Thursday, February 26, 2015

sakit hati

Assalamualaikum semua
Salam sejahtera

Susah rupanya nak hilangkan rasa sakit hati!
Ambik masa lama jugak lar.
First day rasa macam nak gigit2 jer dia.. tampar laju2.
Second day rasa nak jerit kuat2 kat telinga dia biaq sakit.
Third day rasa malas nak layan dia.
Ni dah masuk hari keempat..
Geram kat dia tak hilang lagi, cuma ada la kurang sikit.

Semuanya berpunca kerana ketiadaan rasa kepercayaan terhadap aq!!
Kenapa susah sangat nak percaya aq hah??
Aq dah jujur dengan kau
Aq pasti dengan izin Allah, apa yang aq ungkapkan itu benar.

Tapi still,
Kau melepaskan kemarahan kau tidak tentu pasal!
Kau menganggap aq ini tidak boleh diharap apatah lagi dipercayai!
Bila kebenaran dipamerkan di depan muka kau,
Boleh pulak kau senyum kambing kat aq!
Pi rahh.. banyak cantik punya orang. Bla la!

Kau memang dari dulu tak sebulu dengan aq kan.
Mentang2 la aq ni macam kekanak ribena,,,
Woi!!!
Aq pun human being macam kau jugak!
Ada hati, perasaan
Kalau memang tak sayang aq, tak boleh terima perangai aq, tak suka penampilan aq..
Janganlah sampai setiap kali jumpa aq, kau nak kutuk!
Aq letih!
Kau paham tak yang aq ni dah letih??
Letih nak tadah telinga dengar apa yang kau cakap!
Letih nak tahan air mata yang meronta-ronta nak keluar!
Letih nak kunci mulut dari mencarut!
Letih nak gari tangan yang ingin menampar kau!

Astagfirullahalazim 3
Aq membiarkan syaitan durjana menguasai akal sihat ku.
Kerana terlampau geram akan tindak tanduk dia..aq termakan hasutan syaitan.
Ya Allah, ampunkan aq. Aq tak mahu sesat dipimpin syaitan. Berilah aq keampunan. Berilah aq kasih sayang Mu. Berilah aq ketabahan hati yang kuat agar mampu menahan segala tomahan dunia yang pahit dan berduri.
Perkenankan doa ku. Amin~

Lega bila dapat melepaskan apa yang terbuku di benak fikiran dan hati untuk post kali ini.
Terima kasih blog..kerana memberi peluang kepada aq untuk release tensyen..
Aq maafkan semua kesalahan kau.

Klah semua
Aq dah mengantuk sangat ni.
Tidur lu.
Assalamualaikum.




Saturday, February 21, 2015

usaha berlipat ganda untuk berjaya= tahun kambing








Assalamualaikum semuanya
Salam sejahtera
Salam satu Malaysia

Selamat tahun baru cina
Tahun ni tahun kambing
Orang cina kata kambing ni melambangkan semangat yang tinggi dan mempunyai ketabahan untuk mendapatkan kebahagiaan.
Ini kerana goat selalunya berusaha untuk berada di atas bukit.
Comelkan ideologi ni.
Jadi,, tahun ni kita perlu bersemangat waja untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Cuti musim perayaan ini, aq balik klate. Alhamdulillah. Gembira sangat.
Keluar jejalan dengan gegirls. Hehee.
Tak pergi jauh pun. Kbmall jer.
Mimi pun join sekali.
Thank you mimi.
Orang lain busy kann.. takpelah. Ummi paham nyer.

Tengah tengok bola
Kelantan vs PDRM
Fahmi terlepas satu bola ni..
Geram pulak rasanya..
Mood dah down ni.
Baru satu.. lek lu.
Merah putih fighting!!
Adik2 aq siap pakai seluar merah nih!!
Tak pakai baju. Paneh.
Laki takpelah..

