Friday, January 8, 2016

no more ring...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
dah masuk 3 hari aq tak guna phone.
arghhh, time final pulak dia nak rosak.
tak boleh call mak
tak ku menduga......
haahahaa
terluka, aq menagis,,,

tengah dengar lagu HIDUP DALAM MATI-shamel.
sedap jugak.
kene la dengan kisah hidup ni.
phone tinggalkan aq.
aduh, capet dong gini terus.

hari ni, aq menjahit jer kerje.
buat casing untuk kal linda.
nasib baik dia suka.
risau jugak.
aq bukannya buat kemas sangat.
tapi bila nampak dia gembira.
aq lagi suka, syukur sebab aq boleh la jugak buat orang gembira.
kalau nak tunggu duit gaji, baru nak belanja kawan, lambat la babe.
buat benda2 simple pun, orang bahagia.
janji Allah tau niat kita.

sekarang ni, aq nak siapkan tempat spek mata.
siap ni, boleh la study modern physic.
exam 11/1/16. sempatlah baca teori.
esok aq nak bawak ida jumpa rusa.
harap2 ada la rusanya.
picnic amik angin, perlu untuk buat hidup kita tambah2 happy.
ok lah
Assalamualaikum.

Sunday, January 3, 2016

bukuteks

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
hari ni, hari jadi najah, dan aq ucapkan selamat hari jadi moga makin berseri sepanjang tahun ini. amin.
umur dah 22 tahun, terasa tua,.
hahahha
ok, tengah pulun buat buku teks. markah 40. banyakkan.
tu la, nagantuk sampai diri ini. malas nyer nak siapkan.

cakap pasal lelaki yang nak berkenalan tu..
dah takde pape khabar dari dia.
senag betul kan..
mungkin aq ni cerewet, sampai dia lari macam tu jer.
sori bro,,

exam semalam, macam takleh buat, tapi bleh buat.
harapan nak A- tu masih ada lagi la.
aq harapkan yang terbaik jer.
harini jugak, sepupu aq lahir..
comel sangat. Anak cik mona.
sama la gamakbya befday diorg ni.
berat 3.47kg.
berat tu
pipi tembam. bulat merah.
tahniah cik mona sekeluarga dan terima kasih pada Allah bagi kami rezeki ni.
aq doakan Along Mimi cepat2 dapat anak.
moga tahun baru ni mendapat keberkatan dan rezeki anak kembar mungkin.
Amin. segalanya tak susah untuk Allah.

ok, sampai sini jer.
chow dulu. Assalamualaikum

Friday, January 1, 2016

jangan hilang harapan itu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
lama tak menaip. start tahun ni, aq akan stick dengan blog ni.
memang dari awal blog ni ditubuhkan untuk merakam semua cerita hidupku, tapi disebabkan kemalasan yang amat, makin kurang progresnye.
blog ni bukan untuk kumpul follower, sapa datang baca, bacalah dengan hati.
takyah la follow2 ni. aq taip suka2 jer.

first, esok aq exam. FINAL EXAM ok. nafas berat~
subjek yang agak susah. Ordinary Differential Equation. ODE.
seperti biasa, belajar sikit la. ntah macam mana esok.
rasa nak lari jer ni.
aq fobia ni. sebabnya dah pernah gagal dan kene repeat paper.
taknak perkara tu berulang.
aq baru sedar kenapa ada manusia yang susah nak recover bila koma, eksiden, putus cinta, peristiwa pahit, sakit.. dan sebagainya..
susah bila fobia ni.
harap sangat harapan aq itu tak hilang.
aq betul2 nak Dekan satu geng sem ni.
memang berharap sangat.
walau apa pun jadi esok,
aq tak boleh lari, aq kene kuat harungi 3 jam exam dengan semangat waja
tanpa ada ragu menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan lengkap.
Amin.

second, ada laki nak berkenalan dengan aq.
mulanya aq rasa excited la sikit.
first time ada orang approach ni.
tapi aq bukan jenis cepat decide pasal kawan, kwan rapat, kawan mesra2.. dan sebagainya ni.
mak aq bagi kawan.
part seterusnya nak kemana hubungan tu..
aq ikut apa yang Allah rancang.
yang penting, aq tak lari dari syariat. sunnah.
aq taknak Allah marah.
dosa berlambak, takkan nak tambah lagi??
sekarang ni, laki tu start wassapp, tapi aq takdelah melayan sangat.
aq memang taknak bagi apa2 harapan.
kita kawan. selebihnya Allah dah rancangkan.
call? tadi dia call. aq ingat mak aq,
so angkatlah.
straight to point, aq tak suka dia call.
kenal baru 3 hari, jumpa pun tak, tetiba call.
mungkin aq ni susah sikit kot.
kawan laki ramai, tapi kawan macam tu jer
takde la plak mesej2, call2


last, lepas menaip semua benda di atas, aq tenang.
rasa lega sangat bila dah luahkan semua.
bagus ada blog ni.
release tension.
oklah, aq nak sambung buat latihan.
love myself, love Allah more.


Saturday, November 28, 2015

#throwback 2 semester 5



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ini sambungan.

8 November


Ella tunang, tahniah yer. kami bahagia sangat. tak sabar nak datang kenduri kawin pulak~

10 November


keluar membeli-belah barang dapur dgm family..
22 November



kami kat Ulu Sepri Rmbau. program PRISMA fasilitator.

