Saturday, November 28, 2015

#throwback 2 semester 5



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ini sambungan.

8 November


Ella tunang, tahniah yer. kami bahagia sangat. tak sabar nak datang kenduri kawin pulak~

10 November


keluar membeli-belah barang dapur dgm family..
22 November



kami kat Ulu Sepri Rmbau. program PRISMA fasilitator.

27 November
inilah kurta 3 RM100 tu yang aq beli kat jakel. yg paling tengah tu ayoh aq~
28 November


Dinner Mesa. kami part 5b!!
Sampai sini dululah gambar untuk semester 5 ni, tahun depan pindah PALAM.
aq update ok gambar kat sana pulak.
i will gonna miss u SHAH ALAM. 

Tuesday, November 24, 2015

#throwback semester 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seperti yang dijanjikan, gambor2 dari awal semester5 sampai sekarang!!


Sabtu, 5 September
Baby kene tinggal, sebab aq, mama dan adik naik plane gi KL.

dalam plane, Air Asia. adik tidur dengan nyenyak sekali~

Ahad, 6 September

acik Esah dan CikMah sertai rombongan ke kolej Mawar.

Sabtu, 19 september
decorate bilik selepas lamanya menunggu rayuan kolej. idea dari youtube.
Jumaat, 2 Oktober

Sepatutnya ada Family DAy Mesa, tapi tetiba Ayoh nak datang KL. kebetulan tarikh ni pulak aq demam.  so, aq jumpa la ayoh untuk lepas rindu. then kene kaunseling dengan sir sebab tak join program.

Ahad, 4 Oktober
on the way nak hantar aq balik, kami singgah JAKEL depan UiTM la. time ni sale, dapatlah kurta 3 RM100. 
Khamis, 8 Oktober
Kelas seperti biasa, bersama Dr. T. cuba tengok aweks tu, muka cam apa ntah~~
Isnin, 19 Oktober
Teringin nak pakai inai, acah-acah tunang. hegege. 
Sabtu, 31 Oktober
Join program FROM BOOK TO OVEN, untuk persediaan jadi isteri mithali.

pelajaran 1, cara membuat brownies.
Khamis, 5 November
tunggu bas untuk program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di DATC UiTM Shah Alam.
Sabtu, 7 November
Selamat tiba di rumah. rehat minda cuti midsem.

Mak pakai baju baharu yang aq beli kat JAKEL hari tu.



Dah nak habis, sibuk memanjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari-hari pergi kelas
Sampai jiwa rasa rimas.

Assignment still tak sudah-sudah
Tunggu ilham datang sergah.

Mengarut pantun  tu. Takpe, yang penting aq usaha berpantun. Kau?
Tinggal 4 minggu je lagi sebelum final exam semester 5.
Kerja berlambak sampaikan aq taknak buat satu pun.
Sekarang ni tengah struggle buat research assignment.
Hopefully apa yang aq buat ni ada la markah nyer, tak kene reject dengan Dr. T.
Risau jugak la sebab kelas satu lagi tu almost semua direject nyer.
Ok lah, sampai sini jer hari ni.
Aq cuba untuk post something esok.

P/s: sesibuk mana pun, jangan pernah lupakan Allah. Jom zikir sentiasa. Peringatan untuk kau dan aq.

Nite, Assalamualaikum. Muah myself.

Sunday, October 11, 2015

bulan oktober.aq masih ada.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tak menulis, ingat takpe.
rupanya buat rugi jer.

memang tersangat lama aq tak menaip. bukannya nak tutup blog ni.
cuma, dulu aq takde keinginan nak menulis.
sekarang, keinginan tu dah datang balik!! yeayaeyah
dah masuk sebulan aq jadi student semester 5.
still single and available.
still in awesome 21.

baru-baru ni, aq dah baca 3 buah novel. bangga~
semuanya pasal kahwin la.
gaduh, benci, jatuh cinta, kahwin.
mungkin ada betulnya pasal novel ni, cuma biarlah masa yang tentukan cerita aq sendiri.
tak perlulah mencari, kerana jodohku akan hadir bila sampai waktunya.
sepupu aq pulak nak bertunang bulan depan.
semoga berbahagia dan mampu menjaga hati dan perasaan masing2 setelah bergelar tunangan orang.

cerita pasal diri~~

aq cuba menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya.
kurangkan seluar jeans, pakai skirt, baju kurung.
dada ditutup. tudung dilabuhkan.
semakin lama, aq rasa ada perbezaan tentang penampilan aq.
dan aq sukakannya.
mungkin kekadang aq nampak selekeh, bila tudung tak menjadi,
tapi, aq ada kawan yang sayangkan aq seadanya.
tak perlu lagi risau tentang itu.
dengan perubahan kecil ini, aq dah kurang kelihatan seperti kebudak-budakan.
walaupun perangai, tutur kata masih tidak berubah,
orang ramai mampu menghargai aq.