Esok dah nak bertolak ke kajang.
Sambung kerja.
Ingatkan duit gaji nak simpan jer.
TeRtengok yang pasal PTPTN tu..
Aisyah yang hantar kat group.
Duit dapat bulan april!!
Aduh. Sekek la bulan 3 ni.
Kiranya gaji tu untuk bayar yuran kolej je lah.
Sadis sadis.
Orang kata bila guna duit sendiri, kita akan lebih menghargai.
So, aq taknak la mintak duit ayoh.
Aq suka berdikari.
Dari dulu lagi aq akan guna duit gaji aq plus PTPTN untuk menampung jihad di universiti.
Dengan demikian, aq akan bersungguh-sungguh berjuang.
Kekadang ada ketika datang jugak malas.
Selalu jugak la sebenarnya..
Hahahahahahaha
Tapi kan, bila ingatkan pasal pelaburan yang aq buat..
Aq akan bangkit kembali melawan nafsu dan berusaha..
Itulah pentingnya guna duit sendiri.
PTPTN tu pun dikira duit kita jugak sebabnya bila tiba masanya nanti, kita akan bayar balik.

Berbalik pada kedudukan kelantan pada minit ke 63:43 . PDRM mendahului dengan 2:0.
Banyak peluang bagi pasukan kelantan, namun masih belum mampu membolosi gawang gol lawan.
Haish..
Aq dah start menguap nih.
Bosan pulak.
Selangor dengan JDT seri 1 gol.
Oklah tu.
Oh no...
Gelap la kelantan malam ni.
PDRM masuk lagi satu gol ni.
Habis la.
Aq dah takde sense nak tengok bola.

Bunga api dilepaskan tanda kekalahan pasukan kelantan.
Nampaknya kami semua redha dengan keputusan kekalahan yang bakal diumumkan kelak.
Agak mustahil bagi pasukan kelantan untuk bangkit.
Apa yang mampu dilakukan hanyalah mengekalkan momentum dan mengetatkan pertahan agar pasukan lawan tidak lagi menjaringkan sebarang gol.
Kalau tak, kalah teruk malam ni.
Satu lagi gol pihak lawan.
Aaarrrggghhh.

Aq nak kemas barang untuk esok pagi.
Kene berpisah lagi dengan family tercinta.
COBAAN.
Aq harap sepanjang berada di syurga dunia ni, aq membuatkan mereka bahagia, melakar memori indah bersama walaupun hanya seketika cuma. Amin.

Oh yer..
Bagi pasukan kelantan, walau apa pun keputusan malam ini.
Aq dan seluruh rakyat kelantan memberi sokongan padu dan berharap korang meningkat usaha dan perbanyakkan latihan untuk menakluki bola sepak Malaysia.
Gomo klate gomo.

Itu sahaja.
Assalamualaikum.
Semoga kita semua dilindungi Allah dan dikurniakan rezeki yang halal. Amin~


Sunday, February 15, 2015

REVENGE

Assalamualaikum~
salam sayang semua eah.

korang ingat lagi tak pasal diet aq??
dah 2 minggu ni
resultnyer sangat mengecewakan
walaupun dah makan sikit dari biasa
badan aq tetap kembang
pipi tembam
peha berlaga dah..nasib tak melecet
malas lah nak teruskan
jadi
aq dah STOP diet mengarut nih!!

tadi
lebih kurang jam 1 pagi
aq melantak sebanyak yang boleh
selagi mulut ni mampu mengunyah
dan perut yang masih boleh diisi
aq maaakkkaaann jer semua
  • dua bungkus nasi tomato
  • 2 ketul ayam masak merah
  • fries
  • seketul sardin
  • kuah tomyam campur
lepas makan
kene lah
TIDUR
hahahahahaahh
happy sangat sebab tak perlu lagi tahan2 nak makan
perut mesti berbunga riang
jangan risau yer
aq akan makan untuk penuhkan kau
jadi gastrik tak datang menyinggah
Ana sepupu aq.. shock tengok aq mentedarah
maaf la Ana,
Along dah tak tahan lagi dah
along kene makan..
nilah yang aq makan tadi..








kening diangkat-angkat..
bahagia katakan

oh yer, isnin malam aq balik Kelantan
Alhamdulillah
Ella dan Edi nak balik, jadi aq and Abe tumpang la sekereta
jimat duit
jimat tenaga
tidur je dalam kereta tu nanti
semoga perjalanan kami lancar dan selamat ke destinasi. Amin~
dapat jugak jenguk rumah aq..
boleh tengok family
boleh lah keluar dengan kengkawan
baru semalam aq cakap nak balik
dah dapat
balik awal pulak tu
terima kasih Allah..

itu sahaja yang nak dikongsi bersama
kesimpulannya
diet dengan mengurangkan bilangan meals yang diambil sehari TIDAK BERKESAN
testimoni TIDAK BERJAYA
oleh itu,
  • makanlah mengikut masa yang sepatutnya
  • makan lebih kenelah banyak exercise
  • makan sikit kuranglah senamannya
anda lebih arif tentang diri anda
nite
Assalamualaikum

Saturday, February 14, 2015

Allahuakhbar.. Allah Maha Besar

Assalamualaikum.
salam sejahtera.


semalam result untuk semester 3 dah keluar

aq tengah layan reality show Korea time tu
tettet tetetet tetetet
aish, tak berhenti pulak bunyi henset ni
dah la benda tu dalam bilik
biarkan lah..malas
lebih kurang jam 2 pagi, aq masuk ar bilik
seperti biasa, sebelum tidur kene lah tengok henset dulu kann
korang pun sama..ngaku je lah..
pergh...asal lak ni??
banyak pulak notifications
ada email!!

oh my Allah!!
result la
memang la bebudak ni ada sebut pasal result keluar hari jumaat
tak sangka la pulak dapat tahu awal..
pukul 2 pagi kot
pelik bin ajaib
apa lagi
tekan ar skrin tu
jengjengjengjeng

banyak kali aq tengok result tu
macam tak caya jer
can`t believe it
is that true??
tampar pipi bulat beberapa kali
betul dah
reality!!
Alhamdulillah
semuanyer lulus..
lega sangat
ingatkan Mechanic gagal
aritu takleh buat..
kuasa Allah tak siapa tahu
Allahuakhbar. Allahuakhbar Allhauakhbar
terima kasih Allah..
hanya Kau tahu takdirku
dan yang terbaik untukku
sayangilah aq
kerana aq sentiasa menyayangiMu.

target aq hanyalah sekadar lepas 3.00 pointer
tercapai jua akhirnya..
mesti korang dah lepas kan..
siap dapat anugerah dekan lagi tu..
untunglah korang
aq bahagia dengan apa adanya
selama ni, aq hidup dengan pointer bawah 3.00
aq still bahagia, ceria, gembira..

ingatlah..
kejar yang tak pasti itu pasti ianya kekal tidak pasti
tetapi bila mengejar yang pasti, ianya memang sudah pasti!

mengelirukan??
itulah tujuan aq.
hahahaha
otak tu kasi pusing sikit
asyik rehat jer memanjang cuti nih

apabila mendapat nikmat/rezeki
kita hendaklah bersyukur
Allah yang bagi kat kita
takkan kita tak ucap thank you
perkara yang paling senang ialah dengan sujud syukur
aq tambah solat sunat hajat sekali
alang2 kan

pepagi buta tu
aq forward result kat ayoh
lebih kurang pukul 11 pagi
family aq tengok ler
mereka semuanyer ucap congrats
wahhwahwah
adik gedik pun sama
hahahaha
comel sangat
main sebut jer tahniah, walaupun tak paham maksudnyer..
adik2..gedik!!
 
kalau aq kat rumah
mak mesti ready ngan sarapan fevret aq..(mihun goreng mak)
orang first tengok kompem la mak
then mak akan cium pipi aq
dan ucap tahniah atas sebarang result yang aq dapat
rendah ka, tinggi ka, semuanyer mak senyum..
mak akan inform ayoh
dan aq pasti kene lecture sikit pasal cara belajar dan faktor tidurku yang melampau
mak ayoh dah masak dengan perangai anak sulung ea
hhahahahaha
like always..

mak suruh aq tambahkan usaha sikit untuk semester 4 yang akan menjelma tak lama lagi
nasib baik tambah sikit
kalau banyak tuh...
tak tahu la cannor
=}
InsyaAllah
setiap perkara yang membuatkan parent aq bahagia..
aq cuba untuk melaksanakannya.
walau sesukar mana sekalipun. titik
kerana aq tahu, Allah ada bersamaku. Amin~
rindunyer...<3<3<3
bulan 6 ni along balik.
ada cuti seminggu
InsyaAllah dengan izinNya
kita sambut besday along dan anniversary mak ayoh yang ke 22
ala~
bukan ke time tu budak lepasan SPM baru masuk u??
kacau plan la Abe ni..
nanti aq pikir rancangan lain
plan kene ada banyak.
sebanyak A-Z
kann
semoga Abe dan Ain(cousin) mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya dan mampu meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan keupayaan masing2. Amin~


oh yer
kengkawan aq serta cousin(Ayon) pun dapat result yang baik
happy for them
==)
kita semua menunjukkan improvement yang tinggi~
TAHNIAH
clap, clap, clap
bangga lah kejap untuk diri sendiri!
takde salah nyer..
yang salah bangga diri depan orang!

itu sahaja untuk post ni
sekian
Assalamualaikum dan selamat malam..

p/s: Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia 9.45 malam jumaat. Allahyarham disegani dan disayangi rakyat tidak kira umur, bangsa, darjat serta agama. Banyak values yang dapat diambil daripada beliau. Satu fakta yang menarik ialah ilmu yang cukup tinggi sehingga menaikkan darjat beliau di mata dunia. Oleh itu marilah bersama-sama menuntut ilmu kerana ia membawa kepada kebaikan sehingga mati. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang sedikit. Amin~ Al-Fatihah







Monday, February 9, 2015

seksa to be fit!!

Assalamualaikum..

huhahuuhauhauah
tarik nafas....hembusss
fuuuhhh
letih wei
paksa jari jemari untuk menaip
kebasss

baru lepas exercise
setengah jam je pun
rasa seksa seperti berjam-jam
capek den
peluh tak henti2 keluar

selama seminggu lebih sikit ni..
perut cam ok jer
walaupun aq makan 2 kali sehari je
aq ada lah ambik nestum bila dah keroncong sangat
mungkin sebab ini perut aq tahan kot

tapi hari ini
aq tak sihat
mungkin
aq makan malam jer kot
jadi perut sakit sangat
sejak tengahari tadi 
tak tahan agak ea
semua gara2 tak makan ikut time
aq dah la ada gastrik
seksanya~

adehhh
sakit pun kene kerja gak
padan muka
sapa suruh tak makan..
cari masalah!
seksa diri

sebabkan tak fokus
aq salah ambik order tadi
nasib semuanyer settle cara baik
aq dimaafkan
terima kasih semua
Insyaallah, takkan berulang kesilapan ini
maafkan aq.

oh yer
hari ni,
status perniagaan ok2 jer
tapi kami dapat pujian melambong tau
semua meals dikatakan sangat sedap
kembang hidung bos aq!!
ye lah
semuanyer, bos yang masak
aq tolong sikit2 jer
banyak ilmu memasak yang aq peroleh
suka sangat!!
aq dah tau cara nak buat kuah laksa penang
dan tahu masak nasi tomato serta kuahnyer
yeaaahhh
senang jer bila dah tahu ni kann
GEMPAK GEMPAK GEMPAK

rasa macam makcik2 pulak bila citer bab masak memasak ni
lantak la
yang penting aq bahagia..

ok lah
sampai sini sahaja yer post kali ini..
dah ngantuk,
perlukan rest yang mencukupi
sebab esok kene exercise lagi
dan kerje sampai tengah malam
aq sajikan gambar aq, Ayon(cousin) dan bos(Acik Esah)
chu kaji pipi aq
nampak tak??
kembang kan..
haishh
takpelah
nite semua
Assalamualikum~

Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjalani kehidupan di dunia dengan penuh energetik, fantastik, bombastik diiringi keredhaanMu dan berikan kasih sayangMu kepada ku kerana itu yang paling utama bagiku. Allahuakhbar, Allah Maha Besar. sayang Allah. Amin~

seksa nak kurangkan berat badan
tapi, lagi seksa tengok perut dah kedepan
seksa bila makan kene pantang
tapi, lagi seksa bila pipi asyik mengembang



posing depan kedai.. tq Ana ambikkan gambar.





 

Saturday, February 7, 2015

sabar separuh dari iman

Assalamualaikum semua~
Salam sejahtera

ramai yang berpendapat
bila holiday, badan makin kembang!!
terbukti!!
tepat sangkaan ramai
badan aq bertambah kembang dari hari  ke hari
takleh jadi ni
nak timbang berat,, tak berani
aduhhh
seluar makin sempit
baju jadi kecik (padahal aq yang membesar)
pipi membulat je
nak senyum pun malu ni!!
heiiih, susah2

aq ambik keputusan nak diet!
kini,
dah seminggu aq on diet
selalunyer makan 4/5 kali sehari
now, i makan 2 kali jer everyday tau
bangga bangga
ambik fathur dengan asyak SAHAJA
sekarang ni, aq tengah lapar,
bedal biskut empat keping
still lapar jugak
tapi bila dah determine ni,
ape2 pun yang jadi
aq kene makan 2 kali sehari sahaja.
titik.

terasa ringan sikit fizikal ku ini
tapi diet still jalan
selagi badan belom slim seperti yang aq mahukan
aq tak buat exercise  berat
sebabnye aq kan kerja..
kira dah terbakar la lemak2 time kerja kann
cuma
aq kena keep buat 'sit up'
barulah hilang perut boncit..
korang pun patut try

jumpa exercise terbaik!!
berpeluh weiii


semoga aq tidak pernah berputus asa dan bersemangat untuk kekal sihat.
ajarlah aq erti kesabaran kerana ia akan membantu meninggikan amalan aq dan perbanyakan saham akhirat. Amin~

Friday, February 6, 2015

Habiskan duit kami,, please~

Assalamualaikum~
salam sejahtera..

sebelum ke slumberland.,
aq nak update something
kalau tak taip, takut lupa pulak nanti.

semalam,5/2/15
aq ajak mak gi uptown Jalan Reko, Kajang
saje la nak habiskan duit untuk BELIAU
sampai jer, duuhhhhhhhh
( woi... asal gelap jer!)
( tak syok ar! )
tetiba jer lampu padam
macam mana nak shopping ni?

mak cakap diorang tak bagi mak datang kot
haish man
spoil betol malam tu
nak buat macam mana kan
dah takdir, redha la

kami still gak teruskan meronda walaupun gelap gelita
setengah jam lepas tu
letrik tersambung balik
fuuhhh
lega babe..barulah terang dunia
Alhamdulillah

cari baju mak,,
satu pun mak tak berkenan.
jam dah pukul 1 pagi..
tangan still kosong tanpa sebarang plastik
duti tak terusik
tak boleh jadi ni

esok mak balik
takkan takde souvenir langsung untuk family?
tokleh gini..parok parok
pusing dah 2 kali round ni
last nyer, aq suruh jer mak ambik baju untuk adik gedik
satu baju Sarang (yang ni aq bayar)
dan satu baju Haiqal
semua guna duit Abe!!
baik sungguh Abe! sayang ketat2

maaf la yer,, yang lain tak sempat nak beli
takde yang berkenan.
lain kali, along beli yer..
JANJI

1.45 pagi lelebih gitu,
kami balik la
sampai rumah, gosok gigi
then baring dengan mak atas toto
kami borak panjang2 sampai la jam nak dekat pukul 3 pagi
dah lama tak luangkan masa bersama macam tu
saat terindah itu yang akan aq ingat selamanya
Insyaallah
kasih sayang aq kat mak takkan pernah kurang..
terima kasih atas segalanya mak
along sayang mak~
malam tu gak, aq hulur duit gaji aq
kini, purse aq tinggal 15 hinggit jer
dompet Abe pulak ZERO.
kami bagi gaji kat mak
biarlah mak rasa hasil titik peluh kami kerja.
nak tunggu yang banyak punyer,,lambat lagi
biarlah berbudi sekarang, supaya tidak menyesal kemudian
duit ni boleh dicari
mak satu jer,
hilang tak berganti woii
Panjangkan umur mak aq, ayah aq dan adik beradik aq serta aq dan permudahkanlah urusan kami dalam mencari keredhaan Mu. AMIN

sekarang ni, mak on the way balik Kelantan.
semoga perjalanan mak, adik gedik dan Anyah selamat dan lancar.
Amin~

hantar mak!

try kasut baharu mak

adik gedik dan roses


sepupuku nana gedik





MAK SENTIASA CANTIK, CERIA , BERTENAGA!


Wednesday, February 4, 2015

Bekerja itu perlu

Assalamualaikum~

sekarang tepat jam 1.00 pagi (masa aq taip la,,,waktu sekarang lain la)
baru habis refresh badan ni
rambut pun tak kering lagi (kalau still basah nanti demam)
sambil nenunggu ni,
aq taiplah sikit kann,

tadi aq balik kerja pukul 11.20 malam
ni kira awai la,
menu utama dah habis
yang lelain pulak tinggal sikit jo laiii
so, bos suruh tutup la kedai nyerr
Alhamdulillah, dapatlah berehat fizikal dan mental..
kerja start lepas zohor
tolong bos masak,
then prepare barang2 yang nak guna untuk plating and serving

chu teka aq kerje apo reh??
think think think
waitress? chef? cleaner?
hahahaah
semuanyer betol..
aq jadi semua.
aq tolong masak
aq cuci pinggan
aq kemas2 barang
aq ambik order
hahahahaa. tersenyum bangga!!
sapa kata kita takleh buat banyak kerja dalam satu masa??
ni aq boleh..
cuma kekadang ada la terlupa benda.
standard ar tu, bila dah banyak sangat nak buat
otak pun tak sempat nak jalan
tangan pulak tak gerak2
hahahaha
 
kkkkkkk
Makcik aq (bos terSAYANG) bukak kedai makan
aq ni kerja la dengan dia
senangkan..
takyah sesusah cari kerja lain.
sepupu aq yang tengah cuti semester3 sama cam aq pun join sekaki
lepak ar kerja ni..
(walaupun lepak, tetap kene bersungguh kerja)
(Allah Maha Melihat, takut3)
baru 3 hari kedai makan dibukak
sambutan yang diterima agak memberansangkan
Alhamdulillah, rezeki dari Allah kann..

Dunia kita sekarang ni kan.. MENCABAR
mana idok nyer,,, semua nak kena ada duit, baru boleh jalan
duit ni pulak, takdenyer nak datang berlari kat kita
kita yang kene usaha korek, gali, cari.. barulah dapat merasa
tu pun ambik masa lama gak la..
jadi...
kita ni kenelah BEKERJA
dengan BEKERJA, barulah duit tu masuk dalam poket kita.
kita bekerja ni bukannya untuk kesenangan kita je tau
kita kerja untuk kesenangan orang lain.
ingatlah: "Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita"
sharing is caring kann
dan dengan bekerja jugak,
kita mampu menggunakan masa yang Allah berikan kepada kita dengan sebaiknya.
therefore,  (baca stail hiphop ayat di bawah)

takkan terjadinya..kes2 lepak di kaki lima....
lu suntik gua, lu pulak tengah hisap ganja...
bawak GRO pergi ronda2 naik motor gua..
kini siang malam pun dah takda beza..
put your hands up
yoooo oooouuuhhh oooooo
hooooooo ooouuuhh oooooo
polis ketuk pintu umah gua..
tengah syok gila. tup tup kena gari pula
hidup gua kini dah tak ada harga
merempat dalam jail, sesal pun dah tak berguna...

kreatif tak korang memusnahkan hiphop ni??
hahahahaha
kekadang kene suruh otak kita buat benda yang aneh sikit..biar neurons sentiasa berhubung..
barulah tercipta imaginasi kuat, seterusnya melahirkan individu hebat.
iklan Anmum Essential.. beli jangan tak beli ibu2..
hahahahahhaa

dan kerja kita perlulah yang HALAL dan DIRESTUI FAMILY
kenapa aq cakap macam tu??
sebab..
banyak kerja halal yang Allah sediakan kat muka bumi ni untuk kita
tinggal nak cari jer lagi yang mana sesuai untuk kita
dan
kalau kita kerja tanpa direstui family ni,
akibatnye,
Allah mungkin akan murka dengan kita.
Na`uzubillahiminalzalim.. takut aq!!
aq taknak buat kerja yang tak berkat nih!

aq ni still student
so, aq kerja part time jer la kat kedai ni.
lagi 2 tahun, aq keluar UiTM, aq dapatlah ijazah pertama aq
then, time tu aq akan cari kerja yang sesuai
orang kata budak yang amik kos pendidikan macam aq ni susah nak kerja
betol la tu.. cikgu ni kan dah berlambak..
lecturers pun dah ramai..
namun, semua kena aware..
Allah kan ada!
apa gunanya kita ini sebagai muslim kalau tidak percaya akan qada dan qadar!
Allah dah tetapkan takdir kita semenjak kita berada di dalam perut mak lagi..
dan itulah yang terbaik untuk kita
tetapi,, sebagai hambanya, kita hendaklah berusaha..
sebelum dapat sesuatu, kita kenalah buat sesuatu~

ikutkan hati ni, aq nak jadi cikgu tadika..
ni pun aq baru set tahun lepas..
sebelum ni, aq takde cita2 yang khusus..
main taruk jer..
sekarang, aq rasa cikgu tadika adalah pilihan yang terbaik.
masalah nye..
aq bukannya ambik kos pendidikan kanak2, aq amik kos pendidikan math minor fizik.
jauh sangat tersasar nyer..
kalau ada rezeki, aq nak sambung master dalam bidang kanak2 tu la
tapikan..
family aq macam tak suka jer pekerjaan tu
diorang cakap, baik takyah belajar tinggi2 kalau setakat nak jadi cikgu tadika
mula2 tu aq nangis la jugak (dalam hati)
dah lelama ni, bila aq asyik mention pasal ni,
parent aq macam dah ok
angguk2 je ...tapi still taktau apa keputusan sebenarnya..
oleh itu,
kini goal hidupku hanyalah satu
Aq ingin memberikan kebahagiaan kepada mak ayah ku,
kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan ku..
ikutlah jadi apa pun nanti in the future
biar la pekerjaan itu membuatkan parent aq bahagia!!! Amin~
ada lecturer aq tu cakap,
gaji cikgu tadika ni ciput la kalau nak dibandingkan dengan guru sekolah/ lecturers
memang3, rendah jer gaji cikgu tadika
kita kena ingat,

gaji tinggi2 tak guna bila hati tak gembira
duit bersepah tak guna bila jiwa tiada
nama dan pangkat tak guna bila amanah tercela
harta atau iman mana yang berharga??

bila gaji lumayan, keberangkalian untuk kita melakukan maksiat sangatlah tinggi
kalau seseorang itu tidak mampu mengawal nafsu
sudah pasti akan jatuh ke pangkuan setan yang direjam..
seram seh
mintak dijauhkan yang buruk. Amin~

bukannya aq perli lecturer ni
cumanya, aq taknak la cari kerja atas dasar nak gaji tinggi
aq nak kerja yang mendekatkan aq dengan Allah
aq nak kerja yang mengingatkan aq tentang kebesaran Allah
Aq nak kerja kerana Allah
Aq kerja untuk mendapatkan redha Allah

gaji tu semua hanyalah sebagai ganjaran kepada kita
keredhaan Allah, keberkatan hidup dan pahala yang aq kejar
bukan kekayaan sementara dunia.

ceh, ceh, ceh..
ada yang menyampah ke dengan ayat aq ni
macam poyo jer
tapi
itulah yang aq nak sampaikan kepada korang semua
hidup cuma sekali
so kita enjoy!!! (dengan cara yang terbaik)
paham2 je la ea..

k lah, jam dah bunyi
suruh masuk tidur
sejam lebih jugak yer mengarang citer kat blog ni
aduishhh
beta berangkat ke kamar dahulu ye
nite, love my love

Assalamualaikum~

busy



Bos aq! acik Esah




Monday, February 2, 2015

Monstar


Assalamualaikum~

tengah tengok Monstar ni
citer korea
episod last skali
lagu last memang best
aq ni bukanlah kpoper pun
juz layan sikit2
4 episod jer yang aq sempat tengok
kebanyakan citer korea ni
mesti selit love and school life
yer la kan
mostly pelajar start umur 12 dah minat kpop sampai la early 30s
kira golongan muda la kan yang minat kpop ni
tu yang producer diorang terbitkan citer2 cintun ni
sesuai katakan

hebat penangan kpop ni
adik, sepupu sepapat, makcik2 aq semuanyer gila kat kpop ni
yang kecik dah pandai nyanyi lagu korea
budak remaja layan citer2 korea
mak2 pulak ikuti perkembangan artis korea
semuanyer KOREA
gempak kan..hehehehehe

ingat tak kes yang remaja perempuan peluk artis Korea tu?
kan budak tu kene saman.
bagi aq la, tak fair bagi budak tu
ye la, kalau ikutkan memang la haram hukumnyer
dan memang perlu diambil tindakan sewajarnya
namun, yang pihak duk tayang2 aksi peluk, cium2 bagai kat umum tak kene denda pulak!!
not fair at all!!
sapa pulak yang duk buat tak senonoh lagu tu kat umum? ado ko?
wei wei wei
mesti la ado
balambak banar
bersepah nyo..
artis2 kita yang berlakon babak2 sensasi ni tak kono pulak dendo ea...
yang buat klip video lagu pun ado yang berpaluk sakan, cium dahi, cium pipi
ado pulak keno tindakan???
tak ada~
aq bukan nak kutuk sesapa
tapi kalau kita yang waras ni boleh fikir
yang budak remaja tu mesti la overrr excited jumpa artis korea ni kat Malaysia
tu yang sampai terjadinyer benda yang tak diingini
tapi kan,artis2 kita pulak buat bukan kehendak sendiri
mereka ikut skrip
semuanyer telah dirancang
so, otak2 yang berfungsi kerana Allah,
siapa yang lebih bersalah dalam hal ini?
yang dirancang? atau yang tidak sengaja dibuat?
semua ada opinion masing2.
maaflah jika korang semua tak setuju dengan pendapat aq.