27 November
inilah kurta 3 RM100 tu yang aq beli kat jakel. yg paling tengah tu ayoh aq~
28 November


Dinner Mesa. kami part 5b!!
Sampai sini dululah gambar untuk semester 5 ni, tahun depan pindah PALAM.
aq update ok gambar kat sana pulak.
i will gonna miss u SHAH ALAM. 

Tuesday, November 24, 2015

#throwback semester 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seperti yang dijanjikan, gambor2 dari awal semester5 sampai sekarang!!


Sabtu, 5 September
Baby kene tinggal, sebab aq, mama dan adik naik plane gi KL.

dalam plane, Air Asia. adik tidur dengan nyenyak sekali~

Ahad, 6 September

acik Esah dan CikMah sertai rombongan ke kolej Mawar.

Sabtu, 19 september
decorate bilik selepas lamanya menunggu rayuan kolej. idea dari youtube.
Jumaat, 2 Oktober

Sepatutnya ada Family DAy Mesa, tapi tetiba Ayoh nak datang KL. kebetulan tarikh ni pulak aq demam.  so, aq jumpa la ayoh untuk lepas rindu. then kene kaunseling dengan sir sebab tak join program.

Ahad, 4 Oktober
on the way nak hantar aq balik, kami singgah JAKEL depan UiTM la. time ni sale, dapatlah kurta 3 RM100. 
Khamis, 8 Oktober
Kelas seperti biasa, bersama Dr. T. cuba tengok aweks tu, muka cam apa ntah~~
Isnin, 19 Oktober
Teringin nak pakai inai, acah-acah tunang. hegege. 
Sabtu, 31 Oktober
Join program FROM BOOK TO OVEN, untuk persediaan jadi isteri mithali.

pelajaran 1, cara membuat brownies.
Khamis, 5 November
tunggu bas untuk program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di DATC UiTM Shah Alam.
Sabtu, 7 November
Selamat tiba di rumah. rehat minda cuti midsem.

Mak pakai baju baharu yang aq beli kat JAKEL hari tu.



Dah nak habis, sibuk memanjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari-hari pergi kelas
Sampai jiwa rasa rimas.

Assignment still tak sudah-sudah
Tunggu ilham datang sergah.

Mengarut pantun  tu. Takpe, yang penting aq usaha berpantun. Kau?
Tinggal 4 minggu je lagi sebelum final exam semester 5.
Kerja berlambak sampaikan aq taknak buat satu pun.
Sekarang ni tengah struggle buat research assignment.
Hopefully apa yang aq buat ni ada la markah nyer, tak kene reject dengan Dr. T.
Risau jugak la sebab kelas satu lagi tu almost semua direject nyer.
Ok lah, sampai sini jer hari ni.
Aq cuba untuk post something esok.

P/s: sesibuk mana pun, jangan pernah lupakan Allah. Jom zikir sentiasa. Peringatan untuk kau dan aq.

Nite, Assalamualaikum. Muah myself.

Sunday, October 11, 2015

bulan oktober.aq masih ada.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tak menulis, ingat takpe.
rupanya buat rugi jer.

memang tersangat lama aq tak menaip. bukannya nak tutup blog ni.
cuma, dulu aq takde keinginan nak menulis.
sekarang, keinginan tu dah datang balik!! yeayaeyah
dah masuk sebulan aq jadi student semester 5.
still single and available.
still in awesome 21.

baru-baru ni, aq dah baca 3 buah novel. bangga~
semuanya pasal kahwin la.
gaduh, benci, jatuh cinta, kahwin.
mungkin ada betulnya pasal novel ni, cuma biarlah masa yang tentukan cerita aq sendiri.
tak perlulah mencari, kerana jodohku akan hadir bila sampai waktunya.
sepupu aq pulak nak bertunang bulan depan.
semoga berbahagia dan mampu menjaga hati dan perasaan masing2 setelah bergelar tunangan orang.

cerita pasal diri~~

aq cuba menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya.
kurangkan seluar jeans, pakai skirt, baju kurung.
dada ditutup. tudung dilabuhkan.
semakin lama, aq rasa ada perbezaan tentang penampilan aq.
dan aq sukakannya.
mungkin kekadang aq nampak selekeh, bila tudung tak menjadi,
tapi, aq ada kawan yang sayangkan aq seadanya.
tak perlu lagi risau tentang itu.
dengan perubahan kecil ini, aq dah kurang kelihatan seperti kebudak-budakan.
walaupun perangai, tutur kata masih tidak berubah,
orang ramai mampu menghargai aq.

bicara pasal cinta, aq semakin percaya pada jodoh.
bukan dulu tak, cuma bila banyak bukti depan mata aq, kepercayaan makin tinggi.
jujur aq cakap, bila ada jer lelaki yang nampak interested in me, aq happy.
tapi, aq tak bahagia. aq takut.
muka mungkin nampak baik, hati kita belum tahu.
part mana yang buat diorang tertarik?
body?
face?
style?
voice?
heart?
aq tak tau. itu yang membuatkan aq makin takut.
so, conclusion, jauhkan diri.
itu lebih baik,
bila tiba masanya, jodoh aq akan datang meminang..
tak perlulah aq risau.
bercinta lepas kahwin jelah.
kekal lama, selamanya.
itulah impian aq.
macam kolot jer ideologi ni?
takpelah,  yang penting aq bahagia.

buat masa ni, aq tak update gambar. bila ada masa, aq update ea.
nak jugak letak gambar dalam blog, bleh tengok kenangan time muda.
hahhahaa.

semoga kita sentiasa sabar menunggu jodoh yang memang pasti akan mengetuk pintu hati kita.
percayalah, Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
AMIN.