bicara pasal cinta, aq semakin percaya pada jodoh.
bukan dulu tak, cuma bila banyak bukti depan mata aq, kepercayaan makin tinggi.
jujur aq cakap, bila ada jer lelaki yang nampak interested in me, aq happy.
tapi, aq tak bahagia. aq takut.
muka mungkin nampak baik, hati kita belum tahu.
part mana yang buat diorang tertarik?
body?
face?
style?
voice?
heart?
aq tak tau. itu yang membuatkan aq makin takut.
so, conclusion, jauhkan diri.
itu lebih baik,
bila tiba masanya, jodoh aq akan datang meminang..
tak perlulah aq risau.
bercinta lepas kahwin jelah.
kekal lama, selamanya.
itulah impian aq.
macam kolot jer ideologi ni?
takpelah,  yang penting aq bahagia.

buat masa ni, aq tak update gambar. bila ada masa, aq update ea.
nak jugak letak gambar dalam blog, bleh tengok kenangan time muda.
hahhahaa.

semoga kita sentiasa sabar menunggu jodoh yang memang pasti akan mengetuk pintu hati kita.
percayalah, Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
AMIN.



Monday, August 24, 2015

virus in me.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
lama aq tak menaip.

Sebenarnya, banyak yang terjadi masa aq tengah cuti ni.

lepas raya, hati aq macam bahagia jer.
ye lah, rasa dosa kat family tu hilang sikit sebab dah mintak maaf.
tak sampai seminggu, aq buat balik.
gaduh dengan adik.
malas bangun pagi, kene bebel dengan mak.
lambat sidai kain.
berebut main game dengan budak-budak ni.
tuduh sana-sini.
kenapalah aq tak serik-serik?
padahal cuti sebulan setengah jer.
kejap lagi dah berjauhan..
mula la rindu-rinduan.

tadi, aq gaduh lagi.
dengan Haiqal.
puncanya, aq tak dapat kawal perasaan geram aq.
aq geram pasal orang lain. tapi dia pulak kene hembur.
aq sayang sangat Eka. sayang sangat.
bila ada sesuatu yang rosak, hilang, Eka ni selalu kene tuduh.
memang dia suka guna barang-barang tu.
masalahnya, bukan dia yang lakukan semua tu.
aq tahu, memang Eka kurang dalam pembelajaran.
ada kad oku.
tapi salah untuk menghukum dia atas kesalahan yang bukan dia buat.
sebenarnya tadi, ada seseorang tuduh semberono jer.
kerosakan charger berpunca dari Eka.
aq nak marah. aq tak suka adik aq dituduh.
hati aq sakit.
tapi, aq sakitkan hati Eka pulak.
dia kunci pintu.
 aq nak sangat mintak maaf.
tapi, aq malu.

result sem 4 dah keluar.
aq fail satu subjek.
Fizik-optic and wave.
sem ni, kenelah ambik kelas tu lagi.
mak sangat risau. takut aq tak mampu.
aq pun risau.
tapi takde pulak nangis.
sedih adalah sikit-sikit.
aq kene usaha terlebih lah untuk sem ni.

masalah lain pulak datang,
bila aq tak dapat duduk dalam hostel.
haish, susah ni.
aq dah buat rayuan.
kalau ada rezeki, dapatlah.
kalau tak, aq try sewa rumah kat kawasan intec.
mak aq taknak anak dia duk luar.
bahaya katanya.
memang, tapi kalau dah terpaksa, mak kena bagi jugak.
harap semuanya selamat.

aq rosak buat masa ni.
ada virus dalam diri aq.
tak buang makin merebak
kalau buang hilang selerak
moga aq buat keputusan yang tepat dalam hidup.
tanpa perlu lukakan hati yang lain. 


Monday, July 20, 2015

ramadhan,syawal, cuti bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.

