
ada wedding invitation? 
siapa yang nak kahwin pulak ni? 
aq ke?
hahahaha
lambat lagi aq nak kahwin (target umur 27)
banyak benda belum settle lagi. 
InsyaAllah, bila selesai semuanyer,
Kahwin la aq dengan Jodoh nanti..
jangan tak datang pulak tu..
kalau nanti tak terjemput, korang datang je tau. 
mungkin tengah busy, terlupa nak send invitation.
kawan dah  ramai..
sedara laaaaaagggiiii ramai. 
for sure
akan ada la yang terlepas pandang..
acehcehceh.. jauh pulak merancang.. sori3

A wedding Invitation 
ni tajuk cerita je lah..
Baogu pulak nama siaran televisyen tu
sesiapa yang pakai unifi tau la
jemput tengok 
pelakon lelaki tu hansem2. perempuan tu pon comel
memang tak rugi la tengok..
genre love story gitu.
sedih.. akhirnya heroin mati..
iskiskisk...bukan setakat air mata keluar, sampai meleleh hingus dibuatnyer..

sayang semua, kita sama.
Assalamualaikum~

p/s: still Final Exam~
Semoga Allah permudahkan jalan untuk aq teruskan jihad ini. Amin.