kalau bincang bab kpop ni takkan habis2
kita tutup kes kpop ni!

k lah,
semoga kita menjadi manusia yang lebih peka akan surrounding kita. Amin~
Assalamualaikum.


Sunday, February 1, 2015

Kepuasan hati


Assalamualaikum. 

seronok kan bila cuti..
takyah risau nak kene gi fakulti
takde nak struggle tengok orang belajar, sebabnya takde pun orang study time cuti
toksah pening pasal pakaian, suka hati jer nak pakai pape
bestnyer....
FREEDOM

semalam mak aq  dari Kelantan datang Kajang dengan adik gedik
so, aq dah prepare kek untuk diorang
ye la kann
bukannyer selalu
lagipun, aq tak balik rumah Kelantan cuti semester ni
kiranya aq ni jarang la balik rumah
setiap kali cuti jer
aq kerja kat Kajang
dan kumpul sebanyak mungkin ilmu yang patut..
bukan nyer kumpul duit jer tau..
Semoga aq tidak hanyut dengan keasyikkan dunia. AMIN

ayah dan adik2 lain takleh ikut
kan sekolah dah mula
busy la
takkan nak skip klas seminggu
semata-mata nak tengok aq
tak patut tak patut
mak aq sanggup jenguk aq kat sini
thanks mak
love u
ucapan yang sering aq ucap kat family aq setiap kali call diorang
korang pun kene la buat tau
mula2 tu ada la awkward sikit
lelama dah jadi habit.
hehehehe
aq order la serbuk cheese dengan Fasihah Razali,
aq tak kenal pun dia ni 
tapi nama macam pernah dengar
aq jumpa no dia dalam group facebook
dia jual bahan2 buat kek, biskut, kuih..
lepas sehari, barang aq sampai
yeaahh
kira sempat la aq buat kek special ni
nama kek ni  
chocolate cheesecake with strawberry filling 

kek coklat tu aq kukus asing dengan cheese tu
nanti cair la kann kalau letak terus
mesti semua dah pandai buat kek coklat kannn
tapi aq still nak taruk cara nak buat kek coklat dalam blog aq

KEK COKLAT
  1. 3 butir telur
  2. secawan gula
  3. secawan minyak
  4. secawan susu cair
  5. setengah cawan susu pekat
  6. secawan serbuk koko
  7. satu suku cawan tepung gandum
no 1 dan 2 perlu diputarkan sampai kembang, then baru lah korang masukkan yang lain.
lepas tu kukus dalam sejam. siap..






cara nak buat cheesecake tu senang jer
serbuk cheese digaul dengan susu segar
sebab aq beli yang instant jadi takyah la pening2
lepas kek coklat sejuk, aq sapukan adunan cheese atasnyer
jadi lahh

walaupun hasilnya tidak secantik kat kedai
tapi rasanya boleh tahan la sedap.
puas rasa hati bila dapat buatkan orang sekeliling kita bahagia
kan aq dah cakap, bila kita
  1. jaga kebersihan
  2. berselawat
  3. guna barang halal dan selamat
  4.  ikhlas
pasti akhirnya masakan kita tetap akan disukai ramai..
Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kedua-dua mak dan ayahku, kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku. Amin
nanti, ada masa aq buatlah untuk yang tak sempat merasa kek ni
tunggu je la ea..
hahahahaha

ok semua.
cuti aq semester ni
tinggal sebulan jer lagi dah
banyak benda yang aq tak buat lagi..
aduhhh
sempat kah??
Insyaallah..
cuti korang macam mana?

sentiasa mengingati Allah walaupun tengah nazak, busy, leisure, happy, menderita, abc,
kerana selagi kita masih bernyawa, buatlah sesuatu agar Allah sayangkan kita.
Assalamualaikum..