Semoga hidup kita bertambah tambah bermakna, dijauhkan kerisauan,
bergembira sentiasa, di bawah lindungan Allah Yang MAha Esa. Amin.

raya raya jugak, puasa jangan lupa ganti!!
hegegege.

duit raya makin sikit.
almaklumlah, dah besar panjang.
mana la orang nak bagi.
nasib pakcik makcik aq ada..
dapat jugak merasa.
adik-adik aq la yang paling bahagia.
duit bersepah.
yang kecik tu dah taknak duit.
"Adik dah banyak duit, taknak dah."
pergh, sampai macam tu dia cakap.
taknak boleh bagi along..
ape da.

hari first raya mesti ler bermaaf-maafan.
yang lelaki, memalu nak cium ayah.
nasib Haiqal tak.
kecoh rumah bila dia cium ayah.
hahahaha
bahagia nyer kami.
walaupun banyak dugaan,
salah faham, terasa hati,
kami setia.
ikatan darah takkan hilang.
ni kot maksudnya.
apepun, aq mengharapkan kami terus bahagia
sihat tubuh badan dan fikiran.
bersama hadapi ujian.
sentiasa mendapat keberkatan.
Amin.

Semalam beraya rumah Ain.
kawan satu kos merangkap satu sekolah rendah.
Nampak risau bila sentuh pasal exam.
Dia kata dapat C tak berbaloi.
Aq syukur bila tak fail.
memang pointer menjunam la.
tapi aq still bahagia.
itu lebih penting kan??
Dengar khabar 3 orang jer yang berjaya jadi cikgu.
yang lain menganggur.
Seksa telinga aq. 
Yang lain ada jer yang ajar tuisyen.
tapi tulah, memang terbukti lah
Susah nak masuk kerja kerajaan ni.
Usaha lagi wahai senior ku.
Doa banyak2.
Ada yang lagi hebat menunggu kamu semua.
Allah ada rancangan terbaik.
percayalah, yakinlah. Bertawakkal.

Panjang pulak taip.
cuti ni nak buat banyak benda.
selamat bergembira to me and all of you.

Hegege.
Nite

Saturday, July 4, 2015

Spirit, come to me~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga aura untuk belajar menyinggah kembali. Amin.

based on tajuk, bukannya aq ni lost semua spirit nak belajar..
cuma ianya makin berkurang.
students UiTM ni dah ramai yang balik!
bikin hati panas aja sih!
aq still ada seminggu lebih kat sini.
2 paper to go~
ishishish.

pagi 3/7/2015
aq sat for Assessment Test.
tahap kepayahan: tinggi
prestasi: hilang keyakinan diri
soalan semuanya tak straight-forward
higher order thinking skill (HOTS) sangat!
dah la takleh tidur, habis jugak satu buku aq baca.
masuknya ciput, buat pun ciput.
aduh, malas la pikir.

last post, kemain la aq cakap kalau dapat B pun takpa.
ni, risau memanjang~
benda la aq ni.
aq tak nak mengaku yang aq tengah runsing
kata lain stress la.
aq pernah post jugakkan pasal result aq semester lepas(sem3)
cuma aq takde la cakap detail kan.
result tu kan~
dia kan~
buat manusia menaruh harapan tinggi kat aq.
mak aq terutamanya.
aq taknak mak kecewa.
tapi tulah, salah aq jugak tak perform well semester ni(sem4)
final baru pulun.

seperti yang aq pernah katakan,
aq bukan jenis belajar bebanyak, score untuk exam and etc..
bukan bukan bukan.
aq belajar bila aq nak jer.
aq buat exercise bila aq suka.
aq tengok movie bila rasa malas.
aq dapat markah rendah untuk quiz dan test.
presentation aq biasa-biasa.
communication skill aq need improvement.
english aq fail.
semua diatas adalah aq.
kalau sekali pandang jer, aq ni budak biasa.
budak yang tak mampu buat sesuatu dalam hidup.
takde pekerjaan yang sesuai dengan aq.
aq lebih sesuai kahwin, duduk rumah, goyang kaki.
AQ MEMANG USELESS ke???

sempat ke aq nak buktikan kat semua yang aq berguna?
mampu ke aq buktikan kat semua aq pun boleh buat sesuatu dalam hidup?
boleh ke orang percaya kat aq? dan bagi aq tanggungjawab?
arghhhhh, aq tengah mengalami kekacauan emosi agaknya.
semua benda aq taip.
depression maybe? tak mungkin kot.
aq still mampu gelak, gembira.
semua sebab spirit kurang la ni.

semua students macam aq ke?
ke aq jer yang macam ni?
dah pukul 3 pagi, still tak tidur.
korang,, doakan la biar aq tenang hadapi semua jalan cerita aq selama hidup ni.
doakan agar kesabaran, ketabahan dan kekuatan sentiasa bersama aq.
doakan jua kebaikan, keselamatan, kesejahteraan dan kepercayaan makin bertambah.
aq perlukan doa dari semua.
selamanya mengharapkan ehsan dari Allah, pencipta aq dan kalian.
Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan.